BANTAHAN KEPADA PENGGUNAAN ISTILAH ALLAH BERTUJUAN UNTUK MENARIK UMAT ISLAM KEPADA KRISTIAN

31 12 2007

31 hb Disember 2007

 Yang Amat Berhormat

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

Perdana Menteri Malaysia

 

Assalamualaikum wr.wb.

 

BANTAHAN KEPADA PENGGUNAAN ISTILAH ALLAH BERTUJUAN UNTUK MENARIK UMAT ISLAM KEPADA KRISTIAN

 

Kami menarik pehatian serius kepada isu Sidang Injil Borneo yang sedang mencabar pihak kerajaan yang melarang kitab Injil terjemahannya ke dalam Negara ini yang mengguna istilah Allah mengganti Tuhan dalam versi bahasa Malaysia.

 

Tindakan pihak kerajaan untuk mengharamkan kemasukan buku , risalah dan kitab Injil dalam versi Bahasa Malaysia dan mengguna istilah yang mengelirukan umat Islam yang ingin dibawa masuk oleh Sidang Injil Borneo itu wajar berdasarkan larangan penganut agama lain dari menyebarkan agama lain dari Islam kepada orang Islam. Ini terdapat jelas dalam peruntukan Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan.

 

Dengan jelas kegiatan penyebar agama Kristian sememangnya mempunyai hasrat untuk menyasarkan umat Melayu Islam di Negara ini untuk beralih agama, maka tindakan Sidang Injil Borneo itu perlu dihalang agar tidak berlaku ketegangan agama di negara ini.

 

Alasan bahawa istilah Allah yang sudah lama diguna oleh Kristian Arab tidak dapat diterima kerana fahaman Allah penganut Kristian semasekali bertentangan dengan konsep keEsaan Allah pada umat Islam . Ia jelas tidak selaras dengan konsep KeTuhanan Triniti yang ada dalam faham penganut Kristian terutama fahaman Roman Katolik.

  Baca baki entri ini »





BASMI PEMBAZIRAN DAN RASUAH SERTA KRONISME – NEGARA TIDAK AKAN BANKRAP

31 12 2007

31 hb Disember 2007

Kenyataan Timb.Perdana Menteri Datuk.Seri.Najib bahawa Negara akan bankrap jika harga minyak diturunkan boleh dipersoalkan.

TERAS berpandangan faktor projek membazir serta hidup mewah pemimpin-pemimpin yang boleh dielakkan sebenarnya adalah penyebab yang lebih besar untuk negara berkemungkinan bankrap.

Kenyataan betapa banyak perbelanjaan Negara disalahurus seperti yang dilapor oleh Ketua Audit Negara serta perbelanjaan yang berakhir dengan pembaziran kerana projek tidak siap atau tidak mengikut peraturan , jauh memungkinkan Negara bankrap jika dibandingkan dengan subsidi minyak untuk rakyat.

Lihat sahaja bagaimana kemewahan sara hidup pemimpin-pemimpin Negara seperti mahligai mewah , kereta mewah , mengguna wang rakyat untuk menampung perbelanjaan acara-acara mewah atas nama bersama rakyat seperti perkahwinan anak , menanggung perbelanjaan keluarga untuk bercuti keluarga Negara.

Kami melihat isu utama dalam kenaikan minyak bukan sahaja terletak kepada soal kenaikan harga minyak dunia tetapi juga berkait dengan bagaimana sesebuah pemerintah membiayai segala perbelanjaannya yang mengguna pendapatan dari minyak. Ratusan juta ringgit sehinga kini terpaksa dikeluarkan oleh Petronas untuk mengendali dan menyelenggara Litar F1 Sepang . Itu sahaja boleh membankrapkan Negara jika diteruskan tanpa alasan yang rasional. Baca baki entri ini »





PERNYATAAN TERAS 2008

31 12 2007

30 hb Disember 2007

Diambang sambutan 2008 , TERAS menyeru seluruh rakyat Malaysia membuat rumusan penting untuk terus mempertahankan kedaulatan dan maruah Negara serta berusaha untuk mengekalkan keamanan dan kehormanian disegenap masyarakat.

Sesungguhnya tahun 2007 mencatat pelbagai peristiwa dalam Negara yang memerlukan setiap rakyat berfikir secara matang dan berpandangan jauh untuk memulihara keutuhan kemerdekaan negara yang sudah mencecah 50 tahun .

Wawasan untuk membangunkan Negara mengikut acuan kita yang unik berteraskan kebudayaan kebangsan yang disepakati bersama mestilah dijayakan.

Tahun 2007 telah mencatat ulangtahun kemerdekaan 50 tahun Malaysia dan ini sangat bermakna buat seluruh rakyat. Dunia terus memberi perhatian kepada Malaysia sebagai sebuah Negara yang menjadi contoh dalam mengujudkan kesatuan dalam kepelbagaiaan.

Kami tidak menafikan sememangnya banyak yang boleh dan perlu kita perbaikki . Namun semuanya akan berjaya dicapai jika semua pihak mengenepikan kepentingan sempit dan dapat mengutamakan semangat hidup saling hormat-menghormati dalam sebuah perjanjian sosial yang seimbang dan dijadi formula yang melahirkan kejayaan demi kejayaan di Negara ini.

Cabaran ke atas rakyat Malaysia sangat besar dalam dunia yang semakin bergolak . Lantaran itu kita harus mengambil pengajaran dari semua peristiwa yang berlaku di dunia sepanjang tahun 2007.

Kejayaan kita membangunkan Negara seharusnya menginsafkan kita bahawa Negara ini adalah amanah yang kita pikul untuk generasi yang akan datang. Kegagalan kita untuk membentengi Negara ini dari unsur negatif merupakan pengkhianatan kepada generasi yang akan mewarisi peningalan kita..

Kami menyeru kepada semua rakyat agar sebarang perbedaan antara kaum dan agama di Negara ini hendaklah dikendalikan dengan hati dan pemikiran yang sejuk dan rasional berasaskan persetujuan kita yang asal dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.

Kita harus mengguna pendekatan perundingan yang matang untuk mengatasi sebarang masalah .

Kami juga menyerkepada setiap rakayat Malaysia bahawa keadaan sosio-ekonomi-politik dunia yang tidak menentu diperingkat dunia memerlukan kita bersikap cermat dan berhemat dalam semua tindakkan kita.

Sementara kita mahu bersaing dan menempatkan Negara ditahap dunia , kita harus ingat bahawa kita perlu memperkukuhkan diri kita sendiri dengan kekuatan budaya hidup yang sederhana berdasarkan nilai akhlaq yang kuat, mengurus sumber kita dengan cermat dan bijak, menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang membolehkan kita menjadi lebih produktif serta hidup berdikari dan mengukuhkan perpaduan antara sesama kita.

TERAS berazam akan berusaha untuk menyumbang kepada matlamat mengujudkan masyarakat yang lebih adil dan bermaruah serta kuat mempertahankan kedaulatan Negara.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU

F1014A , Kg.Pondok , 08400 Merbok, Kedah





KEPUTUSAN KES SUBASHINI MEMBAWA KESAN BESAR KEPADA BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH DAN STATUS SYARIAH

29 12 2007

 

Keputusan Mahkamah Persekutuan kelmarin mengenai kes permohonan Subashini yang mahu pertelingkahan dengan bekas suaminya di bawa  ke mahkamah sivil  yang

membolehkan seorang pasangan yang menganut Islam tidak boleh menghalang pasangannya membawa kesnya ke mahkamah sivil membawa kesan besar kepada kedudukan syariah di Negara ini.

 

Keputusan  yang memberi keizinan Subashini untuk menghalang bekas suaminya dari mengambil tindakan di mahkamah syariah memberi implikasi bahawa keputusan mahkamah syariah boleh digugat oleh makamah sivil.

 

Ini adalah suatu keputusan yang akan meletakkan ndang-undang syariah tetap berada dibawah kuasa undang-undang sivil.

 

TERAS melihat kes ini memungkinkan kes selanjutnya nanti akan memberi lebih besar ruang untuk keputusan mahkamah syariah berkait dengan.seorang Islam juga boleh dicabar oleh Mahkamah sivil walaupun keputusan itu bertentangan dengan kehendak hukum syariah.

 

Kami menegaskan bahawa masa depan undang-undang syariah di Negara ini sekarang akan terdedah kepada tentangan legal oleh orang bukan Islam melalui mahkamah sivil.

                                   

Ini bermakan usaha untuk memertabat dan memperkasa undang-undang syariah tidak boleh dilaksanakan untuk orang Islam sendiri selagimana ia boleh digugat oleh undang-undang sivil.

 

TERAS mengesa suatu semakan dan kajian mengenai implikasi dari kes ini diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan dan pihak pakar perundangan Negara.

 

Bagi TERAS ini bukan kes yang melibatkan  bidang kuasa mahkamah yang  kabur iaitu semada seorang bukan Islam berhak atau tidak mendapat keadilan di mahkamah syariah. Sebenarnya sudah ada kes dimana orang bukan Islam boleh dibawa ke mahkamah syariah untuk menuntut keadilan termasuk soal hak ke atas anak dan bekas suami.

 

Apa yang mengkhuatirkan keputusan ini telah meletakkan asas untuk sebarang  keputusan yang berdasarkan syariah boleh dibatalkan hanya kerana pasangan yang

bukan Islam membuat permohonan di mahakamh sivil.

 

Kami mengesa supaya kes ini tidak menjejaskan peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan bidangkuasa mahkamah syariah. Jika ini berlaku bermakna suatu kesan yang sangat signifikan telah berlaku dalam undang-undang Negara.

 

TERAS mengesa agar pakar undang-undang syariah segera mengkaji kesan lanjut dari keputusan ini supaya tidak berlaku penghakisan bidang kuasa mahkamah syariah yang

akan meletakkan status undang-undang syariah  berada dibawah undang-undang sivil.

  

 

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS





JEMPUTAN KHAS PERHIMPUNAN PENGGERAK MELAYU KEBANGSAAN KE – 10

29 12 2007

Assalamu’alaikum warahmatullah hiwabarokatuh

Jawatankuasa TERAS Kebangsaan

Jawatankuasa TERAS Negeri

Jawatankuasa TERAS Qariyah

Jawatankuasa TERAS Kampus

Perwakilan

Peserta

Dengan segala hormatnya tuan/puan dijemput menyertai Perhimpunan Penggerak Melayu Kebangsaan ( PPMK ke – 10 ).

Berikut adalah butir-butir lanjut mengenai perhimpunan ini ;

Tarikh : 10hb Jan. 2008 / 01 Muharam 1429H

Tempat : Masjid Jamek Taman Danau Desa, Off Jalan Kelang Lama

KUALA LUMPUR.

Pendaftaran : 08.00 pagi

Ucapan Bertindak : 09.00 pagi

Penanguhan : 05.00 petang

Tuan / puan boleh membuat pengesahan penyertaan dengan menghubungi kami melalui Jawatankuasa Sekretariat PPMK ke 10, iaitu Sdr. Mohd Shah Rizan Sazali 016 – 473 1816 / En Azizan Osman 019 – 5298185. Boleh juga melalui email ; azmi58@yahoo.com. Maklumat dan keterangan lanjut pihak tuan bolehlah menelifon pihak sekretariat PPMK ke 10 atau melayari laman sawang TERAS.

Segala kerjasama serta perhatian positif daripada pihak tuan/puan sangat dihargai.

Sekian, wassalam.

Yang Benar,

( HJ MOHD AZMI ABDUL HAMID )

PRESIDEN TERAS

 

peta ke PPMK 10





DIMANA HARGA SUARA MELAYU

29 12 2007

Kenyataan media

26 hb Disember 2007

 

Dikala isu tuntutan sebuah kaum di Negara ini mendapat perhatian dan liputan luar biasa,  kami bertanya apakah surau bangsa Melayu yang sudah sekian lama diketengahkan tidak diendahkan?

 

Kami tidak bermaksud untuk menegangkan keadaaan yang sedia panas , tetapi jika benar pihak kerajaan peka dan mengambil berat terhadap semua kaum di Negara ini

kenapa ada perbezaan layanan tatkala kaum Melayu ingin membuat tuntutan yang sebenarnya jauh lebih manasabah dan rasional dari apa yang dituntut oleh kaum yang

sanggup membawa isu dan mencela Negara ke peringkat antarabangsa.

 

Ternyata kita terkejut dan terpaksa terus menyuarakan bantahan terhadap tuntutan mereka terutama bila mereka beralasan yang keterlaluan ,  bahawa wujud “etnik

cleansing” yang berleluasa di Negara ini dan adanya  penindasan terhadap kaum mereka.

 

Walaupun seperti yang telah diungkapkan oleh banyak pihak bahawa hujah mereka sangat melampau bukan sahaja dari sudut fakta malah dari sudut realiti harian yang

dapat kita lihat di Negara ini , namun mereka Berjaya menarik perhatian pucuk pimpinan Negara untuk tunduk kepada kehendakkan mereka.

 

Malah pihak Perdana Menteri yang memberi isyarat supaya tuduhan ke atas 31 anggota mereka yang awalnya didakwa dengan jenayah berat iaitu cuba membunuh seorang anggota polis , digugurkan sendiri oleh Peguam Negara. Suatu insiden yang bersejarah.

 

Akan tetapi ditengah-tengah perbahasan yang hangat itu , adakah kita lupa betapa banyak keresahan dan sungutan bangsa Melayu nampaknya semacam tidak bererti

malah tidak mendapat liputan dan layanan seperti itu dalam media berbahasa Melayu sendiri jauh sekali jawapan yang tuntas dari PM sendiri. Pada hal yang dituntut adalah ditujukan kepada pemimpin-pemimpin orang Melayu sendiri.

 

Ternyata wujud suatu ironi yang sangat pelik. Sementera pihak yang berwewenang sangat sensitif dan segera memberi reaksi terhadap tuntutan mereka , suara Melayu

yang menuntut agar pihak kerajaan melaksanakan dasar-dasar yang sedia ada untuk membela nasib orang Melayu yang tertindas dan terpinggir  tidak diendahkan.

  Baca baki entri ini »





KENAPA KEMENTERIAN PELAJARAN TIDAK MAHU KEMBALI KEPADA PERSOALAN POKOK

29 12 2007

Kenyataan Media

29 hb Disember 2007

TERAS kesal dengan dasar pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran yang maseh terus berdalih dengan pencapaian peperiksaan yang dianggap sebagai asas

semada Pengajaran dan Pembelejaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) perlu diubah atau tidak.

Mengikut pihak Kemenerian , dengan alasan ada petanda keputusan PMR 2007 menunjukkan prestasi pelajar yang semakin baik dalam PPSMI menyebabkan dasar pengantar bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik sepatutnya terus disokong.

Bagi TERAS ini adalah alasan yang menunjukkan pihak Kementerian tidak mahu memberi perhatian kepada persoalan pokok iaitu kenapa bahasa Melayu masih disangsi sebagai bahasa yang boleh dijadi bahasa ilmu dalam mempelajari ilmu sains dan matematik serta kenapa kelamahan dalam kaedah pengajaran bahasa tidak

mahu diatasi.

Persoalan yang sangat asasi ialah semada boleh atau tidak pelajar menguasai ilmu sains dan matematik dengan jauh lebih selesa dan berkesan jika diajar dalam bahasa Melayu.? Apakah diperingkat awal apabila pelajar sudah kuat asas kefahamannya terhadap ilmu sains dan matematik melalui bahasa yang mereka lebih selesa belajar iaitu bahasa Melayu , akan memudahkan lagi matapelajaran itu dipelajari apabila meningkat ke peringkat lebih tinggi?

Baca baki entri ini »





Kenyataan media

26 12 2007
Kenyataan media 26 hb Disember 2007   

Baca baki entri ini »





MENITI RASA PERKAUMAN YANG MERBAHAYA

4 12 2007

1 Disember 2007

TERAS mengambil pendirian bahawa tuntutan Hindraf yang mengguna tuduhan kaum India menghadapi “etnik cleansing” , “pemusnahan ribuan Kuil” di Negara ini adalah tuduhan yang melulu dan tidak bertanggungjawab.

Dalam memorandum Hindraf terkandung tuntutan untuk hak istemewa kaum bumiputera perlu dimansuhkan dan mendakwa “golongan ekstrim Islam yang didokong oleh kerajaan sedang menindas kaum India” berbaur perkauman

yang tajam dan sempit dan membakar rasa benci kaum India kepada orang Melayu Islam.

Kami terpaksa bertegas bahawa jika hal ini yang menjadi alasan Hindraf untuk menuntut ganti ringgit bertrilion ringgit dari kerajaan British , bukan sahaja ia suatu tempelakan kepada bangsa Melayu yang seolah-olah menafikan hak orang India malah menuduh mereka diperlakukan dengan zalim dalam kontrak sosial yang dipersepakati dalam Perlembagaan Persekutuan..

Sudah tentu ini suatu tuduhan yang sangat berat dan berunsur menghasut untuk mempertembungkan bangsa India dengan orang Melayu.

Padahal tuntutan untuk mendapat ganti rugi itu dikaitkan dengan tafsiran bahawa kaum India didatangkan sebagai buruh upahan dari India yang didakwa tidak mendapat haknya sebagaimana sepatutnya selepas merdeka .

Soalanya jika benar ini menjadi alasan untuk Hindraf bertindak membawa isu ini kepada peringkat antarabangsa dan memberi gambaran wujudnya penindasan

ke atas kaum India , kenapa ia tidak membandingkan dan mendedahkan pendapatan per kapita bangsa India adalah lebih tinggi dari orang Melayu di Negara ini?

Kenapa sejumlah orang India yang kaya raya dalam industri komunikasi dan penguasaan dalam bidang professional seperti peguam dan perubatan tidak juga disebut sebagai sebuah pencapaian yang mengatasi bangsa Melayu?

Baca baki entri ini »