TERAS membantah tujuan Forum anjuran Majlis Peguam yang mempersoalkan kontrak sosial yang sudah menjadi sebahagaian dari Perlembagaan Persekutuan.
Semangat yang ingin ditonjolkan oleh Maklis Peguam ternyata untuk mempersoalkan kedudukan istimewa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan untuk orang Melayu.
Sementara kami mendapati Majlis Peguam cuba merumuskan bahawa hak istimewa orang Melayu tidak lagi ujud , TERAS berpendapat bahawa kontrak sosial yang dipersetujui antara kaum di negara ini ketika menuntut kemerdekaan adalah berasaskan bahawa bangsa teras di negara ini adalah orang Melayu.
Persepakatan sejarah yang berkaitan dengan hal ini adalah sangat fundamental kerana ia merupakan sebab kenapa kita bersetuju untuk menuntut kemerdekaan bersama kaum lain dengan meletakkan bahawa penghuni asal tanah air ini sebelum kedatangan penjajah adalah orang Melayu.
Bermakna hak orang Melayu yang telah menpunyai sistem urustadbir dan pemerintahan tersendiri di negara ini menjadi asas penting untuk kaum lain menghormati kenapa peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan diterima.
Lantaran itu untuk terus mempersoalkan mengenai kedudukan istimewa orang Melayu di negara ini adalah suatu percubaan untuk menafikan hakikat bahawa majoriti asal bangsa yang menjadi komposisi pendududuk negara ini ketika pembentukkan Malaysia adalah orang Melayu.
Sekaligus ia merupakan percubaan untuk merombak segala persetujuan asal yang telah menjaga keharmonian perhubungan antara kaum di negara ini.
Hanya dengan alasan bahawa semua bangsa berhak ke atas kemakmuran negara ini tidak harus dikaitkan dengan hak keistimewaan bangsa Melayu.
Kami tidak nampak kenapa persoalan ini harus ditimbulkan padahal hak bangsa lain tidak pernah dinafikan di negara ini , malah terjamin mengikut undang-undang Perlembagaan negara.
Jika sekalipun ada hal-hal yang dirasa tidak puas hati , yang jelas kaum lain keseluruhannya maseh mendapat kedudukan yang selesa di negara lain dari segi ekonomi dan politik.
Kami tidak menafikan bahawa kelompok yang terpinggir dan miskin terdapat dalam pelbagai kaum , akan tetapi menafikan juga fakta bahawa kelompok Melayu dan bumiputera-lah yang maseh berada distrata bahawa dalam ekonomi negara , adalah suatu tindakan yang jelas mempunyai agenda tersirat.
TERAS membantah keras jika pihak Majlis Peguam mahupun mana-mana kumpulan yang lain terlalu ghairah menjadikan alasan hak asasi manusia sebagai alasan untuk secara borong menolak hak keistimewaan orang Melayu. Tindakan ini tidak lain adalah berniat mahu menidakkan kepentingan memuliharaan kontral sosial di negara ini.
TERAS mengeaskan faham kontrak sosial ini tidak boleh diikat kepada tempoh tertentu kerana faktor sejarah dan persetujuan kemerdekaan antara kaum di negara ini telahpun mengambilkira jaminan hak semua kaum dengan memadai.
Sebarang percubaan untuk merongkai keseimbangan yang telah dimeterai oleh pengasas perjanjian kemerdekaan yang melahirkan Malaysia tidak boleh dikompromi.
TERAS mengesa pihak Majlis Peguam menghentikan usaha yang boleh menimbulkan polimik yang akan mencetuskan konflik antara kaum yang merbahaya ini.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS Pengupayaan Melayu.