TERAS membantah kenaikan harga minyak yang terlalu tinggi dalam keadaan yang sangat membebankan rakyat. Pengumuman mengenai kenaikan terbaru sebanyak 78 sen petrol dan RM 1 bagi diesel akan segera dirasai oleh rakyat berpendapatan rendah yang maseh berjumlah terbesar di Negara ini.
Kami khuatir dengan gejala ketirisan perbelanjaaan Negara serta keuntungan besar Petronas yang maseh dibelanjakan dengan keadaan tidak telus membuat rakyat mempunyai prasangaka besar bahawa kerajaan tidak bertindak bijak ke atas kebajikan rakyat.
Soalnya rakyat maseh tidak dapat menerima kenyataan kenapa Malaysia tidak mempunyai perancangan untuk menguruskan pemerosesan minyak mentah dalam Negara ini bagi mengutamakan keperluan dalaman daripada mengeskport dan kemudian membeli semula dengan harga pasaran dunia.
TERAS mengesa kerajaan mengambil langkah lebih telus untuk menjelaskan kedudukan perbelanjaan Pertronas dan mengujudkan suatu polisi yang lebih berhemat dan cermat untuk menggunakan pendapatan Negara bagi mengawal kos hidup yang semakin melonjak.
Sementara kami menerima hakikat bahawa keadaan ekonomi semasa serta tuntutan keperluan rakyat yang semakin bertambah bilangannya tidak memungkinkan kos hidup terus kekal namun kami juga sukar untuk menerima betapa cara pengurusan wang Negara maseh menunjukkan kepincangan yang turut menyumbang juga kepada perbelanjaan yang tinggi dalam belanjawan pengurusan Negara.
Kami menegaskan bahawa kerajaan perlu mengatasi isu menguruskan pengagihan kekayaan Negara yang lebih adil untuk rakyat agar kedudukan indeks jurang kaya-miskin ( Gini index) Negara yang maseh berada antara yang tertinggi didunia diatasi dengan segera.
Projek mewah dan kehidupan pemimpin-pemimpin Negara yang tidak menunjukkan kesederhanaan dalam kehidupan akan mencetuskan rasa tidak senang dikalangan rakyat tatkala rakyat merasa beban hidup setiap hari .
Mohd Azmi Abdul hamid
Presiden TERAS