KAJIAN RMK 9 – MENERUSKAN MODEL PEMBANGUNAN TIDAK LESTARI

30 06 2008

Kenyatan Media TERAS
29 hb Jun 2008

KAJIAN RMK 9 – MENERUSKAN MODEL PEMBANGUNAN TIDAK LESTARI

TERAS berpendirian bahawa Kajian RMK 9 dan pengumuman tambahan peruntukan RM30 bilion lagi oleh PM adalah suatu penerusan model pembangunan yang tidak lestari ( unsustainable).

Walaupun beberapa perubahan untuk memberi keutamakan kepada projek berasaskan keperluan rakyat diistiharkan , namun persoalan yang lebih mendasar berkaitan dengan apakah jenis pembangunan yang sepatutnya dipacu tidak berubah nampaknya.

Perkiraan pertumbuhan ekonomi tetap menjadi sasaran negara padahal persoalan pengagihan kekayaan kepada rakyat melalui program yang lebih merata tidak terjawab.

TERAS melihat kesalahan yang ketara dalam model pembangunan yang maseh dianuti oleh pemerintah ialah  berkaitan dengan pola konsumpsi dan  pengeluaran yang mengguna model yang sama , yang sebenarnya bersifat membazir dan tidak lestari. Apa sahaja yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi akan dirangkum sekaligus sebagai  membantu pertumbuhan  KDNK.

Yang jelas ekonomi yang dipacu bercampur dengan segala sumbangan yang sebenarnya negatif. Sumbangan ekonomi dari sektor judi dan arak maseh besar. Demikian juga sumbangan dari projek-projek yang membazir melalui pelbagai pembinaan struktur yang menjadi gajah putih.

Lebih parah lagi pelbagai perbelanjaan yang berkaitan dengan isu yang sebenarnya timbul dari konsep pembangunan yang salah itu sendiri juga dianggap menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.

Sebagai contoh kes kemalangan jalanraya yang semakin tinggi juga diperkira membantu pertumbuhan sektor industri automobil dan sektor kesihatan.

TERAS berpendapat RMK 9 akan terus menimbulkan krisis pembangunan yang sama seperti sebelumnya ,  iaitu  pembaziran dan salahguna sumber.

TERAS mengesa pihak kerajaan mengkaji semula seluruh koridor pembangunan ekonomi yang telah dilancarkan di 5 kawasan yang bernilai ratusan bilion ringgit.

Suatu langkah kemas dan tegas untuk memastikan tidak berlaku ketirisan peruntukan hendaklah menjadi keutamaan. Pihak kerajaan juga perlu memerhatikan bahawa sedemikan banyak projek yang terbengkalai semada tidak siap atau telah siap tetapi tidak diguna.

Pihak kerajaan mesti mencari jalan bagaimana wang keluar perlu diminimakan melalui langkah menumpukan perbelanjaan dalam negeri. Ini termasuk menilai semula penghantaraan pelajar keluar negara untuk melanjutkan pelajaran.

TERAS berpendapat sangat perlu penapisan semula kursus yang memerlukan pelajar-belajar dihantar di luar negara.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Prseiden TERAS


Tindakan

Informasi

Tinggalkan komen