Kenyataan Kerjasama Polis dan Tentera untuk kawal demo rakyat oleh KPN dibantah keras

4 07 2008

KENYATAAN MEDIA TERAS
3 HB JULAI 2008

TERAS memandang berat dan membantah keras terhadap kenyataan Ketua Polis Negara kelmarin bahawa polis dan tentera akan bergabung untuk menghadapi pelbagai tindakan masyarakat yang melancarkan tunjuk perasaan dari masa ke semasa.

Kenyataan ini boleh ditafsir sebagai suatu persiapan untuk mengistiharkan undang-undang dharurat .

TERAS mempersoalkan kenyataan tersebut kerana ini melambangkan pihak polis tidak mampu untuk berhadapan dengan bantahan rakyat sehingga pihak tertera terpaksa dikerah bersama.

Kami ingin mempersoalkan apakah ini menunjukkan pihak ketua Polis Negara  Negara akan cuba mengheret tentera ke kancah politik?

Jika tugas utama tentera adalah untuk menjagakan kedaulatan wilayah dan persempadanan negara dari pencerobohan pihak luar  kenapa pula mereka perlu dilibatkan dalam menjaga ketenteraan awam.

Sesungguhnya TERAS berpendapat jika jelas pihak yang berkenaan tidak mampu berfungsi menjaga keselamatan awam , apa gunanya Ketua Polis Negara terus memegang jawatan.?

Dengan mengugut rakyat dengan gabungan tentera dan polis adalah suatu tindakan yang diluar bidangkuasa tentera khususnya dan bersifat provokasi

TERAS mendesak agar pihak kerajaan menarik balik kenyataan KPN tersebut kerana ia menghantar mesej yang salah kepada rakyat dan adalah  diluar bidangkuasanya.

TERAS juga bimbang dengan kenyataan tersebut pihak polis dan tentera seolah-olah mengantisipasi sesuatu tindakan liar yang  akan dibuat oleh orang ramai  semasa demonstrasi yang dikatakan akan diadakan pada 6 hb Julai ini.

Ataukah juga ini adalah rancangan untuk mengujud dan menegangkan sesuana sehingga undang-undang dharurat dianggap wajar.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS Pengupayaan Melayu.


Tindakan

Informasi

Tinggalkan komen