MAJLIS BERTINDAK MEMPERTAHANKAN AQIDAH DAN SYARIAH ISLAM
F1014A , Kg.Pondok , Batu Hampa, 08400 Merbok , Kedah.
Kenyatan Media Bersama
7 hb Ogos 2008
KAMI BANTAH SEKERAS-KERASNYA FORUM AWAM MAJLIS PEGUAM MENDEBAT ISU Memeluk Islam : Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan , Subashini & Shamala
Kami mengutuk dan membantah sekeras-kerasnya Forum Mengenai isu Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan menyentuh soal memeluk Islam dan bidangkuasa Mahkamah Syariah yang akan diadakan pada hari Sabtu ini , 9 hb Ogos 2008 bertempat di Auditorium Majlis Peguam , Sekretariat Majlis Peguam , K.Lumpur.
Forum ini seperti yang dipromosi dalam laman web Majlis Peguam adalah anjuran Jawatankuasa Undang-undang Keluarga Majlis Peguam itu sendiri..
Kami mendapati Majlis Peguam cuba untuk memprovokasi masyarakat Islam dan
melakukan tindakan yang berniat serong untuk membahaskan hal ehwal perundangan Islam secara terbuka.
Sesungguhnya provokasi yang tidak perlu ini akan mencetuskan kemarahan masyarakat Islam kerana Majlis Peguam bukan pihak yang layak untuk membahaskan hal ehwal Islam. Kami mengingatkan agar Majlis Peguam jangan cuba bermain dengan api. Isu hal ehwal Islam adalah isu sangat sensitive kepada umat Islam.
Tindakan ini jelas cuba menghidupkan semula usaha terdahulu yang dilakukan oleh beberapa kelompok dari Majlis Peguam bagi menubuhkan IFC dan kemudian diikuti pula oleh satu lagi usaha dari kumpulan yang menggelarkan dirinya sebagai Kumpulan Artikel 11.
Usaha tersebut telah mendapat bantahan dari sebahgian besar masyarakat Islam dan dari pihak berkuasa sendiri.
Pada edaran surat jemputan mengenai pengenalan kepada Forum ini , jelas menunjukkan tujuan Majlis Peguam menganjurkan program tersebut adalah untuk mempersoalkan dan mencabar bidangkuasa Mahkamah Syariah yang termaktub dalam Artikel 121 (1A) . Kes Subashini dan Shamala dijadikan asas untuk perbahasan ini diadakan.
Kami menegaskan bahawa Majlis Peguam tidak ada hak untuk memandai-mandai dan cuba membahaskan hal yang berkaitan dengan undang-undang Islam secara terbuka.
Kami medesak supaya Forum ini dihentikan oleh pihak berkuasa kerana ia boleh membawa kepada kemarahan masyarakat Islam yang tidak mahu undang-undang Islam dicabar oleh mana-mana pihak.
Soalnya Majlis Peguam sebagai sebuah badan statutori sepatutnya menumpukan perhatian kepada memperkemaskan professionalisme para peguam yang maseh banyak yang tidak diuruskan dengan sempurna. Kenapa Majlis Peguam mahu campur tangan urusan hal ehwal agama Islam padahal ini bukan bidangkuasanya?
Kami juga menegaskan sebarang perbahasan yang berkaitan dengan urusan Islam hendaklah diutarakan kepada saluran yang khas .
Saluran Khas ini kami cadangkan ditubuhkan oleh pihak kerajaan supaya sebarang pandangan yang berkaitan dengan hal ehwal Islam didengari oleh mereka yang pakar dalam ilmu agama Islam .
Ini bertujuan untuk mengelakkan urusan Islam dibahaskan secara terbuka dan menimbulkan kekeliruan yang tidak perlu dikalangan masyarakat.
tt:
1.Mohd Azmi Abdul Hamid
Koordinator MAJLIS BERTINDAK MEMPERTAHANKAN AQIDAH DAN SYARIAH ISLAM
Presiden TERAS Pengupayaan Melayu
Di persetujui bersama :
2.Syeikh Abu Bakar Awang
Yang diPertua Persatuan Ulama Kedah
3.Dr. Wan Salim Mohd Nor
Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia Cawangan P.Pulau Pinang
4.Ustz Fauziah Thani
Pengerusi Majlis Bertindak Wanita Islam Malaysia
5.Hafiz Mustafa Lubis
Yang DiPertua ABIM Kedah
6.Khairul Anuar Mustafa
Setuausaha Persatuan Ulama Malaysia Caw. Wilayah Persekutuan
7..Dr. Abdul Rahman Ahmad
Timbalan Pengerusi Wadah Jaringan Pertubuhan Islam Kedah
8. Zulzaidi Mahmud
Pengerusi Rangkaian Pemuda Mapan TERAS
9. Sharizan Sazali
Pengerusi Ummah Aid
10. Dr. Fadhlullah Jamil
Pengerusi Wadah Kecergasan Ummah Negeri P.Pinang (WADAH)
11. Ust Azuddin Yaakob
Majlis Bertindak Menangani Gejala Sosial Kedah (TEGAS)
12.Ust Kamaruddin Kassim
Pengerusi PRIHATIN Malaysia
13.Aziz Man
Pengerusi Persatuan Warga Desa Kedah
14. Hj. Ismail Wan The
Pengerusi Kelab Prihatin Jerlun , Kedah.
15. Salman Siddiqy Mohd Azmi
Pengerusi Bekas Pelajar Pengajian Islam Kedah
16.Ahmad Tarmizi Sulaiman
Setiausha Institut Penyelidikan dan Pengembangan Syariah
17. Major (B) Wahab Abdul Wahid
Pengerusi Persatuan As-Shifa’ , Kelantan.
18. Awaluddin Jefri
Yang DiPertua Persatuan Ulama Malaysia Negeri Johor
19. Masadah bt Sajadi
Pengerusi Wanita TERAS Nasional (WATAN)
1 Komen
11/08/2008 at 3:23 pm
Islam adalah agama yang benar dan adil. Kenapa kita perlu takut untuk menerangkan serta membincangkan secara ilmiah perihal agama Islam kepada terutamanya orang-orang bukan Islam. Tindakan menghalang forum tersebut, termasuk keengganan wakil institusi Islam daripada IKIM dan bekas hakim syarie yang dijemput sebagai panel untuk hadir menggambarkan seolah-olah ada kekurangan dalam Islam dan undang-undang Islam dan kita takut untuk berhadapan secara terbuka dan memberikan penerangan. Menghalang forum tersebut adalah satu tindakan yang tidak bijak dan mensia-siakan peluang untuk menerangkan Islam kepada orang-orang bukan Islam.