DEKLARASI BANGKOK
PERSIDANGAN NGO ASEAN
Pusat Islam , Bangkok , Thaialand
16hb Okober 2009
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang .
KAMI anggota dan aktivis NGO ASEAN bersama dalam Nusantara Inisiatif untuk Keadilan dan Keamanan (NADI) pada persidangan NGO ASEAN di Bangkok , Thailand pada 16hb Oktober 2009 ,
Mengingatkan tragedi sejarah yang telah memangsakan ramai rakyat di Myanmar, Thailand Selatan , Mindanao dan iktibar yang dapat dirumuskan bagi generasi masakini,
Menegaskan semula ASEAN ditubuhkan untuk mengujudkan hubungan multilateral antara Negara-negara di rantau ini demi kemanfaatan dan pembangunan bersama,;
Menerima keperluan mengalakkan inisiatif rakyat ke rakyat untuk mencapai keadilan dan keamanan di kawasan Asia tenggara,.
Mengingatkan semua Ketua negara yang telah mengistiharkan komitmen masing-masing pada AMM 17 – 24 July 2008 ke 41 di Singapore, mengenai pertanggungjawapan mereka ke atas rakyat ketika melaksanakan kerjasama dalam isu-isu bersama dan merumuskan langkah yang konkrit dan pratikal untuk membina kapasiti , dan membina kepakaran untuk kemajuan dalam bidang yang boleh mengujudkan keamanan kolektif,
Menegaskan semula matlamat untuk membina komuniti ASEAN berasaskan keadilan sosial , berekonomi mapan , berbudaya tradisi dan mengakar dan dinamik , sensitif kepada alam sekitar dan memberi ruang yang luas kepada penyertaan politik yang sihat,
Menegaskan kemajuan serantau berasaskan keadialan dan keamanan perlu dirangka merujuk kepada keperluan ekonomi , tradisi dan budaya rakyat tempatan,
Menegaskan semua konflik perlu ditangani melalui pendekatan yang aman berdasarkan keadilan , kebenaran dan hak rakyat,
Mengutuk pendekatan keras dari operasi tentara yang dilaksanakan oleh sebahagian kerajaan dalam ASEAN yang dilaksanakan atas nama membenteras keganasan , memburu pemisah , golongan yang didakwa radikal , Akibatnya ialah meningkatkannya konflik dan semakin mendalamnya ketidakadilan dan memangsakan rakyat melalui penangkapan yang tidak sah, penculikan , pembunuhan tanpa pembicara , penderaan , perampasan harta yang tidak sah , penggunaan undang-undang yang bersifat draconian dan pelbagai pelanggaran hak asasi manusia,
Menolak semua campurtangan ekonomi, sosial-budaya , politik dan ketenteraan oleh mana-mana hegemoni kuasa luar semada secara terang atau sulit,
Mengambil perhatian mengenai konflik yang berpanjangan di Mindanao , Selatan Thailand , dan Mynmar yang memberi kesan buruk kepada perhubungan saling hormat dan usaha untuk mencapai penyelesaian yang adil. Baca baki entri ini »