TERAS TOLAK WARISAN MERDEKA

KENYATAAN media TERAS
31hb Disember 2013

Dari awal sejak cadangan Warisan Merdeka diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seti Najib Tun Razak dalam pembentangan  bajet 2012 , TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS) telah menyatakan pendidiran membantah dan menolak projek tersebut.

Projek ini bukan sahaja akan menghapuskan tapak yang sangat bersejarah kepada negara sebagai lambang khazanah rakyat yang sangat berharga malah ia adalah juga suatu simbol kebanggaaan negara yang mempunyai wajah sejarah yang sangat unggul.

tapak-menara-warisan-merdeka

Warisan Merdeka yang sangat berciri kapitalis yang dicadang akan menegakkan monumen setinggi 118 tingkat tidak mungkin dapat menyamai lambang sejarah dua stadium yang tertua negara iaitu Stadium Negara dan Stadium Merdeka yang bakal terjejas jika projek Wairsan Merdeka ini diteruskan.

Projek ini tidak lain dari hanya melambangkan ciri penguasaan konglomerat  pemodal besar di bandar Raya Kuala Lumpur yang megah dengan bangunan mega besar dan mencakar langit , jelas yang tidak mempunyai sebarang relevan kepada kebanyakan rakyat di negara ini semada dari sudut ekonomi mahupun sosio-budaya.

Kami persoalkan sejauhmana projek Warisan Merdeka yang dijangka menelan belanja rm 5 bilion ini dapat bermanfaat kepada rakyat terbanyak. Bukan sahaja ia akan lebih memihak kepada peniaga besar , malah ia akan melenyapkan warisan penting kota Kuala Lumpur yang penting dihargai oleh generasi mendatang.

e526bff99b009bd2b37da870c036e229

Kami melihat projek ini tidak lain dari hanya satu lagi projek kapitalis kroni yang mencari peluang untuk membolot harta negara atas nama kononnya bernuansa sejarah iaitu dengan nama Warisan Merdeka.

Pada hakikatnya ia hanyalah satu lagi projek yang akan menyamai projek Menara Berkembar Petronas yang kini sudah tidak mempunyai lot bumiputra lagi kerana tidak ada usahawan bumiputra yang mampu menyewa ruang niaga kompleks mewah itu.

Kami tidak nampak sebarang relevan dari segi ekonomi rakyat terbanyak mahupun kesan sosial yang positif jika projek ini diteruskan. Ia akan lebih menjadi kompleks mewah yang akan menyisihkan peniaga kecil dan sederhana.

Seperti biasa maklumbalas awam tidak pernah dijadi rujukan dan pendekatan kerajaan untuk meneruskan projek mega seperti ini. Inilah amalan yang nampaknya kekal pada kerajaan yang sedia ada. Keputusan dibuat dengan pemaju projek dan kerajaan akan menggunakan pengaruh dan kuasa politik untuk mengenepikan suara rakyat.

Sepatutnya rakyat berhak menyuarakan pendapat dan membantah projek yang menjejaskan warisan milik rakyat . Manakala pihak kerajaan tidak sepatutnya menjadi wakil kepada pemaju bila berhadapan dengan bantahan rakyat.

Jika ini dilakukan oleh kerajaan iaitu memihak kepda pemaju projek maka sebenarnya kerajaan sebenarnya mengamalakan pendekatan kaedah ” korporat diutamakan dan rakyat diketepikan”.

TERAS turut memandang serius terhadap ketidaktelusan pihak kerajaan dan DBKL yang sehingga ini tidak mendedahkan apakah status projek ini .Datuk Bandar KL seharusnya mengambil perhatian serius pandangan rakyat kota sebagai pihak berkepentingan yang sangat signifikan dan mempunyai locus standi untuk diberi perhatian.

Keputusan dari atas ke bawah yang dipengaruh oleh orang politik adalah tidak wajar dipertahankan ketika memutuskan untuk melaksanakan projek ini kerana rakyat adalah “stakeholder” terpenting dalam mempertahankan status tapak warisan negara ini.

TERAS mendesak projek ini tidak diteruskan dan  kawasan disekitar Stadium Negara dan Stadium Merdeka diwartakan sebagai warisan negara.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

About these ads
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 232,028 hits
Kalendar
Disember 2012
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 29 other followers

%d bloggers like this: