TERAS Pengupayaan Melayu

JAWATANKUASA PUSAT PERLU CARI PUNCA MURTAD
Kenyataan Media TERAS

27hb Januari 2012

TERAS menyambut baik penubuhan Jawatankuasa Pusat Mengenai Murtad  seperti yang diumumkan oleh Menteri di JPM , Datuk Jamil Khir.

Kami mendapati bahawa gejala murtad yang tidak boleh dinafikan berlaku dikalangan umat Islam perlu segera dibendung.

Jawatankuasa yang ditubuhkan itu perlu memberi perhatian serius kepada  punca murtad berlaku. Murtad tidak boleh hanya dilihat dari sudut undang-undang semata-mata tetapi juga harus ditangani dari pelbagai faktor lain iaitu sosio-budaya , pendidikan dan ekonomi masyarakat.

Kebiasaannya mereka yang menjadi mangsa murtad ialah apabila mereka didekati oleh pihak lain yang sememangnya mempunyai hasrat untuk mempengaruhi agar mangsa dimurtadkan.

Kini sudah ujud kes murtad golongan remaja hanya kjerana terpengaruh dengan perhubungan dalam facebook. Gejala perhubungan diluar pengetahuan ibubapa dan guru telah mendedahkan remaja kepada penukaran agama tanpa diketahui oleh sesiapapun.

Kami sangat khuatir terhadap gejala mereka yang murtad tetapi terus berpura-pura maseh Islam . Kes ibubapa dikejutkan dengan pengakuan anak-anak yang keluar dari Islam pernah berlaku dan hal ini sangat perlu diberi perhatian serius.

Kami memandang serius gejala murtad yang berkembang dikalangan anak muda akibat masalah keluarga yang tidak dapat dikendali dengan baik.

Kami juga berpendapat adalah sangat penting Jawatankuasa ini membantu negeri-negeri semada negeri yang sudah ada enakmen mengenai larangan menyebar agama lain dari Islam kepada orang Islam atau negeri yang maseh belum ada enakmen berkenaan

Kerjasama bersepadu dengan semua agensi hendaklah dilakukan jika Jawatnkuasa ini serius untuk mengatasi gejala murtad ini.

Isu penguatkuasaan undang-undang perlu diatasi segera kerana ia akan memberi imej kepada wibawa pihak berkuasa agama. Jika enakmen yang ada tidak dikuatkuasa walaupun sudah terbukti pihak yang terbabit bersalah maka enakmen dan agensi yang ujud akan menjadi momokkan masyarakat.

Jawantankuasa tersebut juga perlu memberi perhatian kepada mengkaji dan menyemak semua enakmen mengenai murtad yang ada di negeri-negeri. Ini adalah kerana ada negeri yang maseh mempunyai kelonggoran dalam isu murtad sehingga pihak yang mahu memohon menukar nama dan agama dari Islam kepada bukan Islam boleh berbuat demikian di negeri tersebut.

Kami juga sangat prihatin terhadap pelbagai kes taraf keIslaman anak-anak bila salah seorang pasangan suami isteri  memeluk Islam. Kes suami atau isteri yang memohon untuk membatalkan pengIslaman anak di mahkamah sivil akan membawa implikasi besar kepada status undang-undang Islam yang diputuskan di Mahkamah Syariah.

TERAS mengesa supaya Jawatankuasa ini juga memberi perhatian kepada pelbagai persoalan kebajikan mualaf yang maseh belum diatasi dengan sempurna terumata dari sudut undang-undang.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Kerajaan hanya memperolokkan undang-undang – CAP
PULAU PINANG, 26 Jan: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan supaya menarik semula pengharaman yang dikenakan ke atas mercun kerana ia seolah-olah memperolokkan undang-undang jika tiada penguatkuasaan.

Permainan mercun telah diharamkan sejak 1978; namun dentuman mercun yang bertalu-talu jelas kedengaran di seluruh Pulau Pinang pada malam Tahun Baharu Cina.

Bunga api dan mercun telah meragut banyak nyawa dan kemusnahan harta benda.

“Jika penguatkuasanya tidak dilaksanakan dengan tegas, kita seolah-olah tidak mengambil iktibar daripada musibah ini,” kata S.M. Mohamed Idris, Presiden CAP.

Tragedi terbaru berlaku di Kota Kinabalu apabila seorang lelaki berusia 26 tahun maut dalam nahas letupan bunga api.

Ahli keluarga mangsa yang berada di tempat kejadian melihat dengan ngeri mangsa terjatuh ke tanah dan tidak bermaya selepas bunga api yang dipasangnya tidak menyala dan tiba-tiba meletup lalu terkena pada mukanya apabila beliau cuba memeriksanya.

Bunga api dan mercun yang berleluasa di pasaran jelas menunjukkan kelemahan pihak Jabatan Kastam melakukan pemeriksaan teliti di pintu masuk, katanya.

Bagi beliau, jika Jabatan Kastam lebih berhati-hati sewaktu menjalankan tugas, dagangan yang merbahaya ini tidak akan beredar di pasaran.

“Pada masa ini hanya mercun diharamkan di bawah Akta Bahan Letupan. Namun begitu, peraturan ini masih belum mencukupi. Bunga api juga mengandungi bahan letupan; oleh itu ia turut mendedahkan bahaya kepada penggunanya,” katanya.

Selanjutnya, kata Mohamed Idris, pengharaman sepenuhnya ke atas kedua-dua mercun dan bunga api akan memudahkan tugas penguatkuasaannya kerana tidak ada benda yang terselindung.

Pada ketika ini, pegawa-pegawai penguatkuasa berasa sukar hendak menjalankan tugas jika mercun disembunyikan di sebalik timbunan bunga api, katanya.

Bagi beliau, pengharaman mercun dan bunga api bukan saja memudahkan tugas penguatkuasaan lebih mudah, malah orang ramai lebih mudah mengenal pasti mereka yang melakukan kesalahan dan melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Sejak bertahun-tahun, katanya,  CAP telah menggesa ke arah penguatkuasaan mercun dan bunga api.

Malangnya, gesaan itu tidak mendapat perhatian pihak berkuasa.

Pihak polis dan Jabatan Kastam pula gagal memeriksa apa yang dianggap sebagai perilaku yang memperolokkan undang-undang.

“CAP berasa dukacita kerana pihak berkuasa yang sepatutnya menguatkuasakan undang-undang tidak bertindak tegas terhadap mereka yang secara terang-terangan melanggar undang-undang,” kata S M Mohamed Idris (gambar).

Setiap tahun ramai kanak-kanak yang terbunuh atau tercedera dan mengalami kecacatan apabila bermain bunga api.

“Jika kita benar-benar mengambil berat terhadap kebajikan mereka, kita sepatutnya mengharamkan semua permainan mercun dan bunga api tanpa sebarang alasan  lagi. Hanya dengan cara ini saja anak-anak kita akan terselamat daripada tragedi yang berlaku setiap tahun ini,” tegasnya.

“Kita memahami bahawa permainan bunga api dan mercun memeriahkan lagi sambutan sesuatu perayaan. Namun akibat dan kosnya terlalu tinggi untuk ditanggung.

“Memandangkan pihak berkuasa seolah-olah tidak berupaya menguatkuasakan undang-undang yang ada, adalah lebih baik sekiranya pengharaman ke atas mercun ditarik balik, daripada memberikan jaminan palsu bahawa keadaannya selamat.

“Sudah terlalu lama Akta Bahan Letupan menjadi bahan sendaan,” tegas beliau.

sumber : harakahdaily

Laporan Utusan tidak benar dan tersasar – Teras
KUALA LUMPUR, 26 Jan: Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menafikan laporan akhbar Umno, Utusan Malaysia 25 Januri lepas dan menyifatkan ianya sebagai tidak benar dan tersasar.

Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar)  dalam kenyataannya hari ini berkata, “Kenyataan itu sangat menyimpang daripada kenyataan asal saya dan ianya sungguh dikesali.”

Teras merujuk laporan akhbar dalam Utusan Malaysia bertarikh 25 Januari 2012 yang bertajuk ‘Bersih 3 berniat kelirukan rakyat’.

“Laporan itu yang  kononnya memetik kenyataan saya adalah  tidak benar dan tersasar sepertimana yang saya nyatakan.

“Kenyataan itu sangat menyimpang daripada kenyataan asal saya dan ianya sungguh dikesali,” kata Azmi dalam kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini.

Azmi menjelaskan, dalam kenyataannya kepada utusan Malaysia, beliau berkata pihak Bersih 3 berhak untuk memilih saluran samada melalui perundingan dengan pihak yang berkaitan atau melalui demontrasi aman yang di benarkan oleh undang-undang untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.

“Saya juga menyatakan bahawa adalah tidak salah salah bagi mana-mana pihak samada pihak kerajaan atau pembangkang untuk melakukan sesuatu tindakan dalam menghasilkan momentum berterusan  untuk memenangi hati rakyat bagi memghadapi pilihhanraya umum ke 13 ini,” katanya.

Bagi beliau, tindakan menghasilkan momentum sokongan rakyat adalah lumrah dalam demokrasi di mana-mana negara.

“Saya menegaskan bahawa sesuatu perhimpunan awam  yang aman dan mengikut saluran undang-undang adalah sesuatu yang sah dan pihak kerajaan tidak boleh menghalangnya kerana ianya  adalah hak rakyat yang termaktub dalam perlembagaan negara serta tidak bertentangan dengan syariat Islam,” katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa perhimpunan aman yang bertujuan baik untuk menuntut sesuatu hak oleh rakyat  akan diterima oleh rakyat Malaysia sebagai suatu proses pembinaan negara yang akan menghasilkan sebuah kerajaan dan pentadbirannya yang lebih adil, saksama dan bebas dari pengelewengan serta rasuah yang sangat dibenci oleh rakyat.

Berbeza dengan laporan akhbar Umno itu, Azmi berkata, tindakan sebegini tidak ‘mengelirukan rakyat’ bahkan akan mematangkan lagi mana-mana kerajaan dan rakyat untuk terus membangunkan negara ini dengan penuh amanah dan tidak mengkhianatinya dengan amalan politik yang korup dan zalim kepada  rakyat.

sumber : harakahdaily

CABARAN DAN TANTANGAN MEMARTABATKAN SYARIAH DI MALAYSIA
– GAGASAN GERAKAN SOKONG SYARIAH  MAPIM-

oleh

Mohd Azmi Abdul Hamid ,Setiausaha Agong MAPIM

Ucaputama Persidangan MAPIM ke 3 , 1433H

5 Rabiulawal 1433H / 29hb Januari 1202 ,Pusat Latihan JPS Malaysia Cawangan Ampang KL ,

“Keputusan (Hukum ) itu hanyalah kepunyaan Allah. dia Telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui” Surah Yusof : 40

Kami alu-alukan kehadhiran saudara di Persidangan MAPIM buat kali ke 3 dengan ucapan ahlan wa sahlan wa marhaban bikum , moga pertemuan kita akan diberkahi Allah dengan niat kita setulusnya untuk menegakkan kalam Allah dalam seluruh dimensi kehidupan umat.

Setelah lebih 54 tahun merdeka belum ada penilaian yang dilakukan untuk mengukur kedudukan Islam dan umat Islam di negara ini secara terperinci sektor per sektor.

Walaupun terjadi beberapa episod dan ledakan sepanjang era pasca kemerdekaan yang membangkitkan soal kedudukan Islam   dalam pentadbiran negara , yang jelas maju atau tidak Islam di negara ini ,  belum ada yang menganalisanya dengan ilmiah.

Jika dilihat secara umum , Islam dinegara ini maseh tersudut sebagai agama ritual . Sungguhpun terdapat kemajuan dalam penerapan dan penggubalan komponen Islam dalam beberapa sektor seperti perbankan , namun belum ada usaha untuk melihat perlaksanaan syariah secara lebih menyeluruh.

Tidak keterlaluan untuk dirumuskan bahawa  agenda Islamisasi yang merangkumi dan meliputi kehidupan umat dalam seluruh aspek kehidupan bermasyarakat  dan bernegara , setakat ini belum menjadi usaha yang tersusun dan berstrategik.

Akibatnya Islam maseh berada diruang yang maseh terbatas dalam urustadbir dan ketatanegaraan yang tidak merangkumi dan tidak menyeluruh.

Sebab itu Kongres Umat Islam seMalaysia yang pertama (KUISMA 1) pada 2-3 Zulhijjah 1427H / 23-24hb Disember 2006 telah cuba membentangkan semacam sebuah manifesto atau dokumen kad laporan prestasi Islam di Malaysia sepanjang 50 tahun merdeka berkaitan dengan status Islam dan umat Islam secara menyeluruh.

Kami gelar acara kongres tersebut sebagai Muhasabah Nasional . Kami mengusulkan bahwa suatu audit yang jujur terhadap kondisi umat Islam dan status Islam di negara ini perlu diadakan. Semak realiti (reality check) terhadap 17 agenda telah kami gunakan sebagai suatu wasilah untuk  meneliti prestasi umat Islam bertujuan merangka rencana jangka panjang yang lebih realistik dan berpijak dibumi nyata. Hasrat kami event sulung tersebut seharusnya diuruti dengan tindaklanjut yang berkesinambungan.

Tujuannya jelas. Padat. Langsung. Kita memerlukan sebuah kebangkitan umat dan lonjakan yang cukup kuat. Dari sekadar sebuah acara harus berurutan kepada aksi. Dari cuma retorik harus melahirkan tindakan. Bukan sekadar untuk kepuasan beraktiviti , akan tetapi untuk meninggalkan bekas dan mencipta sejarah.

Semangat yang cuba dibawa ialah Kongres umat Islam itu digerakkan dengan semboyan , dari umat , kepada umat oleh umat.

Kini usia dokumen yang terhasil dari Kongres itu sudah berusia lebih 5 tahun. Ternyata geraktindak belum bermula untuk melancarkan transformasi yang diharapkan. Kami dapati belum ujud sinergi yang diperlukan untuk menggerakkan upaya memulahkan proses perubahan yang sepatutnya. Pun begitu keinginan untuk bergerak dan menjayakan proses Islamisasi dalam semua aspek kehidupan umat Islam sangat didambakan.

Sementara kami insaf bahawa gerakan mengembalikan sistem hidup Islam menjadi sistem arusperdana adalah kewajipan syar’i , kami juga sedar keterbatasan perancangan dan sumber serta kurang kesungguhan organisasi Islam untuk berusaha secara strategik melancarkan gerakan nasional , telah menghambat cita-cita ini. Oleh itu MAPIM terpanggil untuk kali ini menggerakkan upaya yang serius sebagai suatu permulaan menyiapkan umat untuk turut bersama menyokong dan mendokong syariat di negara ini.

Secara umum sememangnya persoalan syariat maseh terbatas kepada persoalan perundangan. Akan tetapi syariat Islam sebagai kerangka pengawalan kehidupan umat sebenarnya meliputi seluruh aspek kehidupan yang lain iaitu sosio-budaya , ekonomi dan politik , pendidikan , pengurusan sumber alam , pertahanan , urustadbir , hak asasi manusia , kebajikan  dan kebebasan sivil.

Islam adalah sekaligus syariat yang dalam dirinya terkandung kepedulian sangat tinggi dengan masalah sosial budaya dan pendidikan. Keharusan melaksanakan Islam secara kaffah, niscaya menjadi asas yang sangat kokoh akan keharusan keberadaan syariat pada lapangan sosial budaya dan pendidikan. Lebih dari itu sejarah umat yang telah terukir berabad-abad lamanya, baik pada skala lokal, nasional maupun global, ternyata juga membuktikan bahwa syariat Islam itu memang rahmatan lil alamin dan karenanya pastilah ia dapat dan perlu terwujud juga pada tataran sosial budaya dan pendidikan.

Lantaran kami melihat realiti kini jelas menjadi peluang terbaik untuk syariat diketengahkan memandangkan  keboborokan sistem dan peraturan masakini yang berinti  falsafah hidup Barat , gagal menyelesaikan krisis yang bertali arus menimpa dunia.

Pecah amanah , kerosakan alam sekitar , peningkatan jenayah , salahguna kuasa , keruntuhan akhlaq  dan institusi keluarga , penindasan , peminggiran golongan dhuafa , salahguna undang-undang , penyelewengan institusi kehakiman adalah rentetan antara krisis dunia yang bergantung kepada sistem diluar syariat.

Implikasi dan peringatan tuntas Allah terhadap keangkuhan manusia mengkufuri peraturan Allah di tegaskan:

“Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya Telah beriman kepada apa yang diturunkan kepada mu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? mereka hendak berhakim kepada taghut, padahal mereka Telah diperintah mengingkari taghut itu. dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya”. Surahal-Nisā:60

Kami berpendirian bahawa syariat yang berteraskan keadilan sebagai tunggak , bertujuan menerangkan kebenaran dan mengharmoniskan kehidupan pada dasarnya  mempunyai ruang lingkup yang luas dalam pelbagai aspek hidup untuk menguruskelola umat bermasyarakat dan bernegara secara harmonis antara insan dengan Khaliqnya , insan dengan insan , insan dengan alam lingkungannya dan insan dengan dirinya sendiri.

Dalam hasrat murni kami untuk menegakkan syariat dalam ketatanegaraan ,kami juga tidak naïf terhadap kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan yang kini dicabar oleh golongan tertentu yang ingin mempersoalkan  peruntukan istimewa yang diberi kepada Islam dalam negara ini . Padahal peruntukan itu memberi hak kepada umat Islam menuntut supaya syariat ditegakkan dalam seluruh kehidupan umat tanpa menafikan hak warga non Muslim.

Sayangnya peruntukan yang sedia ada tidak dimanfaatkan sebaiknya untuk perlaksanaan syariat agar dapat direalisasikan .

Inilah yang sedang dijadikan perbahasan. Kenapa mereka yang telah diberi mandat berkuasa selama lebih 54 tahun ini tidak berusaha mengembangkan ruang lingkup syariat agar peraturannya terpakai dalam pelbagai aspek kehidupan umat selain dari ruang yang sedia ada.

Betapa pelbagai institusi Islam yang diujudkan nampaknya maseh lesu ketika bertindak  untuk menjadikan peraturan syariat Islam  mengambil tempat utama dalam perundangan negara.

Kedudukan agensi-agensi yang menguruskan hal ehwal Islam belum cukup berkesan untuk membangun dan memperkukuhkan status umat Islam diperingkat bawah dan menjaga kesucian Islam di negara ini ditingkat dasar. Walhasil undang-undang syariah tidak berkembang malah menjadi terpinggir.

Malah pernah ujud percubaan untuk mengembalikan kedudukan dan bidangkuasa Mahkamah Syariah seperti sebelum 1988 iaitu bidangkuasa Mahkamah Syariah boleh dicabar oleh Mahkamah Sivil.  Kesannya berlaku insiden mempersoalkan keIslaman anak-anak bawah umur 18 tahun kepada seorang mualaf Riduan Abdullah yang kini diheret ke Mahkamah Tinggi setelah keputusan Mahkamah Syariah diketepikan.

Kedudukan syariat terus dilemahkan ketika ada negeri yang belum menggubal enakmen agama Islam yang bersangkutan dengan Perkara 11 (4) yang menyebabkan rebutan dan tuntutan berlaku dalam isu status keIslaman seseorang. Kalaupun ada , banyak negeri yang tidak menguatkuasakan enakmen yang telah digubal.

Ini menunjukkan banyak lagi persoalan undang-undang berkaitan dengan hak golongan bukan Islam serta golongan mualaf yang belum cukup sempurna dalam perundangan yang sedia ada.

Gagasan MAPIM

Pada persidangan ini kami memutuskan untuk menggerakkan  agenda syariat dan mengenengahkannya untuk dijadi kempen nasional.

Agenda Mengarusperdanakan Syariah menjadi tema yang dipileh untuk diutarakan sebagai  gagasan dalam Gerakan Sokong Syariah yang ingin dilancarkan oleh MAPIM . Upaya ini adalah sebagai satu agenda membina gelombang menanam kecintaan dan komitmen umat untuk menjadikan syariat Islam sebagai landasan hidup bermasyarakat dan bernegara.

MAPIM mengambil inisiatif untuk berusaha menyediakan segala syarat yang diperlukan untuk syariat dilaksanakan di negara ini. Seperti yang diungkap oleh Dr Syeikh Yusuf al Qaradawi 3 prasyarat untuk melaksanakan syariat perlu diusahakan :

1.Perlaksanaan Islam secara menyeluruh. Ini adalah pandangan yang melihat persoalan hukum Islam tidak berfungsi secara berkesan dalam bentuk yang terpisah-pisah. Kaedah takaluf ijtima’i diambilkira dalam perlaksanaan syariat seperti hukum hudud zina dan mencuri. Bahawa prasyarat untuk bernikah terbuka luas barulah hukum hudud zina boleh dilaksanakan. Demikian juga hukum potong tangan untuk mencuri , tetapi pengedaran zakat terabai atau kezaliman berterusan , tidak akan memungkinkan hukum hudud atas kesalahan mencuri dapat dilaksanakan.

2.Perbersihan masyarakat dari sebarang unsur yang bertentangan dengan Islam. Mengikut Qaradawi ini adalah salah satu daripada keperluan asasi yang perlu dilakukan bagi melaksanakan syariat Islam. Ia meliputi soal sosio-ekonomi , budaya dan pemikiran . Segala kemungkaran dalam definasi syariat seperti riba , arak , pelacuran , judi , hiburan  liar , budaya mungkar dan penguatkuasaan undang-undang yang bertentangan dengan syara’ hendaklah diusahakan agar dapat dibentaras .

Namun Qaradawi jga menekan soal keutamaan dan keperluan ketika melaksanakan syariat seperti yang ditulis oleh beliau   dalam Fi Fiqh al-Awlawiyyat, dan al-Qaradawi (1992) dalam Awlawiyyat al-Harakat al-Islamiyyah fi Marhalah al-Qadimah.

Dengan demikian, beliau menyenaraikan beberapa fiqh yang perlu diberi perhatian iaitu fiqh alawlawiyyat (fiqh keutamaan) yang juga dikenali sebagai fiqh maratib al-camal, fiqh al-muwazanat (fiqh pertimbangan), fiqh al-maqasid (fiqh bagi mengetahui maksud syariat) dan fiqh al-nusus (fiqh nas-nas al-Quran dan al-Sunnah).

Disamping tu, perlu juga ditekankan fiqh al-waqi’ iaitu kefahaman mengenai realiti manusia dan kehidupan sekitarnya.  Penerapan fiqh al-waqi’ ini dalam memahami dan melaksanakan syariat sangat perlu ke arah pertimbangan (almuwazanah) yang betul dan jauh daripada unsur-unsur melampau.

Pertimbangan yang dimaksudkan oleh al-Qaradawi  di sini ialah pertimbangan antara sesama al-masalih (kebaikan), antara sesama al-mafasid (keburukan dan kerosakan) dan pertimbangan antara al-masalih dan al-mafasid.

3. Keperluan untuk melakukan ijtihad semasa. Keperluan kepada ijtihad semasa menjadi syarat penting bagi pelaksanaan syariat Islam. Al-Qaradawi (2002), dalam bahagian pendahuluan bukunya, al-Ijtihad fi al-shari’ah al-Islamiyyah ma’a Nazarat Tahliliyyah fi al-Ijtihad al-Mu’asir, menyatakan bahawa ijtihadlah yang menjadikan syariat Islam ini subur dan mampu untuk menghadapi permasalahan

baru, seterusnya sesuai dipraktikkan pada setiap masa dan tempat.

Sementara itu kami menuntut beberapa langkah diambil oleh pihak pemerintah dalam rangka melaksanakan syariat di negara ini.

Tuntutan kami adalah agar pihak berkuasa agama iaitu Majlis raja-raja Melayu , Majlis Fatwa Kebangsaan , JAKIM , Majlis Agama Islam Negeri-negeri dan Jabatan Agama Islam negeri hendaklah mempertingkatkan keberkesanan agensi berkaitan  untuk memguatkuasakan semua peruntukan undang-undang yang sedia ada demi menjaga kesucian dan martabat agama Islam terutama persoalan menghina agama Islam dan istitusi agama Islam.

Kami juga amat prihatin bahawa kedudukan bidangkuasa Mahkamah Syariah mengikut Perkara 121 (1a) maseh  boleh disemak oleh Mahkamah Sivil seperti yang berlaku ke atas kes anak-anak Riduan Abdullah . Lantaran itu tidak boleh diambil ringan kes-kes prisiden mengenai taraf keIslaman seseorang dicabar seperti kes-kes yang sedang berlangsung di Mahkamah Sivil setakat ini.

Kami mendapati peruntukan undang-undang khusus yang berkaitan dengan menjaga dan mengawal  aqidah Islam belum diujudkan sedangkan isu aqidah adalah tunjang dalam menentukan kedudukan dan wibawa umat Islam itu sendiri.

Dalam isu pertembungan antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah berkaitan dengan peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan kami berpendapat harus  disegerakan  penubuhan Mahkamah Perlembagaan seperti di beberapa negeri Asia Barat yang sudah siap menghadapi gejala memurtadkan orang Islam. Mahkamah At Tamyiz diujudkan untuk menangani persoalan tersebut bila berlaku isu mengenai pentafsiran Perlembagaan .

Kami juga sedar betapa memasyarakatkan syariat dalam kehidupan sosial sangat penting jika usaha ini mahu dilihat membekas langsung dalam peribadi umat.

Kehidupan sosial umat Islam  pasti bermatlamat untuk mengharmoniskan kehidupan  untuk menjaganya agar tidak lepas kendali sehingga hubungan sosial tidak menjadi kontra produktif tetapi semakin memunculkan makna kebahagiaan dan kemakmuran.

Demikian umat Islam perlu dicorakkan oleh tatanan syariat dalam pola hubungan sosial mereka, baik dengan sesama muslim maupun dengan non-muslim demi merealisasikan kemaslahatan bersama. Begitulah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w pada awal kedatangan baginda  di Madinah ketika baginda mempersaudarakan Muhajirin dengan Ansor dan ketika merealisasikan Piagam Madinah.

Demikian itu jugalah makna syariat dalam konteks sosial. Para ulama fiqih dan usul fiqih dimulai oleh Imam asy-Syafi’i dan kemudian juga tampil dalam kajian-kajian fiqih kontemporer, telah memunculkan berbagai kaedah yang mereka rumuskan dari dalil-dalil Al-Qur`an, Sunnah, ijma’ dan qiyas. Kaedah-kaedah yang sangat menerangkan makna syariat dalam konteks sosial misalnya:

1. Kaedah  tentang lima prinsip, yaitu prinsip keharusan menjaga agama, akal, jiwa, keturunan dan harta.

2. Kaedah hukum taklifi itu bukan dua saja halal dan haram, melainkan ada juga yang sunah, makruh bahkan ada yang mubah

3. Anjuran untuk terus dapat berijtihad dan mentajdid

4. Prinsip tentang kesesuaian syariat dengan realiti, juga bahwa syariat itu berdiri atas bangunan kemudahan dan mementingkan pentahapan

5. Kaedah tentang urf (adat) sebagai rujukan syariat.

6. Kaedah tentang amal dan atau perbuatan penduduk Madinah, seperti dipergunakan oleh Imam Malik.

7. Kaedah tentang mempertimbangkan kedaruratan dan mementingkan kemaslahatan

8. Kaedah tentang syura (bermusyawarah)

9. Kaedah tentang amr ma’ruf nahyi munkar

10. Kaedah tentang tolong menolong dalam kebajikan dan taqwa dan bukan dalam dosa dan melanggar hukum

11. Kaedah tentang fiqih da’wah

12. Kaedah tentang fiqih muamalah (hubungan sosial)

13. Kaedah tentang rabbaniyah dan syumuliyah syariat Islamiah

14. Kaedah tentang menegakkan keadilan dan egalitarianisme dihadapan hukum.

Dengan pendekatan sosial ini, syariat dapat semakin membuktikan makna bahwa keberadaannya adalah sebagai rahmat bagi kehidupan (al-Anbiya: 107), bahwa syariat itu bahkan dapat “membuat hidup jadi lebih hidup” (al-Anfal: 24, al-Baqarah: 179), bahwa syariat adalah bukan makhluk asing di tengah kehidupan manusia, tetapi merupakan bagian tidak terpisahkan dari kemanusiaan untuk kemajuan dan kemaslahatan mereka (al-Jum’ah: 2), bahkan ia sangat peduli dan bersimpati dengan kemanusiaan (at-Taubah: 128), sehingga karena demikian positifnya syariat bagi kehidupan sosial masyarakat manusia, logik saja bila kemudian Allah “Zat yang Maha Rahman dan Rahim itu”, meminta ketaatan umat manusia untuk melaksanakan syariat-Nya (al-Ahzab: 36) bukan dalam konteks pemaksaan apalagi pendekatan teror, sebab memang telah nyata perbedaan antara yang baik dan benar dengan yang salah, buruk dan tidak bermanfaat (al-Baqarah: 256).

Dengan pendekatan ini, syariat akan merealisasikan bukan saja kesolehan verbal, formal, atau individual melainkan akan memunculkan kesolehan esensial, eksistensial dan sosial sekaligus. Bahkan kepedulian realisasi tentang masalah sosial oleh Rasulullah s.a.w dijadikan sebagai tolok ukur adanya kesolehan individual.

Dan dengan pendekatan seperti di atas, kita mempunyai pedoman dasar, bahwa syariat memang sangat berhubungan dengan faktor sosial budaya, ia berhubungan dengannya dengan sangat erat, bahkan ia pro-aktif berinteraksi dengan budaya manusia, bahkan ia pun menciptakan kebudayaan baru di atas bingkai dan landasan syariat. Sehingga dahulu para ulama memunculkan suatu ungkapan yang sangat berarti: “Bila di situ ada kemaslahatan, maka di situ pulalah letak syariat.”

Kami merumuskan bahawa jika kita maseh berlengah dan berdegil untuk mengembleng seluruh tenaga  melaksanakan syariat sepenuhnya , dikhuatiri amaran Allah akan terpakai ke atas kita,

“Maka demi Tuhan mu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, Kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya”.al-Nisā’:65

Wallahu’alam

TERAS BANTAH PENYENARAIAN ASET FELDA DALAM PASARAN SAHAM
Kenyataan Media TERAS

7hb Januari 2012

TERAS membantah keputusan kerajaan memindahkan aset  Koperasi Pelaburan Felda (KPF) kepada Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) untuk  kemudian menyenaraikannya di Bursa Malaysia sebagai tindakan yang didakwa  akan memberi kebaikan untuk peneroka.

Walaupun PM mendakwa ini adalah untuk kebaikan peneroka namun keputusan itu dibuat dengan mendedahkan 200,000 peneroka kepada risiko yang besar dalam pasaran Bursa yang tidak menentu.

Keputusan yang dibuat dalam Budget 2012 pada Oktober 2011 yang lalu tidak dibahaskan secara terperinci.. Adalah tidak mencukupi PM hanya meluahkan janji  memastikan masa depan mereka lebih terjamin, malahan “durian runtuh” dalam empat hingga lima bulan.

Akan tetapi hal ini nampaknya  tidak dibahaskan dengan halusi dan memberi peluang kepada  peneroka untuk menelitinya dengan cermat. .

Sesungguhnya dengan nilai aset yang sedemikian besar dan penyenaraiannya dalam cara yang memungkin turun-naik harga saham akan mendedahkan Felda kepada pindah milik yang besar.

TERAS tidak yakin lonjakan kedua untuk  peneroka itu melalui pemilikan saham dengan syarikat global yang didakwa akan menjana dividen tinggi . Tren saham yang terlalu dipengaruhi oleh aliran ekonomi dunia akan menyebabkan asset Felda mudah bertukar tangan kepada kuasa asing.

Apatahlagi pasaran global sangat terdedah kepada manipulasi syarikat-syarikat gergasi dunia.

Soalnya apa perlu aset peneroka diapungkan kepada ekonomi pasaran  yang tidak menentu dan apa jaminan kerajaan kepada peneroka jika pasaran saham merudum dan syarikat luar mengambil kesempatan membeli saham FGVH.

Jika benar aset Felda sudah mantap , Felda tidak perlu mengambil rsisiko dalam pasaran saham.

TERAS ingin tahu asset koperasi Negara manakah yang ada disenaraikan dalam bursa seperti yang akan dilakukan kepada  FGVH apatahlagi yang berkaitan dengan asset tanah yang luas seperti Felda?

Untuk meyakinkan peneroka bahawa mereka tidak perlu risau hanya kerana ia akan diuruskan cara paling profesional bagi menjadikannya syarikat perladangan terkemuka di dunia tidak meyakinkan.

Ternyata PM memperjudikan aset peneroka Felda hanya dengan dakwaan penyenaraian ini perlu dilakukan kerana ia akan meletakkan Felda ini sebagai satu organisasi dalam keadaan lebih mantap lagi.

Apatah lagi bila PM menyatakan FGVH akan mendapat rakan kongsi yang merupakan syarikat antarabangsa. Kami berpendapat ia sangat berisiko terutama syarikat seperti dari Eropah dan China kini banyak berhadapan dengan krisis kewangan akibat sistem institusi kewangan  yang gagal dipertahankan.

Dengan hanya mengumumkan bahawa orang yang mempersoalkan dan membantah  keputusan penyenaraian ini sebagai tidak mempunyai kefahaman yang mencukupi tidak boleh dijadikan alasan untuk meneruskan pengapungan aset Felda.

PM hanya mendakwa aset tanah Felda akan diurus dengan lebih “professional” tidak meyakinkan kami. Bukankah banyak agensi yang kononnya diurus dengan professional telah lingkup kerana salahurus?

Alasan untuk menguasai pasaran global tidak cukup menjaminkan kerana pasaran global sangat tidak menentu.

Rancangan untuk menyerah 51% hakmilik Felda Holdings  dengan mendapat  61 % saham  dalam FGVH tidak diterangkan secara terperinci bagaimana aset ini tidak akan terlepas kepada pemodal luar jika ia diapung dalam pasaran saham.

Pada hal banyak anak syarikat FGVH diperingkat antarabangsa pada tahun 2010 telah kerugian  yang mencecah RM500 juta .

PM cuba meyakinkan peneroka dengan mengatakan bonus tahunan , duit raya dan pinjaman perbaikki rumah RM40,000 dan dana untuk projek sosio-ekonomi akan diteruskan.

Akan tetapi bukankah itu bermakna kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan sedangkan asset Felda Holdings pula diserah kepada FGVH .

TERAS membuat kajian dan mendapat maklumat sektor koperasi sedang menjadi alternatif kepada ekonomi arusperdana dunia sekarang . Tiba–tiba KPF (Koperasi Pelaburan Felda) mahu dilupuskan harta untuk diapung dalam saham di Bursa Saham KL

Padahal koperasi kini dilihat sebagai penyelesaiaan kepada cabaran global semada ekonomi , sosial mahupun alam persekitaran. Ahli ekonomi dunia mengakui ekonomi berdasarkan pasaran saham sangat terdedah kepada spekulasi dan manipulasi harga yang tidak menentu.

Malah kejatuhan ekonomi berdasarkan saham di bursa saham seluruh Eropah merudum akibat dari spekulasi dalam sistem kewangan yang berlegar dalam pasaran saham.

Berdasarkan prinsip koperasi , tatacara operasinya sangat dikawal oleh struktur pemilikkan oleh ahli koperasi . Walaupun koperasi berjalan secara  konservatif , akan tetapi ia kurang terdedah kepada risiko seperti pinjaman yang tidak terkawal bila ia disenaraikan dalam pasaran Bursa .

Malah koperasi tidak sentiasa menumpu kepada mengejar keuntungan berbanding yang wujud dalam  syarikat yang disenaraikan dalam pasaran saham.

TERAS juga mendapat maklumat dalam krisis ekonomi Eropah  , masalah hutang luar telah mengakibatkan langkah menyelamat (bail out) Negara-negara yang terlibat terpkasa diambil  dan mereka kini disaran agar kembali kepada ekonomi koperasi sebagai alternatif.

Ekonomi yang lebih plural – iaitu gabungan antara kerajaan , syarikat dan koperasi akan mengimbangan ekonomi pasaran yang bersifat kapitalistik.

Langkah mengumpulkan dana dengan cara penyenaraian dalam bursa (“capitalization of cooperatives”) sangat perlu diteliti secara halus walaupun dalam syarikat yang disenaraikan dalam bursa saham dikatakan lebih mudah mengumpul modal . Ini adalah kerana modal yang terkumpul sering terdedah kepada pemindahan kepada pemodal yang tidak menentu.

TERAS mengesa supaya penyenaraian FGVH dikaji semula dan tidak diteruskan sehingga kajian dan perbincangan yang lebih teliti dilakukan . Prinsip koperasi yang memberi hak kepada ahli untuk menentukan perjalanan perniagaan koperasi Felda hendaklah dipertahankan.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

DEKLARASI BANGKIT 2012
Menginsafi firman Allah s.w.t, “Dan jagalah diri kamu daripada fitnah (kemudaratan) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab hukumanNya.

(Surah al-Anfal, ayat 25).

Tugas menentang kezaliman dan kefasadan adalah tugas rakyat. Dengan ini, kami melancarkan revolusi minda untuk mengangkat kuasa rakyat menentang kezaliman demi menegakkan kebenaran. Arus revolusi ini mesti disambut. Sudah tiba masanya rakyat Malaysia melancarkan kebangkitan.

Maka kami menyeru seluruh rakyat agar bangkit malakukan perubahan total yang pantas dan radikal terhadap perkara-perkara berikut.

Pertama: Kebangkitan untuk menegakkan Hak Asasi Manusia berdasarkan prinsip kepercayaan kepada Tuhan. Kami percaya bahawa hak-hak asasi dan kebebasan sejagat ialah elemen yang melengkapi agama dan bahawa tiada seorangpun secara prinsip berhak menangguhkannya secara keseluruhan atau sebahagian atau melanggar atau mengabaikannya.

Kedua: Kebangkitan untuk menegakkan keadilan untuk semua rakyat Malaysia, bebas dari penyalahgunaan kuasa dan rasuah, yang akan membolehkan semua rakyat tanpa sekatan kaya miskin dapat memenuhi keperluan hidup yang sama termasuk makanan dan pakaian yang baik, tempat tinggal mampu milik, pendidikan yang sempurna, rawatan yang berkualiti dan persekitaran yang bebas pencemaran kimia dan radioaktif;

Ketiga: Kebangkitan untuk mendaulatkan kuasa rakyat melalui proses demokrasi melalui pilihan raya yang adil dan bersih. Kekuasaan adalah satu amanah, dan mendapatkan kuasa melalui eksploitasi dan penipuan adalah satu bentuk kekejian yang mesti dihapuskan.

Keempat: Kebangkitan untuk memperjuangkan keadilan ekonomi, dengan merapatkan jurang kaya miskin. Cukai dan wang zakat, mesti digunakan untuk membantu yang lemah bukan untuk kepentingan segelintir golongan elit. Peluang ekonomi mesti dibuka luas dengan adil tanpa meminggirkan golongan marhain.

Keenam: Kebangkitan untuk merevolusikan minda rakyat agar bijak menilai baik buruk dasar-dasar pemerintahan dan perilaku pemimpin, sama ada kerajaan yang memerintah atau pembangkang, termasuk raja-raja dan sultan agar kuasa sebenar terus berada ditangan rakyat. Rakyat berhak meruntuhkan kerajaan yang zalim dan membina semula kerajaan yang adil selaras dengan peruntukan perlembagaan.

Dengan ini, kami berikrar akan terus membina momentum kebangkitan rakyat dan menyeru pihak-pihak berwajib agar insaf dan kembali kepada prinsip-prinsip keadilan yang sebenar sebelum rakyat menunjukkan jalan keluar. Semoga tahun 2012 ini membawa satu perubahan yang bermakna buat negara.

SEKRETARIAT BANGKIT 2012

MENGHADHIRKAN PEMIMPIN YANG SIDDIQ DAN PENEGAK UGAMA
Siri Transformasi Bangsa dan Umat – TERAS Pengupayaan Melayu

oleh : Mohd Azmi Abdul Hamid

Amat mengesankan . Itulah ungkapan pendek yang dapat saya ungkapkan bila membaca riwayat mengenai Rasulullah s.a.w. Ia menyentuh persoalan kepimpinan . Sebab itu saya bermenung panjang melihat gelagat para aktor politik di bumi ini yang pernah suatu ketika dahulu bergelar Tanah Melayu .

Ghairah menjadi kandidat PRU adalah selera semasa.

Kami menampilkan rencana ini memandangkan kini musim panas politik memperaga diri untuk layak dan menonjolkan rasa layak diri untuk disaring menjadi calon wakil rkayat dalam PRU 13 sudah bermula.

Apalagi bila PRU kali ini sudah disensasikan dengan gelaran “the mother of all elections”. Ertinya ada pihak yang memutuskan butang jentera pilhanraya yang mengoperasikan kaedah Micheaveli iaitu “matlamat menghalalkan cara” sudahpun ditekan.

Kehangatan, memperaga  diri dan melobi melalui pelbagai taktik dan strategi sedang dikerah. Predikat  “winnable candidate” dilontarkan walaupun istilah tersebut lebih bersifat retorik kerana faktor “inner circle candidate” juga memainkan peranan. Dalam erti lain siapa yang paling dekat dengan pucuk pimpinan atau orang yang dekat dengan yang dekat dengan pucuk pimpinan akan lebih berkemungkinan masuk senarai.

Matlamat akhir ialah tersenarai nama sebagai calon. Selebihnya akan difikirkan kemudian kerana soal kos jentera pilihanraya akan diperturunkan oleh pusat.

Bagi jiwa yang murni hanya mereka yang sedar diri dan faham betapa berat amanah yang bakal dipikul berfikir seribu kali untuk menerima tawaran bertanding.

Suasana diperhangatkan lagi apabila nampaknya semua aktor politik dalam semua partai kelihatan sedang bergelut dengan masalah dalaman . Media semada yang pro atau sebaliknya kepada satu-satu gabungan politik berkeliaran mencari “scoop” untuk menjadi berita yang bernuansa sensasi politik.

Kini mileage politik mengatasi mileage kebenaran. Jika satu kenyataan atau reaksi boleh mengujudkan debat yang mengempitakan berita politik , wartawan dan jurnalis politik akan segera mengolahkannya untuk menjadi “news of the week”.

Disini saya berfikir keras apakah mereka tidak pernah merenung akibat yang bakal berlaku dengan kenyataan dan tulisan melaga-lagakan antara politikus sekaligus antara masyarakat?

Mencari pemimpin bukan urusan kecil. Malah Rasulullah s.a.w. sampai memberi isyarat ketika Baginda membayangkan bumi turut menzahirkan sikapnya ketika pemimin yang terangkat ialah pemimpin yang zalim.

Dulu , semasa Baginda hidup , pernah berlaku gempa bumi . Ketika itu bersama Baginda ialah Abu Bakar , Umar dan Usman di bukit Uhud. Lalu Rasulullah s.a.w berkata “Tenanglah wahai Uhud , yang di atasmu tiada lain kecuali Nabi , Siddiq dan dua orang Syahid”. Kemudian getaran bumi berhenti. Hadith ini diriwayatkan oleh Bukhari dari Anas bin Malik.

Amat menarik bila mengamati hadith ini. Ada yang cuba memahami kenapa Rasulullah s.a.w sebutkan hanya predikat , bukan nama penuh sahabat-sahabat Baginda itu. Siddiq adalah Abu Bakar r.a  dan dua syahid itu adalah Umar Al Khattab dan Uthman bin Affan. Siddiq adalah orang yang terpecaya alias sangat benar dan syahid adalah mereka yang mati kerana membela agama.

Demikian juga dizaman Khalifah Umar bin Khattab , pernah gempa berlaku di Madinah. Beliau telah menempelkan telinganya ke bumi sambil berkata “Ada apa denganmu?”.Pertanyaan itu ditujukan kepada bumi yang sedang bergetar . Dalam riwayat lain , sang khalifah sedang memegang susu dalam gelasnya. Lalu susu berguncang kerana gempa bumi dan beliau mengajukan soalan kepada bumi “ Apakah aku tidak cukup adil memerintah , sehingga engkau berguncang?’. Diriwayatkan bumi berhenti berguncang selepas itu.

Bahkan dalam Manaqib Umar , Ibnu Abi Dunya mencatat pernyataan Umar bin Khattab “ Wahai manusia , tidaklah gempa ini berlaku kecuali kerana ada sesuatu yang kalian lakukan. Alangkah cepat kalian melakukan dosa . Demi jiwaku yang ada di tanganNya , jika jadi gempa susulan , aku tidak mahu tinggal bersama kalian selamanya”

Jelas , Nabi tidak ada bersama kita lagi. Oleh itu tidak ada lagi yang akan berkata untuk menenangkan bumi dan gunung. Tetapi adakah orang dapat dipercayai (Siddiq) juga sudah tidak ada dikalangan kita? Begitu juga dengan pembela agama. Sudah ketandusankah pembela agama dikalangan kita?Apakah yang tinggal ialah mereka yang mata , telinga dan hati telah digelapkan oleh harta. Semoga ini tidak.

Apa yang diungkap sang Khalifah Umar Al Khattab pada bumi yang berguncang punya mesej yang sangat mengesankan kepada mereka yang ghairah untuk menjadi pemimpin atau calon wakil rakyat. “Apakah aku tidak cukup adil dalam memerintah sehingga engkau berguncang?” Apakah pemimpin-pemimpin yang ada hari ini berani mengulangi kembali pertanyaan Umar bin Khattab ra, memujuk atau mengulas bumi bila bumi berguncang dengan menempelkan telinga mereka ke bumi?

Sesungguhnya banyak musibah yang sedang melanda masyarakat kita. Yang melibatkan kehilangan harta benda tidak kecil.Ada yang tinggal sehelai sepinggang akibat kebakaran , banjir , tanah runtuh , ribut . Malah ada yang kehilangan nyawa. Tetapi itu semua jadi kecil berbanding musibah yang berkaitan dengan hancurnya agama dan rosaknya akhlaq manusia.

Umar Al Khattab ra menegaskan seorang pemimpin adalah penjaga ugama.”Pemimpin diangkat adalah untuk menegakkan agama” kata Umar bin Khattab ra . Namun bagaimana  jika pemimpin kita yang ada bukan menegakkan agama , berlaku zalim , menyalahguna kuasa , rasuah dan menjauhkan umat dari aqidah yang benar?

Imam al Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberi nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim. “ Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim , bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Dan sekiranya kamu terpaksa bertemu , jangan memuji-muji mereka , kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur , maka sesungguhnya dia suka agar Allah didurhakai di muka bumi.”

Bukan hanya mengenai pertemuan , Imam Al Ghazali mengeluarkan larangan menerima pemberian dari penguasa yang zalim.”Jangan menerima apa-apa pemberian dari golongan pembesar , meski kamu tahu pemberian itu bersumber dari yang halal. Sebab , sikap tamak mereka akan merosakkan agama. Pemberian itu akan menimbulkan rasa simpati (jika diterima).Lalu kamu mulai menjaga kepentingan mereka dan berdiam diri atas kezaliman yang mereka lakukan. Dan itu semua telah merosakkan agama.”

Peringatan susulan juga diungkapkan. Sekecil-kecilnya mudharat ketika seseorang menerima hadiah dari penguasa adalah , akan muncul rasa sayang terhadap mereka. “Seterusnya kamu akan mendoakan mereka kekal dan lama di atas kedudukkannya. Mengharapkan orang yang zalim lama berkuasa sama seperti mengharapkan kezaliman berkepanjangan atas hamba-hamba Allah dan alam akan musnah binasa.”

Jika sudah demikian Imam Al Ghazali mengajukan pertanyaan yang luar biasa  menyeramkan ,“Apa lagi yang lebih buruk dibanding dengan kerosakkan agama?”

Setiap penguasa, selalu memilikki kemungkinan untuk berbuat zalim kecuali penguasa yang beriman kepada Allah , berteman dan dikeliling orang-orang beriman pula. Mereka saling mengingatkan dan memberi nasihat hanya demi kebaikan dan bukan untuk kepentingan diri.

Ketika  seorang pemimpin zalim berkuasa , maka yang bertanggungjawab bukan hanya para pelaku kekuasaan ; raja , kaisar , presiden , perdana menteri , ketua menteri , menteri bahkan penghulu mahupun ketua kampong. Umat dan rakyatpun akan bertangggungawab memikul beban penguasa yang zalim.

Ibnu Taimiyyah dalam Siasah Syari’iyah mengutip sebuah hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad “Barangsiapa yang mengangkat seorang ( pemimpin) untuk menguruskan perkara kaum Muslimin sementara dia mendapati ada seseorang yang lebih layak daripada orang yang diangkatnya , maka dia telah berkhianat kepada Allah S.W.T dan Rasul-Nya.”

Pengkhianatan pada Allah dan RasulNya itulah yang paling ditakutkan oleh Nabis.a.w “Yang aku takuti pada umat  adalah pemimpin-pemimpin yang menyesatkan.” sabda Rasulullah (HR Abu Dawud)

Jika pemimpin-pemimpin sesat telah memimpin , maka manusia akan berada pada penyelesalan yang tiada tara seperti yang digambarkan Allah dalam firmanNya “ Pada hari ketika muka mereka dibolak-balik dalam neraka , mereka berkata “ Alangkah baiknya , andaikata kami taat kepada Allah dan taat (pula) kepada Rasul” ( Al Ahzab :66)

*Mohd Azmi Abdul Hamid adalah Presiden TERAS dan Setiausaha Agung Majils Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia

YOUTUBE SEMBANG RAKYAT SIAR VIDEO HINA HUKUM HUDUD – MENGGUGAT AQIDAH UMAT ISLAM
Kenyataan Media Bersama

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) ,TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (SALIMAH)

23hb Disember 2011

Penyiaran video dalam YouTube dengan mengguna nama Sembang Rakyat oleh seorang yang menggelarnya dirinya kawasaki9722 secara jelas telah mempermain-mainkan hukum hudud dengan cara yang sangat biadap.

Melalui cara lakonan bersifat kononnya sembang biasa di warong kedai kopi antara beberapa orang pelakon upahan terdiri dari beberapa kaum utama dinegara ini iaitu Melayu , Cina , India dan Sikh skrip yang merendah-rendahkan hukum hudud jelas dipaparkan secara paling angkuh dan jijik.

Dengan memuatkan sketsa berjudul seperti “Musim Hudud” dan “Lagi Hudud Pas” , lakonon dan skrip dengan terang-terangan memomokkan hukum hudud dengan berselindung disebalik mencerca pemimpin Pakatan Rakyat.

Walaupun mereka mungkin merasa hak mereka untuk bebas mencerca pemimpin dan ulama,  namun nampaknya skrip dan pelakon serta pengarah sketsa tersebut jelas memasukkan hujah yang melewati batas-batas keimanan seseorang Islam terhadap hukum Allah S.W.T.

Kami kesal betapa penerbit sketsa ini sanggup menggunakan politik murahan dan politik jijik dengan menghina dan menfitnah tanpa bukti yang kukuh lalu cuba mempengaruhi orang awam untuk menghukum orang lain tanpa mengambilkira semada apa yang ditulis dalam skrip sketsa itu itu adalah suatu kebenaran atau kepalsuan.

Dengan sangat biadap pelakon orang tua yang memberi komen mengenai hudud dan disambut oleh beberapa pelakon muda  Melayu dengan berani dan tanpa ilmu merendah-rendahkan hudud dihadapan orang Cina , India dan Sikh ( nampak pelakon  bukan seorang dari kaum Sikh tetapi dilakon oleh kaum lain dengan memakai serban kaum Sikh dan cuba bercakap dengan intonasi gaya percakapan orang Sikh) yang bukan Islam.

Bagi kami ini adalah kebiadapan terhadap hukum Allah S.W.T akibat kejahilan yang sangat mendalam tetapi yang melampau dan menghina , yang tidak boleh diterima samasekali.Malah ia dengan sengaja mencabar ilmu Alah terhadap keadilan yang Allah tetapkan melalui syariatNya.

Kami mendesak supaya pihak yang berkuasa iaitu Jabatan Agama Islam Negeri , Surahanjaya Komunikasi dan Multimedia  serta JAKIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak berdiam diri dengan segera menyiasat dan bertindak tegas ke atas pihak yang terlibat dalam perbuatan menghina hukum Islam seperti yang dipapar dalam sketsa tersebut.

Ini adalah kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam dan boleh mencetus kemarahan dan ketegangan antara agama.

Walaupun niat penyiaran sketsa ini lebih  bersifat politik untuk menyerang parti pembangkang dan pemimpin-pemimpinnya, akan tetapi dengan terang-terangan mempersoal dan merendah-rendah serta mencemoh hukum agama Islam jelas adalah suatu pelanggaran enakmen Agama Islam dikebanyakan negeri-negeri di Malaysia.

Malah tidak boleh dinafikan bahawa kami berpendapat dengan skrip dan cara berhujah untuk menolak hudud dalam sketsa tersebut, boleh melibatkan tergugatnya Aqidah mereka yang terlibat.

Melihat kepada skrip dalam perbualan  serta gaya lakonan sketsa tersebut kami dengan ini yakin isu ini ada kaitannya dengan aqidah orang Islam dan perlu ditegah serta merta.

Kami juga berpendirian penyiaran sketsa tersebut boleh menghina maruah agama Islam bila pelakon mengikut skrip lakonan dihadapan orang bukan Islam untuk menghina hukum Allah S.W.T . Mereka terang-terangan menghina hukum agama Islam yang dilakukan dalam pergaulan dengan orang bukan Islam dalam lakonan tersebut.

Kami dengan ini mendesak supaya pihak berkuasa agama dan juga agensi penguatkuasa yang lain memantau dan bertindak ke atas pihak yang melakukan pelanggaran ke atas enakmen Islam di Negara ini. Dengan membiarkan media seperti ini menghina dan merendah-rendah hukum syariat , akan menjejaskan imej Islam dikacamata orang bukan Islam dan menjujur orang Islam kepada kekeliruan dan kerosakkan Aqidah..

Mohd Azmi Abdul Hamid

Setiusaha Agong MAPIM/Presiden TERAS/Pengerusi HIMPUN

Tel 019 4744856

Datin Hjjh Aminah Hj Zakaria

YDP SALIMAH

Tel 019 2640989

PERTAHANKAN AQIDAH , TEGAKKAN SYARIAH
Mohd Azmi Abdul Hamid

Ucapan Bertindak

PERHIMPUNAN PENGGERAK MELAYU KEBANGSAAN Kali ke 14

TERAS Pengupyaan Melayu

1 Muharram 1433H

TERAS mengalu-alukan kehadhiran semua dalam pertemuan miladnya buat kali ke 14.

Moga semangat Hijrah kembali disegarkan dengan semangat jihad dan pengorbanan tinggi untuk mengukuhkan azam menegakkan risalah Tauhid dan menyebarkan da’wah Islamiyyah.

Ya, TERAS sedang melalui usia remaja 14 tahun . Namun agenda yang telah , sedang dan akan terus digerakkan sudah menjangkau usia dewasa. Barangkali ini adalah situasi diluar kawalan kita. Proses mempercepatkan kedewasaan dan pematangan TERAS terpaksa diterima walaupun tak terjangkau oleh kemampuan dan tak terdaya oleh kesiapsagaan. Namun atas semangat dan keazaman yang utuh kita harungi bersama mencipta sejarah baru untuk umat.

Tahun ini kami mengenengahkan maudhu’  aqidah dan syariah untuk dihayati secara serius. Bukan sahaja persoalan ini menjadi sangat asasi akan tetapi nampaknya tercetus isu yang telah membawa mesej bernuansa sosial politik diakhir-akhir ini .

Ini tidak bermaksud bahawa isu ini suatu ledakan dan kejutan yang baru. Sebetulnya ia adalah isu setua umur penjajah menjejak kaki di bumi Melayu ini. Dengan azam membawa mesej kesucian melalui risalah gospel , mereka sudah  memasang niat selain menjajah sekaligus untuk menjalankan agenda kristianisasi. Sebab itu tidak memeranjatkan diseluruh dunia yang tersentuh dengan penjajahan Barat sekolah missionari menjadi ciri yang kekal walaupun mereka mengangkat kaki  keluar dari bumi jajahan mereka .

TERAS hanya mahu menumpu kepada persoalan bagaimana masyarakat harus menanggapi isu ini dengan bijak dan berhujung dengan kemenangan untuk Islam.

Satu-satunya persoalan pokok  yang sangat ditekankan oleh Islam ialah  memurnikan ketauhidan kepada Allah S.W.T. Sememangnya  inilah garis pemisah antara kaum Muslimin dan penganut agama yang lain. Kompromi umat Islam berhenti digaris ini. Lantaran itu bila berlaku percubaan pihak tertentu  mahu menggugat pegangan aqidah umat , reaksi segera dari para aktivis Islam adalah wajar dan bukan aneh.

Dizaman Rasulullah s.a.w pun ada melakarkan sejarah betapa permusuhan yang pahit antara jamaah Rasulullah dengan angkatan penyembah berhala adalah gara-gara aqidah Tauhid yang tegas dan jelas ini.

Bahawa tidak mungkin ada kompromi buat Rasullullah s.a.w walaupun sememangnya inilah yang akan dilakukan sejak zaman berzaman oleh pencemburu Islam . Malah sikap permusuhan terhadap Risalah Tauhid ini melanjut sampai ke hari ini.

Yang jelas sikap dan pendirian yang diambil Rasulullah s.a.w terukir dengan ketegasannya ketika digoda dengan tawaran kecantikan seorang bidadari , kemewahan yang ingin dilambakkan segunung emas mahupun  anugerah kuasa sebesar sebuah wilayah pemerintahan.

Jelas kompromi untuk mengadai aqidah tidak ada dalam perundingan Islam.

Atas kefahaman inilah pihak yang mencurigai dan cemburu kepada Islam sangat berahi untuk terus mencuba dan mencuba sehingga benteng aqidah umat dapat diruntuhkan. Kami sedar dan semua pihak sedar bahawa isu ini bukan suatu keanehan. Jauh sekali sebuah gerakan yang didalangi  politik.

Jika ada sekalipun musabbab politik ia adalah sebuah natijah dari kecuaian politik yang sedemikian lama akibat terperangkap dengan rasukkan faham nasionalisme-sekular yang ditanam oleh penjajah.

Sebab itu kami menyatakan aqidah umat yang tergugat adalah berpunca dari   aliran pemikiran yang sesat yang dianuti oleh faham assobiyyah , disaluti oleh rasukkan hidup bernilai kebendaan dan diselimuti oleh pentafsiran agama yang berasaskan sekularisme yakni pemisahan hidup dari kawalan agama dalam semua aspek.

Sayangnya inilah yang melatari pegangan gerakan politik kebangsaan yang teruja dengan “kemajuan Barat” yang melihat segala yang diBarat itu lebih awla dan mempunyai izzah yang harus dikagumi dan dituruti sepenuhnya.

Akibatnya mereka yang terdidik dengan ilmu dan maklumat dari para pendidik dan guru besar Barat menyalin semuanya untuk dianuti oleh umat Islam di rantau ini. Natijah selanjutnya tidak terlalu sukar untuk diduga.

Rasa kerdil seolah umat ini tidak punya khazanah sendiri , rasa rendah kerana memandang apa yang ada pada diri adalah lebih inferior dari apa yang pada Barat , rasa mundur bila berdepan dengan teknolgi Barat dan rasa serba ketinggalan bila tidak hidup setaraf mengikut gaya hidup Barat.

Dari sistem undang-undang dan kehakiman , perlantikan pendidik dan sistem pendidikan , pengurusan ekonomi , sains dan teknologi , sistem kesihatan , sistem pengeluaran makanan melalui amalan pertanian moden sehingga budaya hidup dalam pelbagai aspek ; seni , bahasa , sastera , hiburan , acara sosial …… semuanya terserap dengan nilai Barat sekaligus nilai agama Kristian yang sekular  .

Inilah sejarah yang berlaku yang menjadi pintu masuk segala gerakan yang memungkinkan aqidah umat sedemikain rapuh untuk bertahan dengan asakkan gerakan missionaris.

Di atas segala itulah kami mengenenggahkan persoalan ini bukan hanya sebagai reaksi spotan dari isu yang tercetus baru-baru ini mengenai kelompok Melayu yang dipancing ke sebuah acara yang dikendali oleh gereja missionaris methodis , akan tetapi kerana prihatinnya kami kepada persoalan bagaimana membangkitkan kesedaran orang Islam agar segera memperkukuhkan diri dari serangan yang tidak akan berhenti.

Kami sangat rasa terhimbau dari reaksi pihak yang mempersoalkan keperluan umat Islam untuk bangkit mempertahan aqidahnya. Soalnya kenapa pihak-pihak tertentu atas nama kelompok , individu dan media arusperdana dan media on-line mempersoalkan kebangkitan masyarakat Islam .

Apa sebenarnya niat mereka untuk menyebar rasa cemas dan benci dikalangan masyarakat terhadap semboyan agar aqidah umat Islam dipertahankan?

Bila kaum Muslimin berkumpul untuk menyuarakan masalah mereka agar diambil tindakan oleh pihak yang berkuasa , kenapa ia dipandang sebagai usaha menentang orang bukan Islam. Anehnya bila golongan bukan Islam bangkit menyatakan masalah mereka , itu dilihat sebagai hak demokrasi . Apakah orang Islam tidak punya hak demokrasi untuk menyuarakan maslahah mereka dalam perhimpunan yang besar yang selama ini terpendam di hati mereka?

Kami berpandangan bahawa selayaknya umat Islam berhimpun untuk membincangkan bukan sahaja persoalan murtad , akan tetapi juga isu kemiskinan dan jurang kaya-miskin yang kini dialami oleh jutaan umat Islam ; isu ternafinya kebanyakan orang Islam Melayu untuk mendapat manfaat dari dasar bantuan kepada bumiputera  akibat penyelewengan dan salahguna kuasa , maslahah budaya kebergantungan dan feudalism yang terus berakar dikalangan orang Melayu-Islam  , isu kurangnya inisiatif untuk berdikari ,persoalan  keruntuhan akhlaq dikalangan individu Muslim dan mereka yang memegang kuasa ,isu rasuah dan salahguna kuasa , masalah halangan untuk mengamalkan cara hidup Islam , isu budaya politik yang rendah dan kotor, masalah ketegangan hubungan antara penganut agama yang semakin meningkat dan isu campurtangan kuasa luar dalam urusan  Negara.

Namun kami juga memberi perhatian serius kepada isu murtad kerana ia melibatkan kumpulan Neo-Evengelical Amerika yang ada hubungan dengan kerajaan AS yang mempromosi agenda evangelical , kepentingan geo-politik Amerika dan kepentingan ekonomi syarikat-syarikat Amerika  .

Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia baru-baru ini memberi nafas segar agar status dan martabat Islam dan kaum Muslim di Malaysia perlu dilindungi. Dan dalam hal ini Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) seharusnya menjadi wadah untuk memperkasa kaum Muslimin untuk menangkis serangan terhadap Islam dan pencabulan hak kaum Muslimin.

Dengan yang demikian kami mengalu-alukan agar MAIN dimerdekakan dari keterbatasan bidangkuasa yang telah dihadkan semenjak penjajah British lagi iaitu terhadap status , jurisdiksi , bidangkuasa dan skop aktiviti majlis itu sendiri. Seharusnya keahlian dalam MAIN sepatutnya dianggotai oleh mereka yang beriltizam dengan Islam , berilmu , berkemahiran dan berintegriti .

Sememangnya ujud percubaan pihak tertentu yang mahu menghakiskan status khas pada Islam yang didalangi oleh kuasa dari dalam dan dari luar Negara semada secara terbuka mahupun secara halus.

Sebab itu buku  The Armies of God dan rencana  The Three Wise Men, hasil penyelidikan seorang penyelidik dan sarjana yang dihormati , Iain Buchanan , sangat penting dibaca. The Armies of God  secara terperinci mengaitkan pemimpin dan kerajaan AS , sektor korporat Amerika dengan gerakan neo-evangelist dan matlamat hegemoni global oleh gereja dan AS , sementara  The Three Wise Men menumpu kepada gerakerja  The Assemblies of God di  Malaysia.

Gerakan neo-evangelist ,terutama Pentecostalism, yang berpengkalan di AS, sebenarnya memberi ancaman yang sangat serius kepada perpaduan dan keselamatan Negara ini. Ia menyokong serangan Presiden Bush ke atas Iraq dan kini secara aktif terlibat dengan kegiatan evangelis di kawasan Kurdish.

Dua buah gereja di Malaysia iaitu  Metro Tabernacle dan Grace Assembly, mempunyai kaitan yang rapat dengan sebuah jaringan evangelikal dan  Christian-Zionist.

Malaysia adalah sasaran dalam agenda salib untuk mencabar ‘Muslim power’ dan sebuah rencana politik akan diatur untuk mencapai matlamat neo-evangelist “dominionism”, iaitu ,  ‘mempromosi strategi teologi yang diabsahkan untuk menembus , menguasai dan mengambilalih Negara dalam semua aktiviti sekular sebagai persiapan kedatangan Nabi Isa  “Second Coming  of Jesus Christ”.

Gerakan Pentecostalists sangat aktif di Malaysia, Singapore dan Indonesia.

Sebab itu kami menyeru Majlis Raja-Raja Melayu segera memberi perhatian kepada isu ini untuk diambil tindakan oleh kerajaan Pusat dan negeri.

Gerakan Evengelis ini perlu dipantau dari sudut keselamatan Negara .

Demikian juga kami memberi perhatian berat kepada pelbagai institusi Islam yang gagal berfungsi dengan berkesan sehingga umat Islam terdedah kepada keruntuhan aqidah. Tidak dapat dinafikan institusi keluarga yang amat rapuh , ditambah dengan acara sosial dan hiburan yang melampau mempercepatkan kesan keruntuhan benteng aqidah terutama dikalangan generasi muda.

Harus diambil perhatian yang sangat berat kepada persoalan pendidikan Islam yang tidak dinilai dengan bersungguh untuk menjadi benteng paling ampuh menangkis serangan ke atas aqidah umat.

TERAS mengesa agar digerakkan suatu momentum besar umat Islam untuk menghayati erti hidup beraqidah , apakah implikasi syahadah dalam kehidupan , bagaimana untuk hidup berpandukan aqidah serta menjadikan aqidah sebagai paksi dalam segala budaya hidup umat.

Teman-teman sekalian ,

Menegakkan kehidupan bersyariat

Demikian juga dalam persoalan syariat yang menjadi isu yang dipolemikkan oleh kelompok yang menyimpan prasangka buruk terhadap kelengkapan dan kesesuaian  syariat dalam kehidupan zaman moden ini.

Ternyata agenda menimbulkan kesangsian terhadap syariah Islam sengaja ditimbulkan seoalah-olah ada sahaja kecacatan undang-undang Islam yang dianggap bertentangan dengan hak asasi manusia dan  tidak sesuai dilaksanakan di Negara berbilang kaum dan agama.

Sebab itu kami menegaskan bahawa hendaklah dihentikan agenda memburuk-buruk Islam oleh orang Islam sendiri melalui pelbagai penyelewengan fakta mengenai ajaran Islam. Hukum Hudud yang datang dari wahyu Illahi telah disalah ertikan dan dicemoh oleh golongan dan individu anti Islam yang jahil.

Sayangnya parti politik dan media mereka yang sudah kehilangan sokongan dari pengundi asal  mereka saban hari menghina dan mencemuh hukum Hudud hanya kerana mahu mendapat sokongan dari pengundi bukan Islam. Dengan sengaja mereka mencetuskan rasa takut dan prasangka buruk terhadap hukum Hudud Allah. Malangnya pihak berkuasa tidak bertindak terhadap mereka ini.

Sebuah kelompok yang mengatasnamakan diri mereka sebagai Sisters in Islam, terus menerus cuba bermain dan berputar-putar hujah untuk tidak berterus-terang semada mereka bersetuju hukuman hudud seperti yang di dalilikan dalam Al Quran.

Mereka sering berhujah bahawa “ada suara pihak lain” yang mempunyai tafsiran berbeda terhadap hukum hudud dalam jenayah mencuri (sariqah), merompak (hirabah), zina, dan tuduhan zina (qazaf). Akan tetapi mereka tidak pula mahu menjelas siapa “suara yang lain” itu.

Mereka mengatakan keadilan sempurna tidak boleh dicapai dengan melaksanakan syariat hudud. Adakah ini bermakna mereka mempersoalkan  ilmu , kebijkasanaan dan rahim  Allah dalam hukum hudud yang diwahyukan itu? Adakah Allah yang mempunyai ilmu mengatasi segala-galanya tidak tahu bahawa hukum hudud yang ditanzilkan itu tidak tahu ia tidak praktikal dilaksanakan di muka bumi ini?

Mereka mempersoalkan peruntukan dalam enakmen di Kelantan dan Trengganu . Sudah tentu dengan sokongan ulama dan para ilmuan Islam enakmen ini boleh diperbaikki kelemahan yang ujud supaya menepati ruh dan kalam yang termaktub dalam Al Quran.

Kami sangat memberi perhatian betapa formalisasi syariat maseh terhalang di Negara ini.Tidak ada proses penerapan syariat malah dalam hal tertentu berlaku kemunduran. Antara yang sering menghalangi perlaksanaan syariat ialah suara dari kelompok pro hak asasi manusia ,dan  Amnesty International berpusat di Barat yang sering menggugat peraturan syariat.Tidak kurang juga NGO dan institusi tempatan yang turut mempersoalkan hak kaum Muslim menegakkan syariat dalam urusan kehidupan mereka.

Tujuannya hanya satu iaitu memastikan hukum syariat tidak berkembang diluar dari urusan peribadi. Bermakna di medan masyarakat dan Negara , syariat tidak punya tempat. Jelas agenda meredam semangat kaum Muslimin untuk hidup bersyariat terus berlaku dinegara ini.

Dengan yang demikian harapan untuk mengujudkan polisi Negara yang pro syariat  sentiasa terbantut sejak dari hari Negara ini mengistiharkan kemerdekaannya. Halangan dan rintangan datang dari luar dan dalam. Pola berfikir masyarakat terhadap syariat sering ditakuti dan dibimbangi dengan rasa takut , rasa kuno dan mundur untuk bergerak ke arah sebuah  Negara maju.

Yang lebih merunsingkan ialah tantangan datang dari kelompok Muslimin yang sekular. Padahal dengan fakta dunia yang ada sekarang betapa sistem yang ada , termasuk sistem perundangan dan sistem sosio-ekonomi serta politik berdasarkan pandangan hidup sekular sudah tidak lagi mampu bertahan .

Barat berhadapan dengan pertembungan rakyatnya sendiri terhadap kegagalan sistem ekonominya , di Asia Barat menyaksikan kebangkitan rakyat yang menolak sistem politik yang ditinggal oleh penjajah , di Asia timur , sistem kepimpinan politiknya  sentiasa berubah-rubah bak bersalin baju setiap masa , diseluruh dunia pula sistem pengurusan alam sekitarnya mengakibatkan bencana alam ber-asbabkan keangkuhan dan ketamakan mansuia telah memporak-perandakan alam.

Pokoknya apa yang sedang dihadapi dunia sekarang ialah keruntuhan seluruh peradaban yang didokong oleh sistem yang dibangunkan oleh peradaban berteraskan kebendaan dan kegelojohan .

Soalnya sekarang kenapa umat Muslimin sendiri tidak yakin dengan penyelesaian syariat untuk keluar dari perangkap sistem  dan peradabab yang ada.? Kenapa umat harus menikus dan hanya tunduk kepada kuasa luar yang selama ini telah mengeskploitasi sumber umat dan kini memaksa umat membantu menghidupkan semula sistem yang korup itu.

Sistem yang sarat dengan nilai yang korup inilah yang menyuburkan segala gejala yang sosial seperti yang terungkap dalam acara Seksualiti Merdeka baru-baru. Tidak kecuali juga sistem dan peradaban inilah yang membiakkan amalan korupsi , keruntuhan moral , penyelewengan kuasa , jenayah , ketamakan dan permusuhan.

Syariat Islam yang pasti merupakan sebuah sistem peraturan yang tahan uji dari segala penyakit yang dihadapi tamadun Barat ini sepatutnya diketengahkan tanpa ragu.

Sepatutnya inilah masanya umat melakukan lonjakan (spring) untuk tampil menunjukkan sistem berasaskan syarat Islam yang mampu mengujudkan order baru dalam peradaban abad ke 21 ini.

Untuk itu setiap pertubuhan Islam yang punya komitment yang jelas ntuk mendokong kempen tegakkan syariat harus bergabung tenaga untuk melancarkan gerakan Celik Syariat dan Transformasi Umat. Para penda’wah , ahli sarjana dan pemikiran Islam serta kelompok ulama perlu bersinergi untuk melancarkan pendidikan massa supaya rakyat memahami dan bersikap cakna terhadap usaha merealisasikan syariat dalam setiap aspek kehidupan.

TERAS akan melancarkan usaha ini secara lebih membumi iaitu menterjemahkan kehidupan bersyariat dalam setiap aspek kehidupan harian umat diperingkat individu dan diperingkat komuniti. Dengan yang demikian kempen bersyariat dalam bersosial , bermualamat , berakhlaq , bersiasah , berurusniaga , berjiran tetanga , beriadhah , menyambut perayaan , mengurus rumahtanga , mengguna sumber alam…semuanya akan diterjemahkan agar menyerlahkan keindahan hidup bersyariat.

Diperingkat perundangan dan pentadbiran Negara , dorongan akan terus dilakukan agar pemerintah menghormati hak kaum Muslimin untuk hidup dalam peraturan dan perundangan syariat Islam. Penggubalan dasar dan polisi hendaklah disesuaikan dengan syariat Islam sesuai dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang menempatkan Islam sebagai agama Persekutuan.

Kami mengharapkan semua yang hadhir akan turut menjadi aktor yang aktif mendokong usaha mengarusperdanakan syariat Islam dalam kehidupan umat bermasyarakat dan bernegara.

Marilah kita bergabung tenaga menzahirkan kualiti umat yang cerdas sejati dan cerdas ukhrawi. Mari kita hidupkan jiwa pemersatu sebagai ciri Muslim yang unggul dan berperadaban.

Allah telah memberi arahanNya yang tegas dan jelas dalam Surat Hujurat : 13

Mubaligh Kristian berjubah solat Zuhur
(Himpunan Sejuta Umat)

Oleh Shamsul Kamal Amarudin

shaka@bharian.com.my

2011/12/18

(ORANG ramai yang menghadiri Himpunan Sejuta Umat di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar, semalam bersatu hati mempertahankan Islam)

Hassan Ali dedahkan gerakan murtad cuba pengaruhi Muslim lemah iman, kaki hutang

KUALA KANGSAR: Usaha untuk memurtadkan umat Islam di negara ini semakin licik apabila ada kalangan mubaligh Kristian yang turut memakai jubah dan menunaikan solat Zuhur berjemaah dengan penduduk Islam bagi mendekati mereka yang dipercayai berpotensi untuk digugat akidahnya.

EXCO Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hassan Ali, ketika mendedahkan perkara itu berkata sasaran utama mubaligh itu ialah orang Islam yang miskin, kurang pengetahuan agama, akidah lemah, orang yang berhutang, mereka yang rumahtangganya kucar-kacir, mereka yang menghadapi masalah selepas bercerai, golongan berfikiran liberal dan terbuka serta mereka yang tidak mengamalkan cara hidup Islam.

Ancaman terhadap akidah umat Islam ini adalah benar kerana di Selangor saja sudah ada satu organisasi khusus untuk memesongkan akidah umat Islam dengan membawa mubaligh yang dilatih secara profesional, berdaya juang tinggi dan mempunyai kekuatan mental dari Barat. – Hassan Ali, EXCO Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor.

“Ancaman terhadap akidah umat Islam ini adalah benar kerana di Selangor saja sudah ada satu organisasi khusus untuk memesongkan akidah umat Islam dengan membawa mubaligh yang dilatih secara profesional, berdaya juang tinggi dan mempunyai kekuatan mental dari Barat serta negara jiran untuk masuk ke dalam masyarakat Islam.

“Malah, sejak penubuhan Unit Selamatkan Akidah (USA) di pejabat saya beberapa bulan lalu, ada 51 orang Islam yang sudah menjalani proses pembaptisan dan minum ‘air suci’ sedang dibantu untuk mengembalikan semula akidah mereka,” katanya berucap pada program Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) di Dewan Jubli Perak di sini, semalam.

Hassan percaya gerakan untuk memesongkan akidah umat Islam bukan saja sedang giat dijalankan di Sabah, Sarawak dan Selangor, malah sudah menular ke negeri lain di negara ini.

Sementara itu, Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim, berkata ada 43 permohonan untuk murtad dikemukakan di Mahkamah Syariah di Perak untuk tempoh 11 bulan pertama tahun ini dengan sebahagian besarnya golongan mualaf yang mahu kembali ke agama masing-masing serta mereka yang mempunyai nama Melayu dan anak kepada orang Melayu tetapi dibesarkan oleh keluarga bukan Islam.

Pada masa sama, katanya, ada 52 orang sedang menjalani proses pemulihan akidah di Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) bagi tempoh sama tahun ini.

“Bilangan itu adalah berdasarkan data rasmi tetapi bagaimana pula yang berlaku (murtad) secara senyap-senyap? Mungkin lebih ramai lagi. Isu murtad ini bukan masalah individu tetapi ummah kerana apabila seseorang itu murtad, dia akan menunjukkan seolah-olah Islam itu tidak cantik dan tidak baik.

“Kita tiada masa untuk bertelagah sesama sendiri seperti firman Allah bermaksud mari kita bersama-sama melakukan takwa dan jangan bekerjasama melakukan kebatilan manakala pepatah Arab ada menyatakan api yang besar itu bermula daripada sumber yang kecil dan jika ia tidak ditangani, maka sumber kecil itu akan merebak menjadi besar,” katanya berucap pada majlis sama.