“Masuklah ke dalam Islam secara Kaffah”

 

Susunan

Mohd Azmi Abdul Hamid

Sekretariat SHURA/Presiden TERAS

Makalah ini disediakan sebagai bahan bacaan untuk kaum Muslimin di seluruh Negara bagi meningkatkan  kefahaman , mengukuhkan rangsangan bertindak dan mencetuskan  komitmen untuk menterjemahkan penghayatan Islam secara Kaffah disetiap lapisan masyarakat

Islam dan Konsep Penghayatan Secara Kaffah

Pendahuluan

Lengkap dan menyeluruhnya ajaran Islam adalah kerana ia merangkum aspek rohani, akidah dan wacana kehidupan lain yang pelbagai dan rencam.

Aspek theologinya dicerakinkan oleh Syaikh Abu Zahrah, Dr Abdullah Darraz dengan begitu terperinci dalam kitab beliau ”al-Din”, Syaikh Abd.Rahman Hasan al Habanakah, Abu al-A’la al Maududi, Said Hawwa, Syaikh Yusuf al Qaradhawi dan lain.

Dari sudut ibadah pengajarannya telah dihuraikan dengan panjang lebar oleh Syaikh Abdul Karim Zaidan,  Mohammad al Ghazali, Syaikh Hasan Ayub, Dr Wahbah al Zuhaili dan lain-lain.

Dari sudut pendidikan nama-nama besar seperti Dr Omar al Toumi al Syaibani, Dr Majid ’Irsan al-Kailani, Dr Miqdad Yalchin, Adnan Hasan Saleh. Dari sudut politik Dr Salim al Awwa,  Dr. Azam Tamimi, Dr Othman Abdul Mu’iz Raslan, Dr Abdul Aziz al Khayyat. Dari sudut ekonomi buku-buku karangan Baqir al Sadr (al Marhum), Dr Ref’at Sayyid al-’iwadhi dan lain-lain.

Dari sudut Psikologi Dr Hasan Langgulung (al Marhum), Dr Hasan al Syarqawi dan lain-lain . Dari sudut harakah dan gerakan Islam dihuraikan oleh Hasan al Banna, Syed Qutub, Fathi Yakan, dan lain-lain.

Pendek kata terdapat deretan nama nama besar dalam setiap bidang ilmu yang mencerakinkan perspektif Islam dalam berbagai bidang hidup. Usaha menggarap dan meneroka konsep yang lebih terperinci ini akan berterusan hingga hari kiamat selaras dengan pesanan Rasulullah bahawa: Agama Islam ini sangat utuh dan kukuh dan terokalah untuk mendalami ajarannya secara perlahan-lahan, lemah lembut dan bijaksana.

Program penghayatan Islam kaffah adalah tindakan permulaan untuk satu usaha yang menyeluruh dan bersepadu demi mengenengahkan sudut-sudut pandangan Islam dalam berbagai bidang untuk difahami, digarap dan dihayati oleh berbagai kalangan umat berdasarkan posisi dan peranan mereka dalam masyarakat.

 

 

 

Asas Program

Dalil pokok dalam hal ini ialah firman Allah dalam Surah al Baqarah ayat 208

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah agama Islam secara keseluruhan; dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan memang  musuh kamu  yang nyata.

Kehidupan yang rencam di samping pergaulan yang luas dengan manusia dari berbagai agama, budaya dan warna kulit telah menyebabkan terdapat umat Islam yang lemah keyakinan serta iltizam mereka kepada agama ini sehingga bertindak memusuhinya secara sedar atau tidak sedar. Walaupun wacana dan ungkapan lahir mereka menegaskan tentang keislaman mereka , malah mereka bersumpah untuk meyakinkan tentang keimanan mereka kepada orang Islam namun mereka disisi Allah tetap dianggap musuh . Inilah yang ditegaskan oleh ayat 204 dalam surah berkenaan.

Golongan ini apabila memegang tampuk kuasa mereka merosak asas-asas kehidupan beragama yang mantap sebelumnya dengan niat untuk melemahkan komitmen umat kepada Islam.Bahkan polisi dan arah pentadbiran yang merosak ini samapai merosakkan juga alam, tanaman dan persekitaran dalam jangka panjang. Ini digadai kerana tujuan mendapatkan keuntungan yang segera para kroni dan kaum kerabat.

Golongan berkenaan tidak boleh ditegur atau dinasihati. Mereka berterusan melakukan penyimpangan dan kezaliman. Tegur nasihat dihadapi dengan tindakan agresif menindas, meng”ISA”kan rakyat dan sebagainya. Mereka merasa serba betul dan pandai. Mereka tidak dapat dipulihkan lagi.”Hati mereka tertutup rapat kerana lumuran noda dan dosa perbuatan mereka”.

Bertentangan dengan golongan ini terdapat pula dalam masyarakat kumpulan yang bersedia berkorban untuk kepentingan agama dan masyarakat.Golongan ini perlu dibantu dan diperkasa demi kebaikan umat dan negara. Mereka adalah golongan yang istiqamah berpegang teguh dengan Islam yang bersifat menyeluruh.

Tema Program

Program ini bertemakan firman  Allah dalam Surah al-Imran  ayat 103


Berpegang teguhlah kalian dengan agama Allah. Jangan berpecah belah. Ingati nikmat Allah. Sebelum ini kalau bermusuhan namun Allah bibitkan rasa kasih dalam hati dan tautkan kemesraan sesama kamu sehingga kamu bersaudara. Sebelum ini kamu ditubir neraka tapi Allah selamatkan kamu daripadanya. Demikianlah penjelasan Allah kepada kamu tentang bukti kebenaran agamaNya , semoga kamu mendapat hidayah petunjuk.

Seruan berpegang teguh kepada agama yang padu ini adalah kerana mengelakkan terongkainya perasaan kasih sayang dan timbul krisis pertelingkahan sesama umat kerana penyimpangan dan keingkaran kepada ajaran agama ini. Sebab itu Allah mengingatkan tentang bencana hukuman dan bala Allah kepada para pendusta dan pengabai agama Allah dalam berbagai peringkat sejarah.

Allah mengingatkan dalam Surah al Baqarah ayat 209

Tapi jika kamu menyimpang, sesudah datang bukti-bukti  yang nyata kepada kamu, maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana (untuk bertindak ke-atas kamu).

Ayat seterusnya menjelaskan :

Tidak ada yang para penyeleweng itu tunggu kecuali  datangnya azab  Allah bersama Malaikat kepada mereka dalam naungan awan, sedangkan nasib (malang) mereka sudahpun  Allah putuskan dengan tuntas. Memang segala urusan terpulang kepada Allah menentukannya.

Contoh nyata penyimpangan ini ialah kaum Bani Israel. Mereka telah mendapat rahmat kedudukan ,  kurnia yang sangat baik dan banyak daripada Allah . Tapi mereka tidak bersyukur. Malah mereka tukar sifat bersyukur yang sepatutnya dengan sifat kufur kepada rahmat Allah . Iaitu nikmat agama yang telah diturunkan oleh Allah kepada mereka. Mereka mengikut fahaman dan ajaran yang membawa mereka kepada kejahatan dan penentangan terhadap nilai, hukum dan undang-undang Allah. Justeru mereka digodam oleh Allah dengan bala bencana dan berbagai jenis wabak penyakit.

Segala bencana dan petaka didunia ini ada kaitannya dengan penderhakaan dan maksiat kepada Allah. Sebab itu manusia perlu segera bertaubat kepada Allah. Mereka mesti kembali ke hadhratNya demi mematuhi semua titah perintah yang tidak boleh diderhakai.

Allah menegaskan dalam ayat 79 Surah al Nisa’

Apa jua kebaikan yang kamu dapati maka itu adalah dari rahmat Allah. Sebaliknya apa jua keburukan yang menimpa kamu maka sumbernya adalah daripada diri kamu sendiri. Manakala engkau pula (wahai Muhammad) Kami lantik menjadi Rasul. Cukuplah Allah sebagai saksi (kerasulanmu).

Dalam ayat 62:

Bagaimana kalau sekiranya nanti mereka dilanda musibah, lantaran hasil tangan mereka sendiri.

Setelah menghuraikan contoh sejarah penyimpangan Bani Israel dan umat terdahulu serta sebab mereka berpecahbelah dan seterus menerima padah kecelakaan dalam ayat   212-213 Allah menegaskan tentang keperluan berjihad melawan kejahatan, kezaliman, penderhakaan kepada Allah serta kemungkaran. Umat mesti diajak turut serta  untuk mencegah kejahatan , keingkaran kepada perintah Allah . Mereka mesti diiangatkan bahawa mereka tidak mugkin masuk syurga tanpa usaha dan jihad melawan kejahatan dan kezaliman. Mereka mesti bersedia menanggung kegetiran hidup dan pedih perit perjuangan kerana Allah. Mereka wajar menggembeling tenaga dalam suatu atau berbagai pergerakkan yang menumpaskan kebatilan. Tanpa penggembelingan usaha ke arah itu mereka sukar untuk masuk syurga Allah S.W.T.

Allah berfirman dalam Surah al Baqarah ayat 214.

Apakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepada kamu ujian seperti yang dialami oleh orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digegarkan dengan berbagai cubaan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya tertanya-tanya : Bilakah akan datang pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu hampir jua.

Kesimpulan yang dapat diraih dalam menyorot isi gugusan ayat 204 hingga 214 ialah:

1.Umat Islam wajib menerimapakai seluruh ajaran syariat Islam. Haram meninggalkannya atau memilih-milih sebahagian dan  menolak sebahagian yang lain. Penerimaaan secara “kaffah” dan “syumul”  ini suatu kemestian .

2. Orang yang menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Allah dan meninggalkan apa yang diwajibkan oleh Allah adalah para pengikut syaitan dalam hal itu.

3. Kita wajib mengandaikan hampir turunnya bala dan hukuman Allah apabila berleluasa kejahatan , maksiat dan dosa-dosa besar dalam masyarakat. Kita tidak boleh menjadi orang yang  lalai dan sentiasa merasa selamat tanpa bersungguh-sungguh berusaha mencegah maksiat dan kezaliman. Kita tidak boleh merasa selamat dari bala Allah kalau lalai bertindak.

4. Allah tetap akan berperanan di dunia dan di akhirat menangani permasalahan manusia . Allah akan menyelesaikan pertelingkahan mereka secara tuntas pada hari kiamat kelak.

5. Haram menunda dan melengah-lengahkan taubat dan menangguhkan kepulangan kepada jalan kebenaran setelah nyata dan jelas kebatilan faham kufur dan kebenaran jalan Islam.

Bidang penghayatan Islam secara kaffah memang luas, namun
inilah beberapa mukaddimah penting dalam pelancaran penghayatan Islam kaffah yang dilancarkan oleh SHURA, TERAS, dan lain-lain. Selaras dengan itu kami juga di sini melancarkan buku berjodol ” Agama dan Politik ” karangan Presiden Persatuan Ulama Sedunia untuk tatapan dan bacaan umum . Buku yang bermanfaat ini menyingkap salah satu dari sekian banyak dimensi Islam yang sangat penting dan perlu digarap oleh umat Islam di mana jua mereka berada.

Bagi pihak penganjur kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pimpinan Masyarakat Pulau Pinang  dan beberapa pertubuhan lain, para dermawan yang telah mendermakan tenaga dan wang ringgit mereka di jalan Allah untuk menjayakan program ini.

Semoga Allah menerima amal soleh mereka dan mereka tetap meneruskan tekad untuk menunaikan dan melaksanakan berbagai siri program lain berikutan dengan pelancaran ini.

Semoga para hadirin semua mendapat rahmat Allah , dipanjangkan umur , dimurahkan rezeki dan dijauhkan dari segala penyakit, bala’ dan wabak yang sedang menular dalam Negara kita.

Sekian terima kasih

Us Hj. Abdul Ghani Bin Samsudin                                                                                                                          Pengerusi SHURA

 

ISLAMLAH SECARA KAFFAH

“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu.Tetapi jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah, bahwasanya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.(al- Baqarah : 208-209 ).

SABAB  NUZUL

Sabab nuzul ayat ini menurut Imam Al-Baghawi [1] berkaitan dengan masuk Islamnya seorang Ahli Kitab Yahudi Bani Nadhir bernama Abdullah bin Salam dan teman-temannya, namun setelah memeluk Islam ia tetap menganggap mulianya hari Sabtu & tidak mau memakan daging unta, kemudian mereka pun menyatakan: “Wahai Rasulullah, bukankah Taurat itu adalah Kitabullah. Maka izinkan kami tetap membacanya dalam shalat-shalat malam kami?” Maka turunlah ayat ini. Hadits ini disebutkan pula oleh pengarang kitab Jallalain dalam tafsirnya [2] dan pengarang kitab Al-Wajiz [3].

Sementara pengarang kitab Zaadul Masiir menyatakan [4] bahwa ada 3 pendapat berkaitan dengan nuzul-nya ayat ini:

Pertama, ia berkaitan dengan peristiwa Ibnu Salam (sanadnya dari Abu Shalih dari Ibnu Abbas ra),

Kedua ia berkaitan dengan Ahli Kitab yang tidak mau beriman pada nabi Muhammad SAW (sanadnya diriwayatkan juga – tapi menggunakan kata ruwiya ‘an- dari Ibnu Abbas ra, disebutkan juga oleh Adh Dhahhak),

Ketiga ia diturunkan untuk kaum muslimin agar mengimani dan melaksanakan semua syariat Islam (sanadnya diriwayatkan oleh Mujahid & Qatadah ra).

TAFSIR  AYAT

Imam Ibnu Katsir dalam tafsirnya[5] menafsirkan maknanya sebagai: “Masuklah ke dalam ketaatan seluruhnya.” Ia menyitir pendapat Ibnu Abbas, Mujahid, Abul ‘Aliyah, Ikrimah, Rabi’ bin Anas, As-Suddiy, Muqatil bin Hayyan, Qatadah, Adh-Dhahhak, berkata mereka bahwa makna ( كافة ) dalam ayat tersebut: “Beramallah dengan semua amal dan seluruh bentuk kebajikan.”

Imam At-Thabari dalam tafsirnya[6] memilih pendapat yang menafsirkannya:“Masuklah ke dalam Islam keseluruhannya.” Iapun menyitir atsar lainnya dari Mujahid, Qatadah, Ibnu Abbas, As-Suddiy, Ibnu Zaid dan Adh-Dhahhak yang berpendapat demikian. Ini pula pendapat Imam Al-Qurthubi dalam tafsirnya[7],demikian pula Imam Al-Baghawi[8], dan pengarang kitab Fathul Qadir[9]

MENELITI MAKNA ISLAM KAFFAH

Seruan  Al Baqarah ayat  208 adalah panggilan Allah khusus buat yang beriman. Iaitu identiti yang diberi oleh Allah sendiri. Yang membezakan dan memisahkan mereka secara jelas dan unik dengan mereka yang menolak petunjuk Allah dan Rasul.

Maka seruan ayat ini adalah langsung dan khusus kepada  mereka yang mengaku melafazkan kalimah Syahadah dan beriman kepada apa yang dilafazkan.

Mesejnya jelas. Menerima Islam tidak boleh mengikut selera sendiri. Mengaku beriman tidak boleh menerima sebahagian perintah Allah dan menolak sebahagian yang lain. Mengistiharkan diri sebagai Muslim tidak boleh memileh-mileh perintah Islam yang mana yang mahu dipatuhi dan perintah yang mana yang ingin ditolak.

Masuklah Islam secara kaffah itu adalah isyarat jelas bahawa Allah tidak membenarkan agamanya hanya diterima mengikut selera manusia. Samada urusan seorang Islam itu menyentuh hal yang dianggap kecil mahupun besar.

Bermakna segala-galanya ( secara total ) hendaklah tunduk kepada acuan yang telah ditetapkan oleh Islam. Ini meliputi soal niat dan perasaan, pemikiran dan sikap, percakapan dan perlakuan, diperingkat peribadi  dan berkeluarga, berstatus seorang anggota masyarakat mahupun warga Negara, dalam urusan ekonomi, budaya, keorganisasian, pengurusan sumber mahupun kepimpinan.

Pokoknya dalam keadaan apa sekalipun seseorang itu harus berada dalam sibghah (acuan) Islam, semada dalam kesenangan maupun ketika ketakutan. Dalam keadaan senang atau sempit, lapang atau sibuk.

Tunduk dan patuh kepada Allah, dan ridha kepada hukum dan qadha-Nya, semestinya menjadi gayahidup dan budayahidup setiap Muslim. Tidak ada yang tersisa melainkan seorang Muslim akan sedaya upaya melakukan apa yang diperintah Allah S.W.T.

Dalam hal ini kefahaman terhadap implikasi kalimah syahadatain menjadi paksi kepada kepatuhan Islam secara total. Menerima Allah sebagai “sohibul wilayah” iaitu yang mempunyai kekuasaan serta “sohibul to’ah” dan yang berhak ditaati adalah sifat-sifat yang terpahat dalam benak setiap Muslim bila menyatakan keimanan bulat kepada Allah S.W.T.

Menyerah diri dengan  ketaatan yang mantap, tenang, dan ridha adalah sikap Muslim ketika melaksanakan perintah Allah S.W.T. Seorang Muslim benar-benar yakin  bahawa terkandung dalam seluruh perintah Allah itu  hanyalah kebaikan belaka.

Hanya satu sahaja dalam pemikiran mereka. Bahawa dengan tunduk patuh secara menyeluruh sahajalah keindahan dan kebaikan Islam akan terserlah.

Seruan Allah S.W.T. kepada mereka adalah undangan khas untuk berada dalam rumah Islam sepenuhnya. Bukan sahaja ini boleh dianggap sebagai suatu perhormatan malah ianya adalah satu-satunya ubat yang mujarab untuk menyelesai segala penyakit manusia yang  berada di luar rumah Islam.

Demikian juga keyakinan bahawa masalah tidak akan dapat diselesai dengan sempurna jika seseorang Muslim itu memileh sebahagian mengikut peraturan  dalam Islam dan sebahagian pula di luar Islam.

Ketika seorang Muslim mematuhi Islam dengan sebenar-benarnya berarti ia telah menerima tawaran Allah S.W.T bahawa apa sahaja maslahah yang dihadapi, formula Islamlah yang menjadi pendekatan dan rujukan.

Tidak ada kekeliruan dan gejala mencari-mencari cara menyelesaikan masalah yang timbul.  Tidak ada keresahan dalam mencari jalan keluar kepada kemelut yang dihadapi.

Yang diyakini sungguh-sungguh ialah bahawa dengan mengikuti seluruh petunjuk dan manhaj Islam, kehidupan yang damai dan selamat pasti akan diperolehi.

Damai dengan segala yang ada dan segala yang maujud dalam Islam.

Inilah yang memenuhi dalam sanubari setiap Muslim bila menerima Islam secara Kaffah.

Rasa berada dalam kesejahteraan dan keselamatan di bumi mahupun kehidupan yang ada di langit sedemikian menyerlah sehingga setiap Muslim itu bersikap dan bertindak sebagai seorang yang tenang ketika menghadapai cabaran apapun.

Keselamatan dan kedamaian itu berpunca dari hati dan pemikiran yang berpegang kepada tassawur yang benar terhadap Allah S.W.T.

Sesungguhnya, dengan demikian seorang Muslim menghadapkan arah hidupnya dengan hati yang mantap.

Kesannya sangat menakjubkan. Jalannya tidak bercerai-berai, hidupnya tidak berbilang-bilang (melainkan cuma satu) dan tidak diombang-ambingkan oleh pemikiran yang bercelaru . Dia tidak akan ke sana kemari meraba-raba mencari jalan keluar dari kemelut hidup yang beragam.

Yang ada hanya satu. Tumpuannya satu. Tuhan yang di rujuk dan menghadap dengan penuh keyakinan dan kemantapan, dengan terang dan jelas hanya satu. Itulah Allah, Tuhan Yang Mahatahu, Mahabijaksana, Mahakuasa dan Mahaperkasa yang menciptakan Islam sebagai satu-satunya ad-din buat diikuti manusia.

Oleh yang demikian seorang Muslim itu akan menjadi sangat tenteram kerana penyelesaian yang dipileh adalah bersumber dari yang Mahatahu. Lantaran itu tiada rasa gusar dan rasa cuak kerana  yakin bila dia menghadap kepada-Nya berarti ia menghadap kepada kekuatan yang sebenar-benarnya yang cuma satu-satunya di alam semesta ini. Ia merasa aman dari semua kekuatan palsu, merasa tenang dan tenteram dari kekacauan. Ia tidak merasa takut kepada seseorang atau kepada sesuatupun. Ia hanya menyembah kepada Allah yang Mahakuat, Mahakuasa dan Mahaperkasa. Ia juga tidak khawatir kehilangan sesuatu dan tidak juga bercita-cita terhadap apa saja yang ada pada orang yang tidak berkuasa untuk mencegah atau memberi.

Penyelesaian dengan Islam secara Kaffah adalah jaminan dari kezaliman, hawa nafsu, dan merugikan hak orang lain. Ia selamat dari kaedah jahiliyyah dengan bermacam-macam kemauan dan keinginannya yang berasaskan nafsu buas dan akal liar. Penyelesaiannya adalah mantap dan merongkaikan satu demi satu kerumitan hidup tanpa khuatir.

Asas kepada pandangan bahawa Islam perlu diterima secara Kaffah bermula dari konsep jalinan hubungan antara insan yang beriman dengan Allah S.W.T.  Seorang yang berimanDia yakin akan mendapatkan keadilan, perlindungan, dan keamanan dibawah sistem yang diatur oleh Penciptanya, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Islam mngukuhkan ke dalam hati orang muslim pandangan yang benar mengenai hubungan antara hamba dan Tuhan sebagai asas awal menerima acuan Allah sepenuhnya. Dia yakin betapa Allah yang mencipta alam semesta ini telah mengatur segala sesuatu pada ukuran dan qadarnya dengan penuh hikmah.

Manusia diciptakan dengan bertujuan, tidak dibiarkan sia-sia telah disiapkan untuknya segala keadaan alam yang sesuai buatnya dan diciptakan pula segala sesuatu di bumi untuknya. Demikian jualah, Dia telah merangka suatu sistem kehidupan yang lengkap dan sempurna. Seluruh tatacara hidup ini disusun sesuai dengan fitrah manusia, tiada yang membeban atau menyusahkan.

Pengetahuan dan kesedaran seorang mukmin adalah bahwa satu-satunya tujuan keberadaan manusia dibumi ini adalah ibadah iaitu pengabdian bulat kepada Allah. Lantaran itu setiap perbuatan dan tindakannya yang menepati maksud pengabdian kepada Allah dalam apa sahaja bidang kehidupan adalah bukti bahawa ia tunduk sepenuhnya kepada sistem hidup Islam yang diperintah ke atasnya.

Hal inilah yang pada hakikatnya akan mengangkat derajatnya di sisi Allah. Dengan pemikiran yang  terang benderang dan hati nuraninya yang jernih setiap  aktiviti-aktiviti dan amalnya akan terangkum dalam pengabdian kepada Allah S.W.T.

Maka, niat beribadahlah yang menjadi tumpuan hidupnya dalam semua yang dilakukan. Samada ketika bekerja dan mencari nafkah hidup, menjalani hidup berkeluarga, mengatur masyarakat, memelihara alam lingkungan, memimpin dan sebagainya, ia akan berusaha melaksanakan dan merealisasikan manhaj Allah iatu Islam  sepenuhnya.

Sikapnya jelas. Ketika melaksanakan Islam sepenuhnya dia tidak mau berbuat curang dan durhaka, tidak mahu mengicuh dan menipu, tidak mahu berbuat aniaya sewenang-wenang, tidak mahu menggunakan cara-cara yang kotor dan hina, tidak mahu tergesa-gesa dalam menempuh setiap tahap perintah Allah S.W.T, tidak mahu menempuh jalan pintas (yang menyimpang dari kebenaran), dan tidak mahu mendedahkan diri kepada tipudaya yang wujud dalam sistem lain dari Islam.

Seorang mukmin itu dengan sangat serius menguruskan setiap bidang hidupnya (ekonomi, sosiobudaya, politik, kesihatan, kesenian, pengurusan sumber alam, pemasyarakatan, pembangunan dan sebagainya) secara Islam dengan niat yang ikhlas . Dia akan beramal serta bekerja secara konsisten (terus menerus) dalam batas-batas kemampuannya agar Islam dapat direalisasikan dalam seluruh kehidupannya.

Dengan segala bidang yang ia ceburi, seorang Muslim itu yakin dan tidak syak terhadap apa sahaja yang diatur oleh Islam sebagai formula hidup. Malah ia tidak rasa takut atau curigai dan jiwanya tidak bergoncang ketika menempuh setiap peraturan Islam dalam perjalanan hidupnya. Ia merasa sangat selesa dan serasi dengan apa yang telah ditetapkan oleh Islam bila berhadapan dengan sebarang masalah.

Maka dia beribadah dalam setiap langkahnya bila Islam dijadikan denyutan dan nadinya pada setiap langkah yang diambilnya. Setiap getaran pikirannya menuju kepada Allah dalam setiap aktivitinya serta dalam semua lapangan kegiatannya. Perasaan seorang mukmin selalu berjalan bersama takdir Allah dan selalu melaksanakan ketaatan kepada Allah untuk melaksanakan apa yang diinginkan oleh Allah , bukan yang diingin oleh perasaan dan hawa nafsunya.

Dengan menerima Islam secara Kaffah inilah, perasaan menjadi tenteram, damai, dan mantap. Sehingga ia tidak bingung, tidak gundah, dan tidak gelabah dalam menghadapi kendala dan hambatan, dan kesulitan serta ia tidak putus asa dari pertolongan dan bantuan Allah S.W.T bila berhadapan dengan kemelut hidup sebesar manapun.

Dengan yang demikian seorang Muslim itu merasa damai dalam jiwanya bila menerima arahan Allah S.W.T. walaupun bila dirasa sangat berat. Akan terserlah kesediaannya untuk rela berperang menghadapi musuh musuh Allah dan musuh-musuhnya. Sebab, dalam sanubarinya Islam yang Kaffah itu adalah paling utama baginya dari yang lain. Dalam berjihad  ia berperang karena Allah, dijalan Allah, dan untuk menjunjung tinggi agama Allah.

Demikian pula perasaannya. Setiap Muslim berjalan pada sunatullah seirama dengan seluruh alam ini. Undang-undang hidupnya dicorakkan agar harmonis dengan peraturan Islam sepertimana alam bergerak mengikut acuan yang ditentukan Allah S.W.T.

Tugas-tugas yang diwajibkan oleh Islam kepada orang muslim adalah tepat dengan fitrahnya yang asal. Islam berfungsi penuh dalam dirinya yang tidak melampaui batas kemampuannya.  Ia tahu bahawa Islam  tidak mengabaikan satupun potensi manusia malah memberi kebebasan kepadanya untuk beramal, membangun, dan berkembang dalam kerangka syariat yang sangat lapang.

Masyarakat yang dibangun oleh manhaj dan acuan Rabbani ini bersumber dari aqidah yang sangat mulia. Iaitu aqidah yang mengembalikan kemuliaan insan yang asal. Iaitu insan yang telah dilantik sebagai Khalifah Allah S.W.T.Lantaran itu masyarakat yang dibangunkan dari aqidah Islam ini, mengasuh setiap Muslim untuk menjadi batu-bata pelengkap dalam mendirikan rumah UMMAH

Berbeza sekali dengan masyarakat yang tidak dibentuk dengan Islam secara kaffah. Masyarakat itu lebih mirip kepada masayarakat jahiliyyah yang terpesong dari acuan Islam yang menyeluruh. Lalu anggota-anggota  masayarakat itu akan berada dalam keadaan tergantung-gantung. Tidak dibumi yang kukuh dan tidak pula di langit yang lapang.

Bila dikaitkan dengan ayat “Kalian adalah umat terbaik yang dilahirkan bagi manusia, kalian menyuruh berbuat ma¡¯ruf dan mencegah berbuat mungkar, serta kalian beriman kepada Allah” ( Ali Imran : 110) , ternyata masyarakat ini tidak serasi dengan ciri-ciri umat terbaik itu.

Demikian juga dengan ayat “Dan tidak akan pernah redha Yahudi dan Nasrani kepada engkau (Muhammad) hingga engkau mengikuti millah (jalan dan sistem) mereka. Katakanlah : Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar). Dan sesungguhnya jika engkau mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu” ( Al Baqarah : 120).

Masyarakat yang tidak Islam secara kaffah akan bertingkahlaku berbeza dengan apa yang dituntut Islam. Iaitu di satu saat ia kelihatan tegas dan lantang terhadap Yahudi dan Nasrani , namun disaat lain bersikap lunak malah bersekongkol pula dengan musuh Islam itu.

“Dan barangsiapa menjadikan selain Islam sebagai din (agama, sistem hidup) maka tidak akan diterima apapun darinya, serta dia di akhirat termasuk orang yang rugi” ( Ali Imran : 85)

“Hari ini telah Aku sempurnakan bagimu agama kalian, dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku bagi kalian, dan Aku meredhai bagi kalian Islam sebagai agama kamu”(Al Maidah : 3).

“Barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah maka mereka itulah orang-orang kafir”(Al Maidah [5] : 44)

“Barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah maka mereka itulah orang-orang zalim”(Al Maidah [5] : 45)

“Barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah maka mereka itulah orang-orang fasik”(Al Maidah [5] : 47)

“Apakah hukum jahiliyah yang mereka kehendaki, dan siapakah yang lebih baik hukumnya daripada Allah”(Al Maidah : 50)

Dari ayat-ayat itu jelaslah kepada kita bahawa kita diperintahkan untuk menyelesaikan berbagai persoalan hanya dengan Islam secara kaffah. Jika Rasulullah SAW telah berjaya membangkitkan bangsa yang buta huruf menjadi umat peneraju dunia dengan tariqah Al Qur’an, bilakah pula dapat kita mengembalikannya?

Fahami Syariah Secara Menyeluruh

Kita sewajarnya memahami Islam secara menyeluruh, sebelum beramal dan bercakap mengenai Islam. Mujtahid semasa, Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi dalam khutbah yang dipetik dari laman web rasmi beliau sentiasa berpesan kepada masyarakat Islam umumnya, dan khususnya kepada para mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) agar berusaha untuk memahami Islam dengan cara yang baik. Ini kerana beliau melihat kesan yang amat teruk andainya Islam gagal difahami secara tidak sempurna oleh penganutnya, lebih-lebih lagi mereka yang mendalami pengajian Islam.

Islam adalah cara hidup seimbang yang mengutamakan pembangunan intelektual, material dan jiwa, wajar dimanifestasikan mengikut objektifnya yang sebenar. Untuk itu, tidak cukup bagi kita sekadar berbicara tentang kehebatan Islam tanpa kita sendiri memahami dengan jelas bagaimanakah Islam yang sebenar.

Syariah Islam tidak boleh dilihat dalam satu skop sahaja, contohnya ibadah sahaja, atau undang-undang jenayah sahaja. Ia mesti dikenali dan difahami secara menyeluruh merangkumi aspek-aspek asas, sifat-sifat syariah bahkan memahami keutamaan (awlawiyyat) dalam hukum Islam. Cukuplah sejarah pergeseran umat Islam silam sebagai bukti bahawa implikasi tidak memahami syariah dengan sempurna adalah sangat buruk. Pergeseran dan perpecahan selalunya berpunca daripada mereka yang memahami Islam secara mendatar, tidak komprehensif diambil dari skop tertentu sahaja.

Selain itu, menurut Dr. Yusuf al-Qardhawi, satu lagi impak yang saling berlawanan akibat gagal memahami Islam dengan baik, iaitu golongan yang melihat Islam hanya sekadar aspek ritual sahaja. Islam mereka cuma sebelah malam bersembahyang di masjid, tetapi kerja-kerja seharian mereka terpisah dengan Islam. Persoalan aurat, batas pergaulan, akhlak dan hukum-hukum lain dilihat terpisah daripada tugas-tugas seharian. Sebab itu masih ada mereka yang mendedahkan tubuh badan tetapi masih mampu berkata bahawa mereka sedang mencari rezeki yang halal. Tanpa mereka sedari bawah perbuatan mereka bukan sahaja bertentangan dengan nas hukum tetapi bertentangan juga dengan semangat syariah yang mahu menjaga kemaslahatan masyarakat.

Dalam aspek yang lain, kegagalan memahami syariah boleh menyebabkan ada yang cenderung menggunakan akal secara keterlaluan dalam penilaian hukum. Penilaian mereka ini lebih cenderung kepada penggunaan akal semata-mata tanpa merujuk pentafsiran oleh Rasulullah s.a.w. Sekali pun mereka mengikuti al-Quran, namun mereka mentafsirkan al-Quran itu berasaskan kepada akal mereka semata-mata tanpa panduan hadis Rasulullah s.a.w. Daripada aliran inilah juga lahirnya golongan anti-hadis atau anti-sunah. Golongan ini menolak sunah atau hadis nabi, dengan alasan bahawa sebarang perbuatan atau perkataan Nabi s.a.w. hanyalah sesuai untuk zaman itu sahaja.

Sebagaimana kata Dr. Yusuf al-Qardhawi, “Sebelum berbangga dengan kehebatan syariah Islam, fahami dulu syariah Islam dengan kefahaman yang sempurna dan menyeluruh, bukan kefahaman yang separuh-separuh atau dari sudut-sudut tertentu.”

Seseorang yang ingin memahami Islam perlu pertamanya memahami prinsip-prinsip dan ciri-ciri utama agama Islam. Dalam Islam terdapat prinsip yang tidak boleh menerima perubahan dan terdapat juga unsur fleksibel yang boleh berubah mengikut kesesuaian tempat dan keadaan. Untuk mengenalinya pula, kita perlukan pengetahuan tentang sumber-sumber syariah Islam, kaedah memahami sumber, serta kaedah mengelakkan pemahaman yang saling bercanggahan antara dalil dalam dalam sumber syariah Islam.

Pemahaman dalil boleh memberi implikasi terhadap pengamalan Islam. Kita akan mampu melihat hukum-hukum Islam mengikut susunan keutamaan yang betul. Hukum yang lebih penting wajar diutamakan, dan hukum yang lebih mendesak perlu disegerakan. Hukum yang kurang penting perlu dilaksanakan tetapi memerlukan kaedah yang tepat agar ia nanti terlaksana berasaskan kehendaknya yang sebenar.

Selain daripada itu, sejarah perkembangan hukum Islam juga mesti difahami dan dihayati agar kita dapat melihat dengan jelas bagaimana hukum-hukum Islam berkembang bermula dalam sistem masyarakat yang kecil pada zaman Rasulullah s.a.w. sehinggalah kepada kompleksiti komuniti zaman sekarang. Sejarah tokoh-tokoh silam perlu diketahui dan diselidiki. Boleh dikatakan dalam sejarah tokoh mazhab fikah, tidak ada seorang pun tokoh ini yang bersifat taksub dengan pandangan sendiri. Bahkan mereka ini sentiasa terbuka menerima kritikan dan tidak menjadikan pendapat mereka itu mutlak untuk semua masyarakat. Mereka juga melarang pengikutnya daripada mengikuti pendapat mereka secara membuta tuli tanpa menyelidiki nas daripada teks sumber syariah Islam itu sendiri.

Pemahaman yang baik terhadap syariah akan membuahkan keseimbangan pemikiran serta hanya dengan ini Islam sebagai umat pertengahan dapat dilahirkan. Hanya masyarakat yang berada pada tahap pertengahan dan seimbang sahaja dapat menilai sesuatu kebenaran dan kebatilan dengan cara yang baik. Firman Allah: Dan demikianlah Kami jadikan kamu wahai umat Muhammad satu umat pertengahan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah)… (Al-Baqarah: 143)

Cuba andaikan anda berada dalam sebuah bulatan. Posisi yang terbaik anda melihat semua sisi pada jarak yang sama sudah tentu adalah pada titik tengahnya. Begitulah dalam kehidupan, Islam mahukan umatnya berada dalam posisi terbaik yang bukan sahaja dapat menilai sesuatu dengan seimbang, bahkan mampu mengawal masyarakat seluruhnya andainya mereka berjaya mencapai kedudukan strategik.

Mencari kedudukan yang strategik memerlukan kesungguhan dan komitmen berterusan serta niat yang ikhlas dan suci. Andainya si buta memegang gajah dengan lebih lama, menyentuh semua anggota gajah sebelum berbicara tentangnya, sudah tentu dia dapat gambaran yang lebih baik tentang gajah. Namun andainya kita tidak ada kemampuan untuk mendalami asas-asas Islam, beramallah setakat yang termampu dan lebih baik diam daripada berbicara tentang apa yang kita sendiri tidak faham.

KARAKTERISTIK  ISLAM  DAN  MUSLIM

Islam adalah agama yang memiliki karakteristik yang khusus dan sempurna, karena ia diturunkan dari yang Maha Sempurna. Dan Allah SWT menurunkan Islam semata-mata untuk mengangkat, meninggikan, memuliakan dan menyempurnakan hamba2-Nya, karena ia tidak memiliki kepentingan (vested interest) sedikit pun atas manusia. Oleh karena itu maka seorang yang berinteraksi dengan Islam secara benar maka secara logika ia pastilah akan terbentuk, tercelup dan tersempurnakan (QS 2/138) oleh sistem yang paling sempurna (QS 5/3) yang diturunkan oleh yang Maha Sempurna melalui hambanya yang paling sempurna (QS 68/3-4).

Maka jika kita melihat kondisi kaum muslimin tidak sebagaimana karakteristik yang dipaparkan dibawah ini, maka penyebabnya adalah 1 diantara 2 hal:

Apakah ia adalah seorang yang hanya memiliki pemahaman Islam yang minima dan seadanya sehingga ia tidak mampu menikmati dan menyerap seluruh nilai-nilai Islam itu dengan baik; atau ia adalah seorang yang berprasangka buruk terhadap Islam, menganggapnya sebagai cerita kuno dan identik dengan keterbelakangan sehingga ia tidak mau menyisakan waktunya untuk mempelajari Islam dengan teliti dan sunguh-sungguh.

Untuk kelompok pertama solusinya adalah dengan mempelajari Islam secara teliti dan sungguh-sungguh, bukankah anda telah memilih untuk memeluk agama ini? Maka mengapakah anda menyiksa diri anda dengan keraguan tanpa berusaha untuk memuaskan keraguan fikiran dan jiwa anda terhadap agama yang telah anda pilih ini?!

Dan untuk kelompok kedua, maka dapat dikatakan bahwa anda tidak bersikap objektif dan adil terhadap Islam. Bagaimana anda telah mempelajari ilmu pengetahuan yang anda pelajari saat ini dengan sungguh-sungguh, bertahun-tahun lamanya, dengan membaca berbagai buku dan media, melakukan berbagai percobaan, survei dan eksperimen, mengalami keberhasilan dan kegagalan silih berganti, sampai akhirnya anda berhasil saat ini; sementara sebaliknya terhadap Islam, hanya dengan membaca dan mendengar seadanya tanpa usaha yang keras anda sudah menyimpulkan bahwa Islam identik dengan kebodohan dan keterbelakangan, apakah ini sebuah sikap yang ilmiah dan objektif?!

Adapun karakteristik seorang muslim sebagai dampak dari Islam yang dipelajari, difahami dan diamalkannya dengan benar dan konsisten tersebut antara lain adalah:

1.       Islam adalah agama yang membersihkan penganutnya dari syirik dan Islam paling sesuai dengan fitrah kemanusiaan; maka seorang muslim yang benar seharusnya menjadi seorang yang ikhlas dan lurus fitrahnya (QS 39/2;11;14, 7/172, 30/30).

2.       Islam adalah agama yang sangat sarat dengan nilai-nilai dan aturan; maka seorang muslim seharusnya menjadi seorang yang bermutu dan teratur (QS 43/4, 36/1-2).

3.       Islam adalah agama moralitas dan hukum; maka seorang muslim akan menjadi orang yang bermoral dan bijaksana (QS 4/36;105).

4.       Islam adalah agama kebersihan dan kesucian; maka seorang muslim seharusnya menjadi orang yang bersih fizikalnya serta suci jiwanya (QS 9/108).

5.       Islam adalah agama ilmu dan amal; maka seorang muslim seharusnya menjadi seorang alim yang aktif beramal (QS 47/19, 2/44).

6.       Islam adalah agama Ilmu dan pemikiran; maka seorang muslim haruslah menjadi seorang alim yang pemikir (QS 9/122).

7.       Islam adalah agama amal dan pahala; maka seorang muslim haruslah menjadi seorang aktivis yang senantiasa optimis akan ganjaran Allah SWT atas setiap pekerjaannya.

8.       Islam adalah agama kekuatan dan tanggungjawab; maka seorang muslim seharusnya menjadi orang yang kuat dan dapat dipercaya (QS 28/26).

9.       Islam adalah agama kemuliaan dan kasih-sayang; maka seorang muslim harus menjadi seorang yang mulia tapi penyayang (QS 9/128, 49/10).

10.   Islam adalah agama negara dan ibadah; maka seorang muslim akan menjadi seorang ahli politik yang ahli ibadah (QS 73/20).

11.    Islam merupakan agama senjata dan al-Qur’an; maka seorang muslim akan menjadi seorang mujahid yang rabbani / ahli ibadah (QS 9/111, 3/79).

12.    Islam adalah agama harakah dan peraturan; maka seorang muslim akan menjadi seorang aktivis yang teratur/tidak serabutan dan sembrono (QS 9/38-39, 16/125)

ISLAM  SEBAGAI  SISTEM  YANG  MENGATUR  SELURUH  ASPEK  KEHIDUPAN  MUSLIM

Jika kita membaca dan mempelajari Tafsir al-Qur’an, baik yang dikarang oleh ulama terdahulu (salaf) maupun kontemporer (khalaf), maka akan kita dapatkan definisi cakupan Islam sebagai sistem yang memberi arahan kepada semua aspek kehidupan muslim. Dari masalah yang dianggap remeh seperti mengenai cara berjalan dan berbicara (QS 31/19) sampai dengan masalah besar seperti hukum dan undang-undang (QS 5/48-49) dapat ditemui arahannya di dalam al-Qur’an dan as-sunnah.

Secara lengkap pengarahan Islam dalam al-Qur’an mengenai berbagai aspek kehidupan muslim, dapat disebutkan sebagai berikut:

  • Islam sebagai agama dan ideologi (QS 6/162-164)
  • Islam sebagai sistem yang mengatur akhlaq dan tingkah-laku (QS 17/23-37)
  • Islam sebagai pedoman yang mengarahkan perasaan (QS 57/22-23, 4/104)
  • Islam sebagai pedoman dalam sistem pendidikan (QS 96/1-5, 3/164)
  • Islam sebagai pedoman dalam sistem sosial kemasyarakatan (QS 49/11-13, 24/11-17)
  • Islam sebagai pedoman dalam sistem politik dan kenegaraan (QS 4/59)
  • Islam sebagai pedoman yang mengatur sistem perekonomian (QS 2/3, 59/7, 9/60;103)
  • Islam sebagai pedoman dalam sistem ketenteraan (QS 8/39,60-61)
  • Islam sebagai pedoman dalam sistem hukum dan perundangan (QS 5/50)

 

Bukan sahaja Islam itu mencakupi seluruh ruang zaman mahupun ruang tempat , malah ia juga merupakan kaedah yang siap digubal untuk diikuti sebagai preskripsi yang mujarab untuk merawat segala persoalan manusia dan kehidupannya.

Oleh yang demikian masyarakat yang menghayati Islam secara kaffah tidak mungkin kecundang disisi Allah S.W.T. Yang kecundang ialah mereka yang mahu Islam itu diguna hanya sesuai dengan kecenderungan nafsunya.

 

 

Lantaran itu Islam sebagai suatu sistem dan juga sebagai suatu proses hendaklah dilihat sebagai saling melengkapi. Menjalani proses tarbiyyah Islamiyyah untuk bersedia melaksana sistem Islam yang menyeluruh adalah persis anggota tubuh badan fizikal yang dilatih untuk tunduk sesuai dengan sistem dan fungsi yang telah ditetapkan mengikut perjalanan tubuh yang sihat. Jika anggota badan tidak mengikut sistem yang telah ditetapkan pasti akan porak-peranda dan tidak akan mendapat natijah seorang manusia yang sihat.

Keindahan islam hanya dapat dilihat bila mana ianya berjalan sepenuhnya dalam diri seseorang. Aturannya akan memberi natijah yang dikehendakki tatkala seluruh sistem Islam itu sendiri berjalan selengkapnya.

Oleh kerana itu setiap Muslim perlu memahami setiap aspek Islam yang  sebenarnya saling berkait dan tidak dapat dipisah-pisahkan . Hanya dengan pendekatan itu sahaja Islam dapat menjadi ubat paling mujarab untuk mengubati segala penyakit yang sedang membarah pada tubuh umat sekarang.

Wallahu waliyyu at-Taufiiq…

Mohd Azmi Abdul Hamid                                                                                                                                                               14 Ramadhan 1430H/3 hb September 2009


[1] Tafsir Al-Baghawi, I/240

[2] Tafsir Jallalain, I/41

[3] Tafsir Jallalain, I/41

[4] Tafsir Zaadul Masiir, I/224

[5] Tafsir Ibnu Katsir, I/335

[6] Tafsir At-Thabari, II/335

[7] Tafsir Al-Qurthubi, III/26

[8] Tafsir Al-Baghawi, I/240

[9] Tafsir Fathul Qadir, I/321

6 comments on ““Masuklah ke dalam Islam secara Kaffah”
  1. rosli khalid berkata:

    Salaam,
    Islam amat kukuh…jika kamu rempuhinya maka kamu binasa. Maka berhemahlah.
    WasSalaam.

  2. [...] nuzul ayat ini menurut Imam Al-Baghawi [1] berkaitan dengan masuk Islamnya seorang Ahli Kitab Yahudi Bani Nadhir bernama Abdullah bin Salam [...]

  3. hamba Allah berkata:

    minta izin copy

  4. Mohd Rosli bin Mohd Khalid berkata:

    As Salaam. Memang benar Islam tidak bisa dirempuh pasti binasa kita. Namun segala pernyataan supaya masuk Islam secara Kaffah bukan dapat dicapai dan diamali dengan hanya sekadar menjalani hidup seharian secara sambil lewa. Mana yang rasa susah ditinggal terus. Berapa kerat di antara kita yang masih sanggup untuk menimba ilmu dengan sesungguhnya setelah tammat kuliah dan menjawat jawatan yang dikira cukup amat untuk mewah. Berapa keratkah mahu keluar masuk lperpustakaan untuk terus-terusan menghilangkan dahaga ilmu? Apa yang terfikir dibenak masing-masinga dalah kereta siapa besar, rumah siapa besar dan segaanya mahu besar. Jumud sejumudnya pemikiran yang mengaku Muslim. Baru dihulurkan tamar sudah tidak mampu telan. Bagaimana mahu perkenalkan habbatus sawda’ dan minyak zaitun. Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah. wa Salaam.

  5. Mr.Nunusaku berkata:

    Masuklah agama islam agar kamu menjadi pengikut setan, karena setan telah menciptakan agama islam, sedangkan nabi Muhammad yang sangat muliah sudahn tertanam dalam siksaan kuburan Medinah.

    Oleh sebab itu mereka yang masuk agama islam diwajibkan mendoakan: ‘SYAHLAWAT NABI MUHAMMAD, AGAR DIA DAPAT DISELAMATKAN’. Kenyataannya kan Nabi termnuliah Muhammad bukan berada disish Allah seperti Isa Almasih berada disisi Allah disorga.

    Sedangkan nabin termuliah islam ini berada disisih kuburan Medinah…..oleh sebab setiap mereka yang akan masuk agama islam…agar bertambah banyak dengan tujuan harus berdoa ‘syahlawat nabi muhammad dan keluarga, kiranya pintu akan terbukah bagi Muhammad dan umatnya…?

    Olh sebab perlu menjadi manusia untuk masuk islam, agar kekuatan doa Syahlawat nabi Muhammad dapat didengar oleh Allah SWT…?

    • ibnuazmi99 berkata:

      Hujah saudara mengenai selawat keatas Nabi saw lansung tak dak sandaran nas al-Quran atau Hadis… hujah saudara hanya berdasarkan nafsu dan bisikan syaitan. org Islam berselawat kerana perintah dari Allah swt spt disebut didalam al-Quran : Wahai org2 yang beriman, berselawatlah keatas Nabi …

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 239,555 hits
Kalendar
November 2014
I S R K J S A
« Mac    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 29 other followers

%d bloggers like this: