KEPUTUSAN Pilihan Raya Ke-12 baru-baru
ini mempunyai seribu erti yang perlu
difikirkan dengan sedalam-dalamnya oleh
orang Melayu khususnya. Kita sudah
kehilangan Singapura 43 tahun dahulu,
dan dalam tempoh itu orang-orang Melayu
secara tidak langsung tertindas tanpa
disedari. Tidak ada kuota menteri penuh Melayu,
azan tidak boleh dilaungkan di luar
masjid, bahasa Melayu menjadi bahasa
ketiga, orang Melayu tidak dibenarkan
memegang jawatan tertinggi dalam tentera
dan polis, mereka menuntut Pulau Batu
Putih sebagai milik mereka dan pelbagai
lagi ketuanan bangsa Melayu yang sudah
lenyap di tanah Singapura.
Apabila sudah hilang, tiada harapan lagi
untuk kita mendapatkannya semula.
Saya teringat keluhan kawan isteri saya,
dia bertanya kepada suaminya supaya
mereka berpindah ke Kota Kinabalu supaya
berdekatan dengan orang tua dan keluarga.
Tetapi kekecewaan isteri kawan saya
masih tidak boleh dilupakannya kerana
penindasan yang dialaminya apabila suatu
ketika dulu negeri Sabah diperintah oleh
sebuah parti pembangkang. Pada ketika
itu isteri kawan saya top five keputusan
SPM, maka Kerajaan Negeri Sabah, Yayasan
Sabah, dan Yayasan Tun Fuad menawarkan
biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke
Australia. Sesudah mengisi borang,
tawaran itu ditarik balik dengan alasan
isteri saya orang Melayu dan Islam.
Menurut mereka biasiswa itu hanya untuk
bumiputera Sabah sahaja. Nasib baiklah
Kerajaan Persekutuan ada juga menawarkan
biasiswa kepada isteri saya,
Alhamdulillah isteri saya sekarang ini
berjaya dalam hidupnya dengan memegang
jawatan tinggi dalam kerajaan.
Sebenarnya bukan isteri kawan saya
sahaja, malah ketika itu kita tentu
masih ingat lebih kurang 100 pelajar
Melayu/bumiputera Islam yang sedang
belajar di luar negeri telah juga
ditarik balik biasiswanya oleh Yayasan
Sabah sehingga menyebabkan pengajian
mereka tergendala. Saya percaya dalam tempoh akan datang,
jika orang-orang Melayu tidak juga sedar
bahawa mereka sekarang sudah hilang
kuasa politik, peristiwa yang sama juga
akan berlaku di negeri-negeri yang
dikuasai oleh pembangkang terutamanya
Pulau Pinang, Perak, Selangor, dan Kedah.
Jika kita orang Melayu tidak
berhati-hati dan tidak sedar-sedar juga,
saya yakin Pulau Pinang akan menjadi
Singapura kedua. Bakal Ketua Menteri
Pulau Pinang pun sudah menyebut Pulau
Pinang sebagai Penang sejurus kemenangannya.
Jika kita selami secara mendalam perkara
ini, sebenarnya itulah nasib bangsa
Melayu di Penang pada masa akan datang.
Tidakkah kita belajar pengalaman di
Palestin, bahawa pada tahun 1947 Israel
hanya menduduki kurang 10 peratus tanah
orang- orang Palestin, tetapi pada tahun
2000, 80 peratus tanah orang Palestin
sudah pun dikuasai oleh bangsa Israel.
Di keliling Semenanjung Gaza, dipasang
tembok dan pagar berduri menyebabkan
kebebasan hak asasi umat Islam Palestin
terikat. Elektrik dicatu, hendak solat
Jumaat berdepan dengan muncung senjata
malah keperluan makanan dan pakaian
menjadi amat sukar. Sebab itulah orang-orang Melayu perlu
sedar dan bangun dari tidur dengan
kesilapan memberi undi kepada
pembangkang terutamanya DAP. Mungkin ada
pihak berkata kenyataan ini berbau
perkauman, tetapi kita tidak sedar kain
rentang parti DAP menyatakan “Undi MCA
Bermakna Undi UMNO/Melayu”, atau dalam
akhbar-akhbar berbahasa Cina mereka
menulis “ Undilah calon-calon Cina sahaja”.
Kita orang Melayu terlalu bertolak-ansur
dan terlalu berlembut sehingga
kempen-kempen seperti di atas walaupun
berbau perkauman tetapi tidak ada
tindakan diambil. Apabila kita pula orang Melayu
menyatakan perkara yang sama, kita pula
dituduh sebagai memainkan api perkauman
sedangkan semua itu permainan mereka
untuk menjatuhkan kita orang Melayu.
Apabila mereka memainkan isu hak
ketuanan bangsa Melayu dan umat Islam,
pernahkah mereka memikirkan perasaan
kita umat Islam. Mereka tidak pernah
peduli apa itu OSA, ISA, ataupun Akta
Hasutan sebab itu akhbar mereka bebas
dan berani.Jika benar PKR benar,kenapa
meeka menyokong Israel??????fikir2 kan
la……BETAPA ironisnya peribahasa lama yang
menceritakan tentang kebebalan dan
kedangkalan mentaliti seorang yang
bernama Pak Pandir atau Lebai Malang
dalam kisah persabungan ayam. Ayamnya menang tetapi kampungnya pula
yang tergadai. Begitu juga dengan
peribahasa lama yang menceritakan
tentang kemarahan seorang yang bodoh
sombong kerana marahkan nyamuk… habis
semua kelambunya dibakar.
Begitulah putaran hidup di dunia ini.
Sketsa daripada cerita dan peribahasa
lama banyak membawa dan menterjemahkan
kisah daripada kehidupan sebenar, cuma
kita tidak pernah mahu mengambil iktibar
daripadanya. Yang lebih tragisnya ialah Melayu mudah
lupa wahai saudara-saudaraku umat Islam
dan Melayu, bangkitlah kamu semua
daripada tidurmu yang diulit mimpi-mimpi
yang lama. Bukalah mata kalian, lihatlah
di sekelilingmu betapa selama 50 tahun
ketuanan Melayu telah menjadi teras
pemerintahan tanah warisan Melayu di
Malaysia ini. Kini semuanya telah terhakis sedikit
demi sedikit dan lama-kelamaan akan
hilang terus ditelan oleh kerakusan
tangan-tangan Islam dan Melayu sendiri.
Islam dan Melayu adalah satu golongan
yang menguasai majoriti populasi rakyat
di Malaysia ini tetapi kerana perbezaan
wadah perjuangan politik kita menjadi
berpecah belah. Kita bermusuhan dan
paling tragis lagi kita sanggup
bersekongkol dengan kaum dan penganut
agama lain bagi menjatuhkan saudara
seagama dan sebangsa . Alangkah sedihnya umat Islam dan Melayu
berpecah kepada UMNO, Pas dan PKR.
Pada waktu yang sama kaum lain bersatu
dalam DAP. Dan impak dan natijahnya,
Pulau Pinang, Perak dan Selangor yang
telah jatuh kepada DAP? Mungkin pada
zahirnya kita melihat ketiga-tiga negeri
itu berada di bawah Barisan Alternatif
tetapi pada hakikatnya, DAP yang
menguasai kerusi DUN di ketiga-tiga
negeri tersebut. Dan yang lebih memalukan ada di antara
umat Islam dan Melayu telah sama-sama
membantu DAP untuk menghapuskan sama
sekali suara Melayu di Pulau Pinang.
Dengan memiliki lebih dua pertiga kerusi
di sana, DAP bebas untuk berbuat apa
saja agenda mereka yang terbuku di hati
selama ini. Apa gunanya kita mendabik
dada dengan mengatakan kita menang kalau
kita hanya menang sorak tetapi kampung
tergadai. Jangan pula nanti kita semua terkejut
atau menyesali diri kalau ada
undang-undang yang dilulus atau digubal
untuk mengurangkan bunyi azan di surau
atau masjid di Pulau Pinang. DAP tidak
akan kisah dan mempedulikan nasihat
Majlis atau Jabatan Agama Islam Pulau
Pinang kerana mereka yang memerintah.
Bagi Perak dan Selangor pula, andai kata
PKR dan Pas yang dipilih menjadi Menteri
Besar, hakikatnya tetap sama, DAP
menguasai DUN. Segala kata putus mesti
mendapat endorsement DAP dulu.
Maka jadilah mereka Menteri Besar
boneka, yang tiada bezanya dengan
Mahmood Abas, Hamid Karzai dan Pervez
Musharraf yang menjadi Presiden boneka
Amerika. Akhir kata… wahai
saudara-saudaraku umat Islam dan Melayu,
bangunlah dan fikirkan nasib yang bakal
diharungi oleh anak-anak dan cucu-cucu
kita di kemudian hari. Jangan sampai
mereka menyumpah di kuburan kita kerana
kesilapan yang kita lakukan hari ini.
‘aku sayang Melayu’
saya sangat setuju dengan pandangan encik. saya merasakan BN terlampau angkuh memerintah selepas PRU11 mereka telah mencatatkan kemenangan majoriti yang besar. bagi saya banyak kelemahan yang perlu diperbaiki oleh pucuk pimpinan BN sama memberbaiki atau pun menggantikan pucuk pimpinan yang sedia kepada yang baru.
Bagi saya, umno sudah tidak relevan lagi pada masa kini kerana mereka hanya memperjuangkan hak-hak orang melayu sahaja. saya bukan lah anti melayu atau pun tidak mahu melihat bangsa sendiri di bela tetapi saya tidak bersetuju cara mereka membela nasib orang melayu.
Saya melihat lebih banyak korapsi yang mereka lakukan daripada membela nasib anak-anak melayu sendiri. sebagai contoh, mereka tidak memberi peluang yang cukup untuk anak-anak melayu maju. jika ada peluang pun ia tidaklah seindah yang dikhabar seperti yang mereka canang dalam media. seperti isu mahasiswa yang kesempitan hidup untuk meneruskan pengajian. mahasiswa ataupun pelajar-pelajar IPTA/IPTS tidak diberi peluang yang bebas untuk bersuara dan melontar idea mahupun kritikan kepada senario yang berlaku di tanah air mereka sendiri.
Natijahnya, pemimpin yang akan mewarisi kepimpinan negara adalah pemimpin yang hanya menyambung kerja yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang telah lalu tanpa berani bersuara dan memberikan idea serta kurang proaktif dan inovatif didalam menangani masalah negara yang lebih mencabar di masa akan datang.
seharusnya pemimpin2 UMNO haruslah memperjuangkan hak2 orang Islam yang meliputi berbilang bangsa dan kaum. bukan hanya memperjuangkan hak2 sesuatu kaum sahaja. ini akan membangkitkan semangat asobiah yang sememangnya tidak digemari oleh Islam itu sendiri. Jika perkara ini tidak dipandang serius, saya percaya semangat asobiah ini akan menebal di kalangan kaum2 di malaysia ini.Seterusnya tidak mustahil untuk perkara 13 mei kembali berlaku di masa akan datang.
Memartabatkan Melayu bukan isu perkauman atau proMelayu, tetapi ia merupakan isu negara seperti yang tersurat dalam Perlembagaan. Bahkan kaum pendatang tidak layak pun untuk mentadbir negara ini. Tetapi kerana nak dipuji kononnya Melayu rela berkongsi kuasa maka terimalah kenyataan kini. Lihat saja bahasa Melayu yang kini tidak dipandang pun oleh puak kaum pendatang ini. Mereka bukan nak berterima kasih bahkan memperlekehkan apa saja nilai-nilai yang berbau Melayu. Ini semua bukan sebab lain tetapi kerana pemimpin Melayu sendiri yang lemah akan penguatkuasaannya terhadap citra Perlembagaan itu sendiri. Maka peluang dan ruang yang tersedia tersebut direbut dengan rakus oleh puak kaum pendatang itu. Jika Melayu tidak mahu seperti berlaku pada Singapura maka bolehlah buat lagi.