NAIB CANSELOR MAHU BERTANDING

KOMENTAR TERAS PR12 – siri 1 ( 20 hb Februari 2008)

Sekali lagi kita mendengar ada ahli akademik membayangkan akan menerima pencalonan dalam PR12 jika ia disenaraikan. Kini Naib Canselor UiTM Prof Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah ( laporan BH 20 hb Feb.2008 ) menyatakan beliau sanggup berundur atas nama”demi perjuangan bangsa”.

Kami tidak hairan jika memang ini hasrat yang diperkatakan oleh seorang ahli politik . Namun jika ia sudah menjangkiti kelompok akedemia tinggi dalam sebuah IPT , maka ia menyakinkan kami bahawa kini penyakit ghairah untuk melompat naik melalui politik sudah merebak.

Bagi rakyat memang mendapat seorang wakil rakyat dari seorang ahli akedemik dianggap istemewa , tetapi dengan membayangkan untuk menawar diri dan menyatakan secara terbuka menandakan , keinginan menjadi calon dalam PR adalah sebuah demam yang nampaknya tidak dapat disembunyikan termasuk dari seorang kakitangan awam di institusi pengajian tinggi.

Soalnya TERAS mengesan bahawa keghairahan itu bukan semata-mata untuk ”berkhidmat” namun banyak yang merasa dirinya diterima oleh pimpinan sebuah parti politik yang berkuasa dan tidak semestinya diterima oleh rakyat. Maka menjadi suatu kepelikan pula bagi khalayak ramai bila mana pentadbir IPT ada mengidam untuk turut dalam barisan calon dan berkecimpun dalam politik ”payung terjun”

Kami prihatin terhadap keghairahan yang semakin memuncak untuk melobi menjadi calon yang kini sudah merentas ke dalam dunia akedemik. Sementara terlalu banyak yang telah kita saksikan mengenai politik kampus yang menjejaskan prestasi akedemik dan pencapaian kecemerlangan IPT , tiba-tiba ada pula yang teruja untuk menjadi ahli politik.

Kami menyarankan cukuplah mereka yang terlalu ghairah merebut kerusi Parlimen dan DUN dan kemudian bergelumang pula dalam pertarungan mendapat tempat dalam Majlis Tertinggi parti telah merosakkan orang Melayu. Janganlah hendaknya seorang ahli akedemik pula turut mengheretkan diri dalam kancah pergelutan politik padahal banyak lagi urusan yang belum beres dalam pentadbiran pendidikan tinggi.

Yang aneh kelompok pentadbir yang sering menjadi ” pak hangguk” kepada tuan politik itulah juga yang menghalang dengan bersungguh-sungguh agar tidak ada kakitangan akedemik mahupun pelajar yang terlibat dalam politik. Kini dengan membuat pernyataan terbuka begitu , kejujuran seorang ahli akedemik sudah tidak lagi dapat dipertahankan.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

One response

16 03 2008
umara

Keinginan Prof.Dr. Ibrahim Abu Shah untuk bertanding dalam pilihanraya “demi perjuangan bangsa “adalah suatu pembohongan yang cukup nyata. Dalam sejarah UMNO penuh dengan kebohongan dan kini Prof Ibrahim menampil suatu pembohongan atas nama bangsa. Terus terang sahaja Prof perjuangan anda di UiTM belum mantap .Anda tidak ubah seorang aglojo di UiTM.

Sebenarnya Anda mahu mencari harta yang bertimbun-timbun. Kenapa UiTM tidak ada tersenarai dalam ranking ke 200 buah universiti di dunia. Bagaimana dengan kedudukan mahu menjadikan UiTM bertaraf dunia? Prof jangan lupa itu atau hanya sekadar bertaraf Prof Kangkong.

Tinggalkan komen