MEDIA

PEMBANGUNAN WILAYAH EKONOMI JOHOR SELATAN PERLU

AMBILKIRA PANDANGAN AWAM – 11 SOALAN YANG PERLU DI

JAWAB

TERAS mengambil perhatian berat terhadap pengumuman dan pelancaran Pelan Pembangunan Wilayah Ekonomi Johor Selatan baru-baru ini dimegahkan sebagai rancangan ekonomi berskala mega besar di rantau ini.

Dengan anggaran perbelanjaan RM47 bilion untuk dilaburkan dikatakan ia akan menjana 800,000 pekerjaan dalam tempoh 20 tahun dan mencapai pendapatan per kapita RM115,000 sebagai sasaran tahun 2025.

Sementara pelancaran dan pengumuman penuh gemilang telah diadakan di Johor baru-baru ini , kami tidak dapat mengelakkan dari menelaah proses pembangunan yang bakal dilaksanakan atas nama projek penuh pretij

tersebut.

Meskipun rakyat Johor yang dikatakan bakal menjadi pemanfaat langsung dari projek tersebut , beberapa persoalan asasi perlu juga dipertimbangkan oleh pihak kerjaan negeri dan Persekutuan.

Keghairahan untuk mencapai kegemilangan dalam sesuatu projek berskala mega ini seharusnya tidak mengabaikan kita daripada meneliti bagaimana proses penetapan model dan bentuk pembangunan ditentukan.

Adalah tidak wajar kita menfokuskan perhatian hanya kepada skala dan wilayah pembangunan seluas 2,217 kilometer persegi ini yang akan dilibatkan dalam

pembangunan tersebut tetapi tidak mengambil kira bagaimana keputusan pembangunan itu sendiri dibuat.

Sebagai seorang pemimpin yang mengutamakan ketelusan, maka kami kira wajar sekali Perdana Menteri mengutamakan proses konsultasi dari peringkat bawah diperolehi sebelum projek sebesar ini dilancarkan dan dilaksanakan.

Kami berpendapat adalah tidak tepat dalam era masyarakat global bercakap soal pembangunan yang berasaskan partisipasi aktif dari peringkat bawah

bermula dari konsep sehingga proses perlaksanaan dan penilaian, pandangan dari masyarakat awam terutama dikalangan mereka yang akan menerima kesan langsung dari pembangunan itu tidak diambilkira.

Betapa segala tenaga professional sekalipun digembleng untuk merangka suatu rancangan pembangunan ia tetap akan tidak sempurna jika rakyat tidak diberi ruang untuk memberi pandangan balas semada menerima sepenuhnya projek ini atau sebaliknya.

Ini adalah kerana walaupun pihak kerajaan menjangka pelabur dari konglomerat bertaraf dunia akan dikatakan tertarik untuk datang berlokasi di SJER tersebut ,

kita tentu tidak boleh menjangka kepentingan rakyat tempatan dalam ertikata sepenuhnya akan menjadi keutamaan untuk dijamin oleh syarikat-syarikat

tersebut. Sudah banyak contoh dapat dilihat betapa bila keadaan ekonomi tidak stabil yang pertama akan dilakukan ialah menyelamatkan kepentingan syarikat dan bukan menyelamatkan pekerja apatahlagi pekerja tempatan.

Kesan pertumbuhan ekonomi yang dikatakan akan dimanfaati oleh utamanya rakyat tempatan sering tidak menjadi seperti yang dijangkakan apabila

syarikat-syarikat luar lebih mengutamakan keuntungan daripada memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Malah bila kos pekerja dari luar didapati jauh lebih

murah maka pekerjaan tempatan akan dikesampingkan.

Pihak kerajaan selalunya tidak boleh memaksa syarikat

luar untuk mengambil pekerjaan tempatan sebagai

syarat.

Kita juga perlu bertanya apakah jenis pekerjaan yang

dapat dimanfaat oleh rakyat tempatan. Kita maseh kabur

mengenai jenis pekerjaan yang dikatakan akan terjana

dari SJER ini . Alasan menyediakan pekerjaan adalah

alasan yang lazim diketangahkan oleh model pembangunan

di mana-mana Negara yang tidak semestinya berjaya

seperti yang didakwa. .

Walau apapun , yang akan dilaksanakan mengikut dokumen

Pelan tersebut semestinya perlu memberi kesempatan

untuk masyarakat awam menyalurkan komen atau membantah

jika jelas kepentingan mereka akan terjejas.

Kami khuatir jika projek mega ini akan mula mengambil

tanah-tanah rakyat dan proses pemindahan keluar rakyat

tempatan dari penempatan tradisional mereka akan mula

dilakukan hanya kerana dipaksa memberi laluan kepada

projek-projek SJER . Akibatnya kesan negatif

sosio-ekonomi dan politik tempatan akan pasti berlaku.

Soalnya tatkala pembangunan hanya dirancang dari atas

semata-mata dan tidak ada ruang untuk rakyat

diperingkat bawah memberi pandangan balas , kami

menjangkakan pelbagai isu akan timbul. Antaranya ialah

rakyat biasa akan hanya menjadi peserta pinggiran

dalam proses pembangunan itu. Isu konflik kepentingan

antara kehendak pelabur dan kemahuan rakyat akan juga

tercetus akibat dari pendekatan atas ke bawah ini.

Persoalan yang kami ingin ketengahkan ialah bukankah

semua rancangan pembangunan memperuntukkan

undang-undang bahawa setiap rancangan itu bila sampai

kepada saiz tertentu , maka ia perlu melalui proses

penilaian ke atas impak alam sekitar dan impak ke atas

sosial melalui mendedahkannya terlebih dahulu kepada

masyarakat awam untuk membuat komentar dan bantahan .

Malangnya sehingga pelan tersebut dilancarkan pada 4

November 2006 yang lalu , pihak masyarakat awam tidak

diberi peluang untuk turut meneliti dan memberi komen

terhadap rancangan SJER tersebut padahal ia jelas

memerlukan penelitian awam terlebih dahulu sebelum ia

dilancarkan sebagai syarat seperti yang diperuntukan

dalam Akta Peracangan Bandar dan Desa serta Akta

Kualiti Alam Sekitar..

Kami juga ingin menarik perhatian bahawa projek SJER

yang didakwa akan menjadi pusat pemnbangunan ekonomi

bertaraf dunia di rantau ini bukanlah suatu jaminan

untuk terlindung dari kesan luar jangka ekonomi dunia.

Dengan skala pembangunan sebesar ini dan mensasarkan

pelabur luar untuk berlokasi di kawasan ini , apa yang

berlaku diperingkat dunia akan pasti menjejaskan

projek ini terutama kepada mereka yang akan dipaksa

berpindah.

Ekonomi dunia yang mempengaruhi kuat aliran pelaburan

akan tentunya memberi kesan langsung kepada projek

seperti ini terutama sekali bila berlaku perubahan

iklim ekonomi dunia. Jadi kami khuatir rakyat bawahan

yang bergantung harap kepada ekonomi tradisi mereka

akibat dipaksa keluar dari penempatan mereka akan

akhirnya menjadi mangsa kepada pelabur-pelabur yang

lebih mengutamakan kepentingan sendiri daripada

rakyat tempatan.

Mengenai pengumuman SJER tersebut , TERAS ingin

mengutarakan persoalan-persoalan berikut:

1. Bila 2,217 kilometer persegi ( 2.5 kali ganda saiz

Singapura dan 48 kali ganda saiz Putrajaya) diumumkan

sebagai kawasan pertumbuhan SJER , apakah telah

dikenalpasti beberapa banyakkah tanah dan

perkampungan orang Melayu akan terbabit? Adakah

kawasan penempatan tradisional orang Melayu akan

terjejas akibat pembangunan ini?

2. Apakah pihak kerajaan negeri Johor tidak melalui

proses perbahasan diperingkat Dewan Undangan Negeri

untuk memutuskan penyerahan pembangunan tersebut

kepada kerajaan Persekutuan di bawah Khazanah Nasional

Bhd.? Apakah sudah dilakukan kajian terperinci

implikasi penyerahan kuasa pembangunan tersebut dan

didedahkan kepada semua wakil rakyat dan masyarakat

awam untuk diteliti?

3. Bila kawasan perkampungan rakyat akan diambil alih

, apakah kajian impak sosio-ekonomi telah dijalankan

dan jika ada kenapa ia tidak didedahkan kepada awam?.

4. Diumumkan pelaburan awal RM17 bilion telah

diluluskan. Bila sebahgian peruntukan ini diumumkan

akan diambil dari tabung KWSP apakah analisa

kos-keuntungan (cost-benefit analysis) telah dilakukan

untuk menilai daya maju projek ini ? Apakah jaminan

bahawa pelaburan dari KWSP dalam projek ini tidak akan

rugi?

5. Diumumkan bahawa SJER akan menjana 800,000

pekerjaan. Apakah pecahan jenis pekerjaan yang dapat

diujudkan? Bagaimanakan angka ini dikira? Apakah

mekanisme diujudkan untuk menjamin syarikat luar tidak

akan mengambil pekerja luar padahal mereka akan lebih

mementingkan kos tenaga yang murah yang boleh dibawa

dari Negara lain?

.

6. SJER dikatakan akan menjadi pusat dunia kepada

perdagangan , pelaburan , rekreasi dan aktiviti

budaya. Apakah kajian mengenai kesan sosio-budaya

telah dilakukan?Dengan pengalaman pahit dari

pengeluaran FDI (pelaburan langsung asing) pada tahun

1997 apakah jaminan pelabur tidak akan berpindah ke

Negara-negara lain yang lebih menawarkan kos yang

lebih murah.?

7. Dikatakan pendapatan per kapita akan meningkat

kepada RM115,000 menjelang 2025. Apakah asas pengiraan

untuk mendapat angka ini? Adakah ini benar-benar

mengambarkan pengagihan kekayaan yang tepat terutama

kepada golongan bawahan?Bila banyak tanah pertanian

akan diambil yang melibatkan mata pencarian petani ,

pekebun dan nelayan , apakah pendapatan per kapita ini

boleh dicapai untuk kelompok ini?

8. Kenapakah tidak berlaku semakan awam (public

inquiry) dalam proses memutuskan perlaksanaan projek

mega ini untuk menilai impak alam sekitar dan impak

sosial? Bagaiamanakah proses EIA seperti yang

diperuntukan oleh Akta Kualiti Alam Sekitar maseh

belum diketengahkan sedangkan pengumuman yang

dilancarkan sudah menetapkan semua komponen projek

dalam SJER? Apakah SJER mengambilkira Pelan Struktur

Tempatan beberapa daerah yang terlibat?

9. Bagaimanakah komposisi penduduk akan dijamin oleh

kerajaan semua masyarakat Melayu tidak akhirnya

menjadi masyarakat terpinggir dan menjejaskan

kedudukan politik bangsa Melayu? Apakah kajian kesan

politik telah dibuat oleh pihak yang merancang SJER?

10. Sejauhmanakah ekuiti kaum bumiputera terutama

dikalangan masyarakat bawahan akan dijamin oleh pihak

kerajaan dalam SJER? Dengan dasar pasaran liberal yang

pasti akan dijadikan asas pertumbuhan ekonomi SJER

untuk memudahkan syarikat luar masuk ke wilayah

pertumbuhan ekonomi tersebut , adakah kerajaan

mengambilkira kuasa milik kaum bumiputera terhadap

asset seperti perumahan , premis perniagaan , pusat

rekreasi , kawasan perkilangan , premis pendidikan

akan mampu di kuasai oleh mereka.?

11. Apakah unjuran ekonomi dunia dan rantau serta

asas-asas unjuran tersebut yang diguna oleh kerajaan

untuk menilai daya maju SJER? Apakah elemen risiko

yang telah dikenalpasti oleh pihak kerajaan semada

dari dalam , rantau mahupun antarabangsa untuk

memastikan kamapanan (sustainability) pembangunan

wilayah ini.?

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS Pengupayaan Melayu

3 gerakbalas-gerakbalas

16 03 2008
umara

Assalamu’alaikum Cikgu Azmi.

Seronoknya tentang Cikgu Mi,dia pandai bercakap tapi tak mampu menyelesaikan masalah.Perjuangan Cikgu Mi nampak hebat di luar!.Secara ikhlas saya minta tolonglah tengok anak-anak buah yang tak makan pagi,wang saku ada waktunya kekeringan dan kantong Cikgu Mi sentiasa berisi.Kuman di seberang nampak tapi gajah didepan mata sudah jadi “Kasim Selamat”.Tolong dan bantulah mereka.Amin

31 08 2008
abujihadfisabilillah

Kasih sayang ALLAH

Kita sering mahukan hari yang cerah,
Namun, ALLAH lebih mengetahui,
Hakikatnya hujan perlu diturunkan.

Kita sering inginkan keseronokan,
Jauh sekali kesusahan,
Namun, ALLAH lebih mengetahui,
Kesusahan itulah yang mengajar erti kehidupan.

Kita sering inginkan ketenangan,
Hakikatnya diri ini penuh dicemari,
Dosa dan kejahatan,
Namun,manusia tidak dapat lari daripada kesilapan.

Semua itu bukanlah suatu hukuman,
Namun, sebagai tanda kasih dan saynag-NYA,
Agar kita lebih beriman dan bertawakal kepada-NYA.

Nukilan; FUAD(abu), kamar KTP,UPM.
15.02.08

16 11 2008
Ummu Siddiqi

Assalamualaikum…

Cikgu Mi yang saya kenali merupakan seorang yang mempunyai banyak idea-idea relevan yang mampu diketengahkan untuk kesejahteraan ummah.Sejak di kampus hinggalah kini beliau aktif berjuang terutama berkaitan hak-hak kemanusiaan.

Apa yang ingin saya katakan, kita tidak mampu bergerak jauh kerana kekurangan tenaga muda yang memahami hakikat perjuangan ummah dan jika ada yang berkesedaranpun akan kecundang di tengah jalan. Hal ini mungkin disebabkan kurang “tarbiyyahan” dan kekangan-kekangan lain. Apa kata dilakukan soal selidik bagi setiap program yang telah dijalankan secara terperinci dan mengambil tindak buat yang berkesan.

Saya doakan Cikgu Mie akan terus diberi Allah SWT Kekuatan dan kesihatan untuk meneruskan perjuangan memperkasa ummah. Benarlah “End Result” Allah SWT yang tentukan tetapi berjuang tetap berjuang………

Tinggalkan komen