Daripada sejumlah 4.1273 juta tenaga kerja bumiputera, hanya 2.3% dalam kumpulan pentadbiran dan pengurusan dan 12.4% dalam kumpulan perofesional dan teknikal. Yang besarnya ialah dalam kumpulan pekerja pengeluaran (29.1%), pekerja pertanian (23.9%), perkerja perkhidmatan (12.4%) dan perkeranian (12.2%). Ini diperkuatkan lagi oleh perangkaan golongan profesional bumiputera yang berdaftar (akauntan, arkitek, doktor, doktor gigi, doktor haiwan, jurutera, juruukur dan peguam) yang masih kecil (lihat Jadual 6) iaitu sekitar 33% berbanding 67% bangsa-bangsa lain (yang mana Cina 52.4%).
Agihan Kekayaan
Menggunakan “ownership of share capital at par value of limited companies” sebagai pengukur, kekayaan negara milik bumiputera masih kecil, hanya sebanyak 19% (lihat jadual 7) milik individu dan institusi bumiputera dan 2% lagi milik agensi amanah. Milik bukan bumiputera ialah 43%. Ini memperlihatkan jurang masih besar dalam agihan kekayaan antara kaum.
Walaupun tidak ada perangkaan, adalah dirasakan jurang perbezaan kekayaan intra-bumiputera adalah lebar kerana dari segi pelaksanaan jelas dapat dilihat bahawa ada tendensi ke arah mewujudkan segolongan “kecil orang kaya bumiputera.”
Ketidakstabilan Ekonomi
Di kemuncak segala ini ialah tanda ketidakstabilan ekonomi. Dengan perubahan struktur ekonomi dari dominan pertanian kepada dominan perindustrian dan dengan mempelbagaikan barangan eksport, diharapkan keterdedahan ekonomi kepada turun-naik harga dan permintaan antarabangsa akan dapat diminimumkan. Ini adalah kerana harga barang industri dikatakan lebih stabil berbanding harga barangan pertanian.
Namun, ini tidak berlaku. Dahulu, ketika ekonomi dikuasai sektor pertanian, ekonomi negara amat terdedah kepada turun-naik harga pertanian yang begitu ganas sehingga Malaysia mendapati sukar untuk mengemudi dan mengurus ekonominya sendiri. Kini, setelah ekonomi dikuasai sektor perindustrian, keadaan masih tetap tidak berubah ekonomi negara masih terdedah kepada keganasan turun-naik harga dan permintaan antarabangsa.
Misalnya, berlaku ketidakseimbangan dalam akaun luar negara dengan defisit perkhidmatan yang kronik. Krisis matawang dan pasaran saham yang melanda yang mana telah menjerumuskan ekonomi ke kancah kegwatan ekonomi yang paling teruk dalam sejarah negara adalah bukti yang menunjukkan asas ekonomi kita masih rapuh.
Adalah dijangkakan prestasi dasar agihan mungkin terjejas oleh kegawatan ekonomi. Lagipun, memandangkan usaha hari ini dan dalam tempoh 2-3 tahun yang akan datang akan ditumpukan kepada pemulihan ekonomi, tanda-tanda sudah kelihatan bahawa polisi agihan akan dikesampingkan
Jadual 3: Purata Pendapatan Kasar Bulanan Isirumah Mengikut Etnik, 1995
| RM | RM | ||
| Purata (Nasional | 2,008 | ||
| Melebihi Purata Nasional
*Cina *India |
2,890
2,140 |
Dibawah Purata Nasional
*Bumiputera *Lain-lain |
1,604
1,284 |
| Purata Bandar | 2,593 | ||
| Melebihi Purata Bandar | Di bawah Purata Bandar | ||
| *Cina | 3,147 | *India
*Bumiputera *Lain-lain etnik |
2,429
2,159 1,615 |
| Purata Luar Bandar | 1,307 | ||
| Melebihi Purata Luar Bandar
*Cina *India |
2,018
1,488 |
Dibawah Purata Luar Bandar
*Bumiputera *Lain-lain |
1,189
1,066 |
Jadual 4: Purata Pendapatan Kasar Bulanan Mengikut Negeri-negeri, 1995
| Negeri Melebihi Purata Nasional | RM | Purata Nasional (RM) | Negeri Di bawah Purata Nasional | RM |
| W.P/ Kuala Lumpur
Selangor Pulau Pinang Johor |
3.371
3,162 2,225 2,138 |
2020 | Sarawak
Melaka Negeri Sembilan Sabah Pahang Perak Kedah Perlis Terengganu Kelantan |
1,886
1,843 1,767 1,647 1,436 1,436 1,295 1,158 1,117 1,091 |
Jadual 5: Gunatenaga Mengikut Sektor dan Kumpulan Etnik, 1995
| Melayu | Cina | India | Lain-lain | Jumlah | |
| (%) | |||||
| Pertanian | 60.1 | 11.7 | 6.0 | 22.2 | 100 |
| Perlombongan dan Kuari | 57.5 | 22.0 | 10.5 | 10.0 | 100 |
| Perkilangan | 49.8 | 30.4 | 11.2 | 8.6 | 100 |
| Pembinaan | 33.4 | 41.1 | 4.7 | 16.8 | 100 |
| Pembinaan | 33.4 | 41.1 | 4.7 | 16.8 | 100 |
| Elektrik, Gas, Air | 72.1 | 10.4 | 11.1 | 6.4 | 100 |
| Pengangkutan, Penstoran dan Komunikasi | 53.2 | 29.4 | 11.7 | 5.7 | 100 |
| Borong, Runcit, Hotel dan Restoran | 36.5 | 50.0 | 6.1 | 7.4 | 100 |
| Kewangan, Insurasns, H/tanah & Perkh. P’gaan | 45.1 | 42.3 | 9.3 | 3.3 | 100 |
| Lain-lain Perkhidmatan | 64.4 | 21.4 | 6.8 | 7.4 | 100 |
Jadual 6: Profesional Berdaftar Mengikut Kumpulan Etnik, 1995
| Bumiputera | Bukan Bumiputera | Jumlah | |
| (%) | |||
| Akauntan
Arkitek Doktor Doktor Gigi Pakar Bedah Veterina Jurutera Juruukur |
16.1
27.1 33.4 30.9 40.2 38.1 48.3 |
83.9
72.9 66.6 69.1 59.8 61.9 51.7 |
100
100 100 100 100 100 100 |
| Jumlah | 33.1 | 66.9 | 100 |
Jadual 7: Milikan Modal Saham dan Syarikat Berhad, 1995
| RM Bil | % | |
| Bumiputera
-Individual dan Institusi -Agensi Amanah Bukan Bumiputera Milik Asing Syarikat Nomini |
37.0
33.4 3.6 78.0 48.8 15.0 |
20.6
18.6 2.0 43.4 27.7 8.3 |
| Jumlah | 179.8 | 100 |
sir its a very good and usefull website.sir if can try to add the details for state by state.for an example negeri sarawak ,there are many ethnics.you can give their monthly income,their pfofession according to their ethnics and so on .if u give us more details we really feel so happy.thank you sir.