KITA AKAN MENGHADAPI KRISIS MAKANAN YANG SERIUS


26 hb September 2007

Kenaikan harga yang kini sedang hangat dibicarakan bukan suatu yang mengejutkan. Hampir saban tahun dan saban perayaan fenomena ini akan menjadi topik panas. Bermula dengan pengumuman pihak berkuasa bahawa bekalan pelbagai barangan perlu adalah mencukupi sehingga berita-berita disana-sini mengenai harga barang naik dan bekalan tidak mencukupi.

Akan tetapi persoalan ini seharusnya dilihat dari dimensi yang lebih global dan menyeluruh. Ini adalah kerana ada suatu fenomena baru yang sedang berlaku diseluruh dunia dan belum dilihat mempunyai implikasi kepada punca kenaikan harga makananan masakini.

Sejak keghairahan pelbagai negara mencari sumber tenaga alternatif terutama berkaitan dengan minyak untuk kenderaan , kini sumber tenagabio (biofuel) menjadi keghairahan baru.Lantaran itu negara-negara maju dan membangun sekarang sudah melihat tanaman-tanaman seperti jagung ( yang merupakan antara bekalan makanan asas dunia yang penting ) yang boleh menghasilkan ethanol ( iaitu bahan bakar untuk kenderaan) tiba-tiba melonjak permintaannya.

Sementara ini membawa berita gembira kepada petani terutama peladang dan syarikat pertaniaan yang mempunyai ladang puluhan ribu hektar ,Namur disebaliknya ia adalah berita amaran buat golongan yang miskin. Harga bahan makanan akan melonjak naik

berlipat kali ganda dan golongan bawahan akan menghadapi keadaan yang sangat sukar akibat tidak mampu membeli makanan asas untuk melanjutkan hidup.

Di peringkat global sudah menunjukkan tanda anjakan besar sedang berlaku. Kini pengeluaran untuk makanan bukan lagi menjadi utama tetapi mencari tanaman yang

boleh mengisi tong minyak bagi menggerakkan sekitar 800 juta pemandu adalah jauh lebih utama. Dalam ertikata lain memberi makanan kepada kenderaan adalah

lebih utama dari memberi makanan kepada manusia.

Akibatnya Program Makanan Sedunia yang kini sedang mengisi perut sekitar 90 juta orang miskin diseluruh dunia kini akan terjejas . Pengarah program ini menyatakan kini sudah terdapat 850 juta orang yang tidak mempunyai makanan berzat.

Sementara keghairahan kebanyakan negara adalah merunsingkan diri dengan kenaikan harga minyak yang kini sudah meningkat kepada 80 USD , terdapat 2 bilion

orang penduduk bumi ini berada dalam keadaan yang miskin dan tidak cukup makanan.

Soalnya sekarang fenomena kenaikan harga bahan mentah termasuk tanaman makanan seperti jagung dan minyak kelapa sawit mula mengalir untuk ditukarkan kepada

biofuel untuk kenderaan dan bukan kepada pengeluaran makanan.

Implikasi global dalam hal ini adalah sangat mengerikan. Pertama pertanian sudah tidak lagi menjadi sektor pembekal makanan malah telah menjadi sektor pembekal tenaga kepada industri kereta . Kedua kesan kepada alam sekitar akan menjadi parah akibat tanah semakin diguna untuk memperluaskan pengeluar tanaman untuk tenagabio.

Ditambah dengan fenomena Pemanasan Global serta Perubahan Cuaca , jangkaan bahawa sektor pertanian akan terjejas teruk bila hasil tanaman untuk makanan

akan menurun dengan drastik akan menjadi realiti. Ketiga ,dengan ujudnya anjakan keutamaan dari makanan kepada automobil , kita akan menghadapi krisis makanan

yang amat parah.

Di India krisis makanan ini sudah sangat terasa. Semua harga makanan dari beras , bawang , rempah-ratus , gandum , minyak masak sedang melonjak naik. Pihak

kerajaan dikatakan sudah melakukan segalanya termasuk menghentikan eskport makanan dan menambah subsidi akan tetapi kenaikan barangan makanan tidak dapat dibenteras. Kegelisahan dan protes rakyat kian kedengaran.

Dengan yang demikian krisis ini bukan lagi harus dilihat hanya dari sudut peruncit sedang mengaut keuntungan melampau dan mengambil kesempatan musim perayaan tetapi kita harus juga melihat dari perpsektif yang lebih luas iaitu soal Keselamatan

Makanan (Food Security) . Jika kecenderungan sekarang diteruskan , negara kita akan menghadapi keadaan kesuntukan bekalan makanan dan sebagai akibatnya pergantungan kita kepada negara luar akan meningkat. Ini akan benar-benar menjadi realiti jika suatu polisi sekuriti makanan nesional tidak segera digubal.

TERAS mencadangkan agar pihak pemerintah meneliti dengan cermat tren dunia sekarang.Hakikat bahawa dunia sedang melalui model pembangunan yang tidak mapan ,

akan akhirnya memaksa kita untuk berfikir semula mengenai keghairahan kita untuk mengikut rentak dunia atas nama persaingan.Kami mengharapkan kita kembali memberi keutamaan kepada menjamin keselamatan makanan untuk rakyat dari terlalu mengejar

persaingan untuk mencapai angka pertumbuhan ekonomi yang tinggi.

Semua indikator alam dan ekonomi dunia menunjukkan krisis sumber alam yang semakin meruncing akan tidak mampu diatasi dengan teknologi biar secanggih manapun. Pokoknya kita perlu kembali kepada konsep yang asasi iaitu kesejahteraan rakyat hendaklah dicapai melalui pembangunan yang seimbang . Langkah praktikal seperti

memberi silang subsidi dari minyak kepada makanan hendaklah dilaksanakan.

Sementara dana petroleum kita perlu dirasionalkan penggunaannya ke arah memperkukuhkan keperluan asasi rakyat seperti pengangkutan awam , perumahan , makanan, pendidikan dan kesihatan , TERAS juga mengesa supaya kerajaan mengamalkan budaya berjimat dan bersederhana sebagai suatu dasar yang istiqamah.

Kami berpendapat bahawa Malaysia menghadapi masalah pembaziran dan sistem penyelengaraan yang masih sangat lemah. Tidak sedikit pembaziran makanan dalam pelbagai acara dapat dilihat di hotel-hotel dan pusat-pusat persidangan termasuk dalam mesyuarat-mesyuarat kerajaan. Ditambah lagi bukan sedikit bangunan kerajaan yang terbiar dan tidak terurus yang semuanya itu adalah pembaziran sumber yang sangat menyakitkan mata.

Bermula dari kerajaan , budaya kembali kepada kesederhanaan hendaklah diperlihatkan secara nyata, barulah rakyat dapat mengikutinya dalam semangat kepimpinan melalui teladan.

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam KENYATAAN MEDIA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,991 hits
Kalendar
Oktober 2007
I S R K J S A
    Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: