INGATAN BPR KEPADA PEJAWAT AWAM WAJAR

3 hb Oktober 2007

TERAS menyambut baik amaran pihak BPR yang mengingatkan pejawat awam agar menghindari dari menerima hadiah seperti hamper dari pihak tertentu sempena perayaan. Ingatan ini sangat wajar memandangkan masyarakat sedang memberi perhatian yang
serius terhadap imej kakitangan awam yang berkaitan dengan rasuah dan salahguna kuasa dan kedudukan.

Cukuplah Laporan Audit Negara baru-baru ini yang jelas telah menimbulkan persoalan dan pertanyaan dari pihak awam bagaimana banyak perbelanjaan kementerian dan
jabatan tertentu yang tidak mengikut peraturan kewangan yang ditetapkan.

Imej kakitangan awam sangat memberi kesan kepada imej kerajaan sendiri yang diberi mandat oleh rakyat untuk memastikan penjawat kerajaan yang dilantik tidak menyalahguna kedudukan masing-masing.

Sementara sistem penyampaian menjadi perhatian berat Perdana Menteri setiap kali berhadapan dengan kakitangan awam , soal perkhidmatan yang bersih dari unsur sogokan dan rasuah yang boleh membuka peluang yang luas untuk terus melakukan sesuatu yang menyalahi Peraturan-peraturan Kakitangan Awam ( Kelakuan dan Tatertib) 1993 sepatutnya diterima baik oleh semua pihak.

TERAS berpendapat bahawa usaha yang bersungguh hendaklah dilancarkan oleh semua pihak agar jangan memandang rendah kepada isu sogokan kepada penjawat awam .

Kini Malaysia hanya dilihat membaik kedudukannya dari ukuran Transperancy International hanya satu mata. Ini sudah tentu tidak meberi gambaran yang terlalu
membanggakan kerana kita maseh memnanggung imej yang tidak begitu selesa dari segi amalan rasuah.

Semua penjawat awam harus mengerti terhadap implikasi mereka yang ingin mengambil kesempatan dengan segala hadiah yang dihulurkan. Betapapun dianggap ia pemberian yang ikhlas ia tetap akan memancing habuan dimasa depan untuk kemudiannya memerangkap pegawai yang berkenaan untuk membalas budi pihak yang berkenaan.

Oleh itu sangat wajar ingatan itu dikeluarkan bukan sahaja dari sudut etika semata-mata malah kerana sudah ada peraturan yang jelas yang perlu dipatuhi oleh semua kakiatangan awam.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS
F1014A Kg.Pondok , 8400 Merbok Kedah
KP 580903115209
tel 0194744856

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam KENYATAAN MEDIA, Kerajaan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 323,883 hits
Kalendar
Oktober 2007
M T W T F S S
    Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: