KEGIATAN PERJUDIAN PADANG LUMBA KUDA PENANG PERLU DITUTUP TERUS.

TERAS merujuk kepada rancangan Penang Turf Club (Padang Lumba Kuda Penang) yang dicadang akan dipindahkan ke Batu Kawan Seberang Perai sebagai ganti kepada PTC yang telah di beli dengan harga RM500 juta untuk membangunkan Penang Global City Center (PGCC).

TERAS berpendirian aktiviti perjudian lumba kuda sejak 1930an itu lagi adalah tidak perlu dan sepatutnya jangan diwujudkan lagi.

Mengikut maklumat yang diterima , pembelian tanah PTC seluas 260 ekar itu pada 2002 oleh Abad Naluri iaitu sebuah syarikat yang berkait dengan Equine Capital yang ada hubungan dengan Datuk Patrick Lim adalah dianggar bernilai RM43 kaki persegi.

Kini setelah kawasan PTC itu dizon semula oleh kerajaan negeri yang disempurnakan pada 2007 untuk dijadikan pembangunan bercampur , nilai tanah seluas 260 ekar itu melonjak kepada RM300 kaki persegi. Ini bermakna pelaburan syarikat Abad Naluri itu meningkat nilainya sebanyak 7 kali ganda dalam hanya tempoh 5 tahun.

Dalam tahun 1930an tanah di kawasan PTC itu telah diwartakan sebagai kawasan hijau dan untuk rekreasi semata-mata.

Mengikut maklumat yang sedia ada pihak PTC telah membeli seluas 300 ekar tanah dari Perbadanan Pembangunan Penang (PDC) di Batu Kawan untuk membina padang lumba kuda yang baru dan yang lebih baik.

Sementara TERAS mengesa projek PGCC bernilai RM25 bilion dalam tempoh 15 tahun itu dinilai semula , kami membantah keras industri perjudian lumba kuda itu dipindahkan ke Batu Kawan. Malah kami membantah aktiviti lumba kuda bersifat judi itu terus diwujudkan.

Jika benar kerajaan melaungkan agar negara ini membangun berlandaskan akhlaq yang sihat yang ingin dipupuk dikalangan rakyat , apa perlu aktiviti

perjudian yang jelas bertentangan dengan nilai yang sihat hendak dilanjutkan.

TERAS kesal dengan tindakan pihak kerajaan yang tidak peka dengan bantahan rakyat dalam projek seperti ini yang jelas menguntungkan segelintir orang tertentu atas nama meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

Persoalan TERAS , siapa yang sebenarnya mendapat manfaat dari projek sebegini? Apakah ini yang sebenarnya dimahukan oleh majoriti rakyat dinegara

ini?

Sudah terlalu banyak contoh yang dapat ditunjukkan betapa projek industri judi telah mengaut keuntungan yang luar biasa sehingga tidak masuk akal.

TERAS mendapati gaji seorang CEO sebuah syarikat judi dinegara ini telah melonjak kepada RM92 juta setahun iaitu RM 7.7 juta sebulan dan kira-kira RM253,000 sehari seperti yang dilaporkan oleh majalah Malaysian Bussiness baru-baru ini! Ini tidak termasuk segala aset dan pulangan pelbagai dividen yang beliau perolehi dari syarikat yang lain.

Sementara itu pula pemimpin-pemimpin negara sibuk menghulurkan derma kepada fakir miskin yang dipaparkan oleh media untuk mendapati publisiti, seolah-olah tangungjawab mereka telah disempurnakan untuk golongan

bawahan ini.

Inikah masyarakat Islam Hadhari yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri yang dikehendakki.? Apakah “kebenaran” ini yang mahu didengar secara terbuka oleh PM ?

TERAS mengesa agar pihak kerajaan mempertimbangkan semula projek-projek berskala mega ini dan kembali merancang dengan lebih sederhana dan memberi keutamaan kepada keperluan asasi rakyat yang maseh ramai memerlukan kemudahan asasi seperti rumah mampu beli.

Ekonomi yang pelbagai tetapi lebih merata pembahgiaannya adalah lebih utama dan disenangi rakyat.

Mencari jalan untuk mengatasi persoalan kos hidup yang melonjak naik sepatutnya juga menjadi agenda utama yang perlu diberi tumpuan.

Risiko projek multi bilion yang akhirnya hanya akan dini’mati segelintir golontan elit dijangka bukan sahaja memberi kesan limpahan yang kononnya dikatakan

positif , malah juga boleh mendatangkan limpahan negatif iaitu ketidakmampuan golongan bawahan menghadapi kos hidup yang tidak terkawal.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam KENYATAAN MEDIA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,558 hits
Kalendar
Oktober 2007
I S R K J S A
    Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: