TERAS terpanggil untuk memberi komen terhadap projek mega bernilai puluhan bilion ringgit termasuk PGCC yang dikatakan akan memberi kesan pertumbuhan ekonomi yang positif kepada rakyat Penang. Soalnya rakyat yang mana?
Diawal lagi kerajaan seperti dalam banyak projek mega yang diumumkan tidak melalui proses rundingan dengan rakyat untuk mendapat maklumbalas. Inilah yang sering dilakukan oleh kerajaan yang ghairah dengan projek mega bilamana rakyat hanya dilihat sebagai objek dan penerima pasif dari apa sahaja yang dirancang.
Nampaknya kerajaan sudah muktamad dalm keputusannya untuk melaksanakan projek-prjoek koridor yang banyak ditentukan oleh konglomerat gergasi tanpa sebarang penyertaan awam untuk memberi pandangan.
TERAS menilai kaedah autokratik kerajaan dalam membuat keputusan yang melibatkan juga perbelanjaan dari wang awam sebagai suatu pendekatan yang meminggiran rakyat dan bernuansa tidak mesra rakyat.
Nampaknya nasib rakyat hanya layak ditentukan oleh syarikat gergasi bermodal besar tidak kira dari dalam atau dari luar negara.
TERAS hairan kenapa kerajaan sedemikian ghairah dengan kecenderungan untuk mengujudkan projek mega padahal risiko awam ,kos sosial serta kesan alam sekitar adalah sangat tinggi.
Nampaknya kerajaan hanya mendengar suara syarikat lebih dari suara rakyat sehingga pertimbangan semada rakyat kecil akan terpinggir dari proses pembangunan menjadi faktor yang minima untuk diteliti.
Risiko pembangunan berskala mega ini diumum dan dilulus dalam keadaan luar prosedur biasa dan dalam kepantasan yang luar biasa juga.
Apakah rasional , kenapa ia perlu berskala demikian , untuk apa dan manfaat siapa sebenarnya projek ini , tidak dihiraukan.
Sementara rakyat tidak berhak bertanya jauh sekali untuk mengkritik , kerajaan nampaknya tidak memberi ruang untuk konsultasi penuh dengan pelbagai pihak
termasuk agensi tertentu dalam kerajaan sendiri .
TERAS dengan ini diperingkat analisis awal tidak melihat rasional kepada projek PGCC kerana keupayaan pulau ini untuk menerima muatan yang lebih dari
kapasiti yang sedia ada sepatutnya dipertimbangkan oleh pihak kerajaan.
Sangat sempit pemikiran kerajaan negeri untuk hanya mahu bersaing dengan KLCC , lantaran itu terus menerima PGCC sebagai simbol kebanggaan negeri.
Lihat sahaja apa yang sudah berlaku kepada Komtar yang kini sudah menunjukkan tanda kegersangan peniaga kerana tidak lagi menjadi pusat kunjungan. Padahal Komtar dulu dikatakan sebagai penarik dan mercu tanda
pembangunan Pulau Pinang.
TERAS memberi perhatian lebih berat kepada kesan projek mega ini kepada kaum Melayu yang sudah sedia terpinggir. Setakat ini tiada sebarang isyarat
terhadap penyertaan kaum bumiputera kerana mereka dilihat tidak mampu menyertai projek sebesar ini.
Kini kependudukan kaum Melayu sudah banyak terhakis di pulau ini.Dengan melaksanakan projek PGCC yang akan dikendali oleh syarikat besar penempatan Melayu yang sedia ada akan menjadi tanda tanya.
TERAS kesal dengan keghairahan berlebihan pemimpin negara untuk melaksanakan projek berskala besar ini , tidak pula melihat apakah kesannya kepada orang Melayu yang terus menjadi penumpang kepada proses pembangunan yang tidak memberi ruuang untuk rakyat Melayu
bersuara.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS
Tinggalkan Jawapan