SERANGAN TENTERA PAKISTAN KE ATAS RAKYAT PERLU DIKUTUK

Kenyataan Media
12 hb Oktober 2007

TERAS mengutuk dengan keras operasi tentera kerajaan
Pakistan baru-baru ini yang telah melancarkan operasi
mengebom 3 hari berturut-turut suatu perkampungan di
Amir Ali yang telah mengakibatkan 250 orang terbunuh
sebahagian besar dilaporkan dikalangan wanita dan
kanak-kanak . 

Sementara itu puluhan rumah penduduk dilaporkan musnah
yang mengakibatkan 50,000 orang terpaksa melarikan
diri dari perkampungan tersebut.

Operasi tentera yang dilancarkan diwaktu bulan
Ramadhan yang mulia ini adalah suatu perbuatan paling
biadab dan kejam terutama yang dilakukan oleh sebuah
kerajaan negara umat Islam ke atas orang Islam
sendiri.

Presiden Musharraf mesti dipertanggungjawab sepenuhnya
 terhadap serangan ini .

Sesungguhnya perbuatan kejam ini adalah  sama hina
dengan  apa yang dilakukan oleh tentera Zionis Israel.

TERAS mengingatkan bahawa Presiden Musharraf turut
bertanggungjawab terhadap terbunuhnya lebih 100 orang
yang dibunuh di Masjid Merah di Karachi Julai yang
lalu.

Sangat jelas Pakistan benar-benar berada dibawah
telunjuk Amerika yang mahu Musharraf bertindak memburu
pengikut Osama Ben Ladin.

TERAS mendesak supaya seluruh umat Islam bangkit
mengutuk perbuatan kejam ini. Umat Islam nampaknya
tidak harus bergantung kepada OIC lagi dan seluruh
kepimpinan organisasi OIC kerana telah gagal menangani
masalah umat Islam khususnya berkaitan dengan soal
Palestin. Sehingga ini tidak apa-apa bantahan dan
tindakan dari OIC mengenai tragedi yang berlaku di
Pakistan ini.

Ketika mana umat Islam sedang bersiap merayakan Eid
Fitri , perbuatan kejam Musharraf tidak harus
dibiarkan begitu sahaja. Mesej keras membantah
perbuatan beliau mesti diledakkan diseluruh dunia.

TERAS mendesak perbuatan tentera Pakistan itu mestilah
dihentikan sertamerta dan mangsa yang terbunuh dan
mengalami penderitaan akibat operasi itu hendaklah
dibayar pampasan secukupnya.

TERAS menyeru umat Islam Malaysia supaya turut
menyuarakan bantahan keras melalui khutbah sempena
Eidil Fitri ini. Sesungguhnya kegembiraan umat dikala
berhari raya mesti diiringi dengan penyuaran tegas dan
keras terhadap sebarang kezaliman yang dilakukan oleh
mana-mana kuasa dan diktator yang kerkuasa di dunia
sekarang keatas rakyat yang lemah.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS 
Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam KENYATAAN MEDIA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 342,639 hits
Kalendar
Oktober 2007
I S R K J S A
    Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: