KEMALANGAN JALANRAYA DAN PENYELESAIAN YANG LOGIK

Berita hari ini terus mencatat kematian yang menambah
lagi statistik kemalangan maut dari ops 13.

Dari kenyataan media sehingga tindakan oleh pihak
berkuasa dan ditambah pesanan iklan memesan agar semua
berhati-hati dijalanraya.

Akan tetapi nampaknya kita dapati maseh ada yang tidak
mahu mengendahkan nasihat dan ingatan. Inilah yang
sebenarnya menjadi masalah kita . Apakah kita menuju
kepada masyarakat yang tidak peduli nasihat? Apakah
kita sudah menjadi masyarakat yang membutakan mata dan
memekakkan telinga.?

Penderitaan demi penderitaan yang lahir dari satu
kemalangan tidak terperi. Dari orang tua yang ingin
menyambut kepulangan anak diperantauan bertukar
menjadi sambutan mayat yang terbujur sehingga kepada
mereka yang terlantar dihospital dalam keadaan tidak
sedar diri akibat kemalangan yang menjadi-jadi.

TERAS sangat kesal dengan kegagalan demi kegagalan
kita untuk mengatasi masalah yang paling jelas
penyelesaiannya iaitu manusia itu sendiri. Memang
betul ada teknologi yang boleh menempah maut jika
disalahguana malah ada yang direkacipta untuk
meletakkan manusia dalam keadaan bahaya. Akan tetapi
yang sangat ketara sekarang ialah manusia itulah yang
menjadi punca masalah .

Lantaran itu betapa keras dan tegas undang-undang yang
digubal selagi ia tidak dihormati malah selagi ia
tidak dikuatkuasa oleh manusia itu sendiri , semuanya
menjadi sia-sia.

Kami melihat masalah-masalah yang timbul dari kecuaian
manusia ini semakin memperokperanda sistem yang kita
ada. Masalah yang sepatutnya boleh kita atasi dengan
langsung , kini terpaksa menelan belanja jutaan
ringgit  untuk menghadapinya. Kita tubuh agensi ,
tambah kakitangan , bina kompleks , mengadakan
pelancaran , membuat promosi , membayar konsultasi ,
menganjurkan kempen , melaksanakan seminar ,
menghantar kakitangan untuk latihan , melengkapkan
peralatan dan perkakas pejabat , meningkatkan kupayaan
pegawai , menambah elaun dan gaji.. semua ini bukan
sahaja menelan belanja jutaan ringgit akan tetapi
tidak dapat mengurangkan masalah malah semakin
merumitkan keadaan.

Kini operasi Ops 13 melibatkan lebih 5,000 kakitangan
dari beberapa agensi.Namun yang jelas angka kemalangan
terus bertambah dan kemalangan maut semacam berlumba
mencapai statistik memecah rekod.

Apakah erti semua ini? Semakin banyak ingatan semakin
menjadi-menjadi masalah dijalanraya.

TERAS kembali melihat persoalan jenis manusia yang
kita lahirkan dalam masyarakat kini. Sementara
perasaan sedih dan prihatin maseh ada , namun rasa
ingin mengubah keadaan dengan bersungguh semakin
menipis.

Bukan mereka tidak dapat melihat kesan kemalangan yang
ngeri berlaku saban hari , akan tetapi yang menjadi
masalah ialah masyarakat kita tidak konsisten dalam
bertindak. Kita kembali kepada keselesaan dan
ketidakpedulian dalam alam hidup masing-masing.
Sementara itu masalah terus berlaku dan semakin berat.

Kemalangan jalanraya dimusim perayaan adalah suatu
yang sudah dianggap biasa.Logiknya ialah bila banyak
kenderaan di atas jalanraya makin tinggi potensi untuk
berlaku kemalangan. Ramai yang menganggap ini adalah
sesuatu yang tidak boleh dielak. Akan tetapi bukankah
kita boleh ubah logik itu dengan mengambil perhatian
sungguh-sungguh bahawa jika kita boleh menjadi manusia
yang sangat peka , bertanggungjawab dan menjadi lebih

sensitif maka logik ini boleh diubah sehingga menjadi
kenyataan yang berbeza.

Kenyataannya ialah sistem yang kita ada ialah untuk
memperbanyakkan kenderaan.Lebih banyak kenderaan itu
menandakan lebih maju , lebih menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi. Ini sebenarnya perlu diubah.
Kenapa kita perlu sedemikian banyak kenderaan? Apakah
kita boleh selenggara keperluan kereta sampai
bila-bila?

Jika kewarasan kita dapat dipulih maka kami melihat
persoalan mengubah keadaan ini boleh kita ushakan.
Perketatkan lesen kelayakan mengguna kenderaan dan
carijalan bagaimana kita boleh kurangkan kenderaan
dijalanraya. Kami percaya penyelesaian yang asalnya
sangat langsung dan mudah ini bole kita lakukan jika
kita jujur dan berfikiran jauh.

Mohd azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS
Merbok, Kedah

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam KENYATAAN MEDIA
One comment on “KEMALANGAN JALANRAYA DAN PENYELESAIAN YANG LOGIK
  1. ima berkata:

    paling utama ialah pemandu itu sendiri yang perlu ade kesedaran yang mendalam tentang pemandu yang berhemah. pemanadu berhemah bukanlah bermaksud memendu dengan perlahan, malah lebih berhati hati dalam perjalanan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,347 hits
Kalendar
Oktober 2007
I S R K J S A
    Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: