KUAN YEW AMAT BIADAP

Kenyataan Media
13 hb Oktober 2007

TERAS membantah keras kenyataan  menteri kanan Singapora Lee Kuan Yew dalam sebuah temuramah beliau di Amerika yang benar-benar menunjukkan kebongkakkan beliau dan pendirian beliau terhadap Malaysia.

Beliau menyebut bahawa Singapore boleh mempertimbangkan untuk menyatu semula dengan Malaysia dengan syarat kaum Cina dan India dilayan sebagai rakyat   yang sama darjat dan peluang pendidikan diberi kepada kaum tersebut.

Kenyataan ini jelas merupakan suatu kecaman kepada Malaysia dengan tuduhan yang serius seolah kaum Cina dan India sedang ditindas di negara ini.

TERAS tidak berminat untuk melihat kemungkinan Singapore bergabung semula dengan Malaysia . Kenyataan Kuan Yew  bahawa Singapore ditendang keluar dari Malaysia itu sendiri adalah suatu kenyataan yang sangat  bebal dan salah samasekali. Pada hakikatnya Kuan Yewlah yang telah memberi tekanan kepada Tengku Abdul Rahman untuk meminta keluar dari Malaysia.

TERAS sebaliknya berpendirian bahawa Singaporelah yang perlu membuktikan apakah layanannya ke atas bangsa Melayu itu adil berbanding dengan kaum Cina di negara tersebut .

Siapa yang tidak tahu diskriminasi terhadap kaum Melayu di Singapore dari segi jawatan dalam kerajaan , ketenteraan dan pelbagai peluang ekonomi dan pendidikan. Orang Melayu tidak dilayan samarata dengan kaum Cina di negara itu.

Oleh yang demikian apa asas Kuan Yew mengeluarkan kenyataan  bahawa kaum Cina dan India di tindas di negara ini? Apa bukti beliau untuk bahawa kaum Cina sengsara di negara ini?

Apakah beliau hendak menafikan bahawa orang bukan Melayulah yang sebenarnya menguasai kekayaan negara ini.Bagaimana mungkin mereka dianggap tertindas sedang pemilikan hartanah dinegara ini terutama di bandar-bandar bukan berada ditangan orang Melayu.

Celuparnya mulut Kuan Yew bukan suatu yang baru. Sementara dia tahu bahawa kekayaannya sebagai ekonomi yang kuat di rantau ini adalah bergantung dengan sumber dari jiran-jirannya. Siapa tidak tahu betapa banyak wang yang disimpan oleh kaum Cina Indonesia di Singapore. Beliau cukup mengerti betapa ekonominbya akan mudah runtuh jika jiran-jirannya mengambil sikap tegas terhadap Singapore.

Sementara itu kita juga tahu strategi Singapore yang menjadi proksi kepada Amerika dan Israel dirantau ini.Keinginannya untuk berbaik dengan negara jiran adalah suatu skima yang besar dalam skima Amerika untuk  mengawal kawasan ini.

TERAS dengan ini menuntut supaya sikap yang tegas terhadap Singapore perlu ditunjukkan oleh Malaysia . Malaysia tidak boleh membiarkan kebiadapan Singapore melalui Kuan Yew yang tidak pernah senang dengan jirannya.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS Penupayaan Melayu.
Merbok , Kedah

Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam KENYATAAN MEDIA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 318,138 hits
Kalendar
Oktober 2007
M T W T F S S
    Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: