Mesej PRESIDEN TERAS : EID MUBARAK 1428H

Dengan lafaz Minal A’din Wal Fa Izin, kami menghantar mesej Salam Aidil Fitri untuk seluruh umat Islam di negara ini sekaligus umat di seluruh dunia. Sesungguhnya kami menginsafi betapa madrasah Ramadhan 1428H telah berlalu, marilah kita menilai prestasi kita untuk kali ini. Apakah tarbiyah Ramadhan telah membekas kepada jiwa dan minda kita, sejauh manakah amalan yang telah kita laksanakan pada bulan yang mulia itu telah diterima Allah, apakah pesan-pesan Ramadhan yang menuntut kita menjadi insan soleh telah dapat kita hayati.

Dengan demikian seharusnya kita menjadi manusia baru dalam konteks meneruskan fungsi sebagai khalifah Allah dan penegak Dinullah. Tahniah bagi mereka yang berjaya mendapat pesan tahriri (pembebasan), tanwiri (pencerahan), dan taghyiri (perubahan) ke arah menjadi muslim yang lebih berfungsi menghadapi kemelut tamadun jahiliah moden masa kini.

Sesungguhnya kita harus insaf betapa risalah Aidil Fitri memberi semboyan membesarkan Allah dengan takbir dan tahmid yang mesti dihayati maknanya. Sementara merayakan kesucian fitrah insani sebagai tanda kemenangan mengekang rasukan dunia, nafsu, dan syaitan, kita harus memberi perhatian kepada seruan lafaz takbir untuk menghadapi musuh Allah dari kalangan golongan kafirin dan munafiqin. Lantaran itu lafaz tidak berkompromi dengan kesyirikan dalam apa bentuk sekalipun dipertegaskan. Sesudah itu kita menegaskan bahawa betapa besar sekalipun bala tentera kalangan golongan kafir ingin menghancurkan agama Allah, namun kita akan tetap berdiri teguh membela dan melindungi agama Allah. Terselit juga di dalam semboyan takbir Aidilfitri itu penegasan bahawa kita akan menghayati perintah Allah dengan keikhlasan yang setulusnya.

Dengan lafaz yang dikemandangkan ini berturut-turut bermula malam 1 Syawal sepatutnya menjadi pembangkit semangat untuk melaksanakan transformasi diri da masyarakat

Demikian pesan Aidilfitri yang sarat dengan mesej pengabdian diri kepada Allah dan tuntutan membarisi diri dalam perjuangan sebagai mujahid di muka bumi ini.

Kami ingin terus mengingatkan kepada seluruh umat Islam betapa kita sedang menyaksikan pertempuran antara hak dan batil, an-nur dan zulumah, tauhid dan syirik semakin menonjol dan sangat ketara. Kini dunia sedang menuju kepada krisis dalam pelbagai aspek. Kebatilan dalam sistem politik dunia kini jelas telah memporakperandakan manusia.

Pertumpahan darah melalui konflik perebutan kuasa yang merebak di seluruh dunia atas nama demokrasi jelas telah memangsakan jutaan manusia yang mengalami peminggiran dan penindasan. Kini 900 juta manusia hidup dalam keadaan kebuluran dan kemiskinan. Lebih 100 juta pula merempat sebagai pelarian akibat konflik peperangan yang amat memeritkan. Perebutan kuasa dan kezaliman antara pemimpin-pemimpin dunia sama sekali tidak mempedulikan kesengsaraan yang menimpa rakyat bawahan. Akibatnya rakyat hanya menjadi alat untuk dimangsakan oleh para pemimpin elit politik.

Lebih parah dari itu, pemimpin-pemimpin dunia hanya sibuk bersidang dan berkongres ke sana sini atas nama pertemuan antara pemimpin-pemimpin yang melibatkan perbelanjaan wang rakyat yang berjuta ringgit. Akan tetapi nasib rakyat terus memburuk. Kenyataan ini tidak boleh dinafikan. Pemimpin-pemimpin dunia berkonspirasi sesama mereka untuk akhirnya memastikan mereka terus kekal berkuasa.

Dari sinilah bermula segala kepincangan manusia dan segala sistem yang cuba mereka tegakkan. Sebagai akibat yang semakin menbebankan ialah dunia sekarang menyaksikan porak perandanya sistem moden yang dibanggakan.

Kemusnahan alam sekitar yang tidak boleh lagi dipulih sehingga mengakibatkan fenomena pemanasan global dan perubahan cuaca telah memerangkap manusia yang kononnya bangga dengan sains dan teknologi tetapi ternyata kecundang akibat bongkak mengeksploitasi sumber alam dengan rakus. Kejadian gempa bumi , taufan dan banjir besar kian meningkat insidennya diseluruh dunia.

Ditambah pula pelbagai penyakit yang mengerikan semakin mewabak sehingga perubatan moden yang kononnya boleh menyelesaikan masalah ternyata gagal. Penyakit HIV/AIDS , selsama burung , JE , Mad cow adalah antara musibah dari tangan manusia moden sendiri .

Belum cukup lagi dari krisis itu kita dapati ketegangan sosial menjadi-jadi sehingga jenayah sudah tidak mampu dibendung lagi akibat dari pincangnya nilai dan akhlak manusia yang bersumberkan dari sistem pendidikan yang pincang jua.Pembunuhan manusia secara kejam , eksploitasi wanita dan kanak-kanak dimana-mana , keruntuhan keluarga yang tidak boleh dibendung, penagihan dadah yang sudah menjadi ciri pembangunan moden , kemiskinan dan jurang kemiskinan yang melampau merupakan sebahagian dari wajah pembangunan tamadun yang dikata kemuncak pencapaian manusia.

Eid Mubarak seharusnya menggugah sanubari kita untuk insaf betapa umat Islam perlu segera dipulihkan dari terus terheret di dalam kancah tamadun jahiliah moden ini. Kita mempunyai tanggungjawab besar untuk memperkukuhkan kedudukan umat Islam yang sudah mencecah angka 1.6 bilion penganut sehingga hari ini. Kedudukan sosio ekonomi umat Islam perlu segera diperkukuhkan.Gerakan sosial yang berkesan hendaklah diaktifkan dalam semua bidang agar umat Islam dapat dibentengi dari sindrom kebergantungan kepada bantuan pihak lain.

Kita seharusnya insaf juga betapapun kita merasa sangat tercabar dari makar musuh Islam untuk terus menerus melancarkan serangan ke atas Islam lewat resolusi dalam persidangan , dasar-dasar negara , perundangan , media dan gerakan NGO . Yang nyata umat Islam sendiri tidak cukup kuat memperkukuhkan dirinya dalam berorganisasi. Gerakan Nasoro dan Yahudi ternyata sangat tersusun dalam hampir semua bidang sehingga kesan perancangan mereka benar-benar menjadi. Sebagai bandingan kita pula dihinggapi pelbagai kelemahan dan ketidakdisplinan.

Kami ingin mengingatkan umat Islam betapa kita sedang menghadapi penjajahan pemikiran ( al ghazwul fikri ) yang lebih gencar dari sebelumnya. Dalam hal ini yang jelas berlaku sebagai natijah serangan pemikiran ini ialah kerosakan dan kelunturan akhlaq ( ifsaadul akhlaq) yang sangat ketara. Dalam negara ini sendiri gejala dadah seramai 1.3 jta orang , HIV/AIDS seramai 80,000 orang , menghabiskan wang sebanyak hampir RM30 bilion setahun dengan judi , terpaksa mengujudkan 49 pusat tahanan termasuk penjara … semua ini banyak melibatkan orang Islam .

Ditambah parah lagi kita pula menghadapi cabaran kekacauan pemikiran yang menyesatkan (tahzimul fikrah). Pemikiran sekular (kehidupan terpisah dari ugama), plural ( semua agama adalah sama) dan liberal ( ugama boleh ditafsir ole sesiapapun) kini mulai meresap dalam pemikiran masyarakat sehingga menimbulkan pelbagai faham yang mengelirukan.

Selanjutnya umat Islam pula telah mengalami penghakisan dan peleburan syakhsiyyah Islamiyyah. Iaitu syakhsiyyah antara umat Islam dengan golongan kafir yang tidak lagi banyak beza. Umat Islam terheret mengikut dan meniru budaya hidup umat kafir.

Natijah akhir dari tiga gambaran di atas ialah riddah (kemurtadan) . Kini kita dikejutkan betapa kegelinciran aqidah menjadi-jadi sehingga insiden keluar Islam semakin berani dilakukan melalui sulit mahupun terang-terangan.

Menghadapi cabaran di atas umat Islam tidak punya pilihan selain dari membangkitkan suatu perubahan yang besar untuk kembali semula kepada Islam seutuhnya. Gerakerja disemua peringkat , dari cendikiawan sehingga petani , dari golongan professioanl hingga kelompok pelajar , dari ulama hingga pemimpin NGO hendaklah diaktifkan melalui gabungan tenaga dan sumber. Kita tidak boleh hanya menunggu dan melihat. Kita tidak boleh hanya mahu publisiti semata untuk membantu umat Islam yang terpinggir. Gerakerja kita hendaklah memperkasa setiap individu Muslim untuk menjadi insan yang dapat menyertai kebangkitan ini dengan lebih bermakna.
Sementara itu kita perlu melancarkan gerakan membela umat Islam yang dizalimi di seluruh dunia. Kini umat Islam sedang dituding oleh musuh sebagai kelompok teroris. Pendalangnya tidak lain daripada kuasa imperialis barat terutama Amerika Syarikat. Kita harus bangkit menentang dan mengutuk kezaliman yang dilakukan ke atas umat Islam di Palestin, Somalia, Mesir, Kashmir, Afghanistan, Iraq, Thailand Selatan, Mindanao, Rusia dan China.

Lebih tegas lagi kita harus mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pemimpin dari kalangan umat Islam sendiri yang menjadi boneka kepada kuasa barat.

Kita amat kesal dan mengutuk tindakan Jeneral Parvez Musharraf , Presiden Pakistan beberapa hari yang lalu yang telah melancarkan pengeboman di sebuah perkampungan iaitu di Amir Ali, Pakistan atas arahan Amerika Syarikat kononnya ia adalah kawasan kubu Osama bin Laden. Lebih kejam lagi Musharraf melakukan jenayah ini pada hujung Ramadhan sehingga mengakibatkan 250 orang terbunuh termasuk kanak-kanak dan wanita. Sehingga hari ini, 50,000 penduduk terpaksa melarikan diri. Umat Islam tidak boleh mendiamkan diri. Kekejaman ini bukan kali pertama yang dilakukan oleh tentera Pakistan ke atas rakyat Pakistan. Pada Julai yang lalu 100 orang Islam dibunuh dalam Masjid Merah di Karachi atas alasan yang sama.Ternyata negara Pakistan yang sejarahnya dahulu adalah untuk menjadi negara Islam contoh, gagal akibat dari pemimpin-pemimpin sekular dan berkepentingan menerajui negara itu sehingga menjadi boneka kepada musuh Allah.

Kami menyeru sempena Eid MUbarak agar semangat memperjuangkan dan menegakkan Dinullah akan disemarakkan di setiap sanubari umat Islam. Marilah kita bergabung tenaga melancarkan gerakan transformasi umat Islam supaya agama Allah tidak difitnah seperti yang berlaku masa kini. Moga Eid Mubarak kali ini adalah titik permulaan kita untuk meneruskan perjuangan ini demi mencapai redha Allah.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahilhamd.

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 342,639 hits
Kalendar
Oktober 2007
I S R K J S A
    Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: