SALAHGUNA KUASA AKAN MENGAGALKAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

 

Kenyataan Ketua Setiusaha Negara untuk mengambil
tindakan ke atas mereka yang menyalahguna kuasa adalah
dialu-alukan dan sememangnya sangat perlu.Laporan
Audit Negara yang didedahkan kepincangan pengurusan
perbelanjaan awam bukan perkara baru. Sebenarnya saban
tahun laporan audit menunjukkan kepincangan pelbagai
jabatan namun ia seperti mencurah air ke atas daun
keladi.

Sesungguhnya negara yang mempunyai visi untuk
memiliki status negara maju tidak seharusnya dilihat
hanya dari kacamata prasarana berkelas dunia . Kita
perlu mampu melahirkan manusia pengurus dan pentadbir
bersifat professional sekaligus insan bermaruah
tinggi. 

Kepincangan dalam menguruskan perbelanjaan dan amanah
awam akan menjadikan negara kita sebagai momokan dunia
tatkala kita berbangga dengan menghantar seorang anak
bangsa rakyat negara ini ke angkasalepas tetapi gagal
melahirkan manusia yang boleh berfungsi dengan
selayaknya diruang bumi sendiri.

Dengan sebab itu memastikan segala pemegang jawatan
kerajaan yang melibatkan pengurusan dan amanah wang
rakyat tidak boleh bertolak ansur dengan kepincangan
yang disengajakan. Setelah 50 tahun merdeka kewujudan
kepincangan yang ketara dalam mengurus pentadbiran
negara adalah suatu yang tidak boleh diterima
samasekali.

Kita mesti memahami implikasi besar kepada kepincangan
yang dilapor dalam Laporan Audit Negara itu. Setiap
Kementerian dan agensi yang dtubuhkan mempunyai fungsi
besar untuk memastikan kewangan yang dibelanjakan
tidak "bocor". Ketikamana kita memandang rengan kepada
kepincangan ini  akan meninggalkan prisiden yang
serius kepada generasi mendatang. Jika pembetulan dan
pemulihan tidak dilakukan segera "kudis"
penyalahgunaan kuasa akan bertukar menjadi "barah"
yang menunggu masa untuk akhirnya melumpuhkan seluruh
sendi negara.

Sebab itu TERAS menggesa tindakan tegas terhadap
penyelewengan tidak boleh ditangguh lagi. Mereka yang
terlibat terutama yang memegang jawatan diperingkat
tinggi dalam mana-mana agensi kerajaan tidak boleh
dilepas begitu sahaja dengan teguran hanya dimedia.

Jutaan ringgit dari wang rakyat akan tersalur ke
tangan mereka yang tamak dan tidak mempedulikan maruah
bangsa. Pengurusan yang umumnya diletak ditangan
bangsa akan menjadi sia-sia bilamana golongan petugas
awam yang berada dikerusi pembuat keputusan melihat
ini sebagai peluang untuk mengaut kemewahan melalui
penyalahgunaan kuasa. 

Oleh yang demikian perlu ada suatu tindakan yang tegas
untuk menghukum mereka yang terlibat mengikut
peraturan yang ujud. 

Kita tidak berlaku zalim jika kita bertegas dalam
mengambil tindakan kepada mereka yang cuai. Malah kita
akan sebenarnya lebih zalim jika kemungkaran dalam
bentuk kecuaian dan melanggar disiplin tidak
dibentaras dengan  bersungguh.

TERAS mengalu-alukan kenyataan Ketua Setiausaha Negara
itu , akan tetapi ingin mengingatkan juga bahawa
ketidakdisiplinan segelintir pegawai kerajaan tidak
harus juga meminjamkan mata kita kepda kepincangan dan
penyelewengan golongan politik.Sebenarnya gangguan dan
campurtangan politik dalam pentadbiran yang
keterlaluan sudah menjadi pengetahuan umum .

Salahgunakuasa melalui saluran politik jika tidak
dibendung akan menyebabkan penyelewengan diperingkat
agensi perlaksana menjadi-jadi. Ia bagaikan kesan
rantai yang sambung menyambung dan susah dipulih.

Hanya dengan professionalisme yang tinggi dan diiringi
dengan intergriti dan kejujuran yang mendalam dalam
pentadbiran sahaja mampu memebenteras penyelewengan
yang berlaku.

Kita mengharapkan Laporan Audit akan datang tidak
menyerlahkan kegagalan lagi.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS Pengupayaan Melayu
Kg.Pondok , Merbok , Kedah
Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam KENYATAAN MEDIA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 323,883 hits
Kalendar
Oktober 2007
M T W T F S S
    Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: