PASTIKAN JUGA TINDAKAN DIAMBIL KE ATAS AHLI POLITIK YANG SALAHGUNA KUASA

Kenyataan Media
13 hb Otober 2007

TERAS menggesa agar tindakan yang akan diambil ke atas
kakitangan kerajaan yang cuai dan menyalahguna kuasa
yang mengakibatkan perbelanjaan yang berlebihan
membuat pembelian untuk agensi hendaklah juga meliputi
golongan ahli politik.

Kenyataan Ketua Setiausha Negara mengenai seseorang
kakitangan yang didapati terlibat akan dipecat , di
gantung kerja atau diturun pangkat adalah di
alu-alukan.  

Akan tetapi TERAS berpendapat golongan ahli politik
yang mempunyai kepentingan untuk mendapat tender atau
menerusi perundingan terus ( direct negotiation)
hendaklah juga dipantau , dikenalpasti
dan diambil tindakan.

Amalan sesetengah ahli politik menyalahguna kuasa
supaya pihak tertentu mendapat tender kerajaan atau
projek dari GLC perlu dibendung.

Malah banyak kes yang berlaku dimana anugerah projek
ditentukan dari pengaruh politik sekaligus juga
menentukan dari mana bekalan untuk membeli sesuatu
barangan ditetapkan.

Adalah tidak adil gambaran bahawa kakitangan awam yang
diperlihatkan sering melakukan salah tatatertib dan
kelakuan sedangkan ahli politik yang menggangu dan
mencampuri urusan pentadbiran tidak didedahkan.

TERAS bersetuju pihak berkuasa mengawal tataterib
kakitangan awam dipertegaskan namun kesalahan yang
kerap dilaporkan oleh Ketua Audit Negara perlu
disiasat juga oleh BPR dari sudut bagaimana pengaruh
politik pihak tertentu menyebabkan salahlaku berlaku.

Kami menegaskan bahawa sistem membuat keputusan dan
penganugerahan sesuatu pembekalan dan perolehan
kerajaan hendaklah mengikut prosedur yang telus dan
sangat teliti.

Adalah tidak munasabah hanya kerana hendak
mempercepatkan kelulusan dalam memenuhi kehendak mesra
perniagaan yang sering diungkap oleh PM , prosedur dan
penapisan teliti diketepikan.

TERAS berpendapat kes harga sesuatu pembekalan
kerajaan melonjak melampaui harga biasa yang munasabah
adalah akibat dari  penglibatan golongan poltik yang
berkepentingan untuk mengaut keuntungan .

Perkaitan yang logik ialah kerana amalan yang sering
dilakukan ialah komisyen yang diperolehi oleh golongan
politik adalah untuk membiayai kegiatan politiknya
bagi mengekal pengaruh dan kuasa.

Lantaran itu TERAS menegaskan pihak BPR perlu
menyiasat kesalahan tatatertib sesuatu kes itu secara
menyeluruh dan dapat mengesan bagaimana ahli politik
terlibat dalam urusan menentukan tender dan bekalan
kepada kerajaan.

TERAS dimaklumkan oleh banyak pihak kes dimana
menentukan projek melalui tender terbukapun tetap
diputuskan berdasarkan kriteria "kenali atau akrab
dengan siapa" (know who) bukan " tahu atau mahir
sejauhmana mengenai sesuatu projek" know how). 

Aduan yang diterima ramai kontrak ditetapkan oleh
sikap bias lebih dari ditentukan secara objektif
mengikut pengelaman , rekod , pengetahuan yang lengkap
serta professionalisme yang mantap.

TERAS mengesa pihak kerajaan meletakkan dasar
mengamalkan ketelusan dalam sistem penyampaian sebagai
dasar pokok dari hanya menekankan soal kepantasan
membuat keputusan.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS Pengupayaan.

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam KENYATAAN MEDIA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 324,181 hits
Kalendar
Oktober 2007
M T W T F S S
    Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: