KERAJAAN GAGAL DALAM MERANCANG SUMBER TENAGA TEMPATAN

TERAS berpendapat pihak kerajaan telah gagal mengujudkan suatu rancangan yang kemas dan manasabah untuk mengatasi kebanjiran masuk pekerja asing ke negara ini.

Kenyataan Setiausaha Agung MTUC beberapa hari lalu  bahawa 1600 orang pekerja asing masuk ke negara ini setiap hari bukan sesuatu yang terlalu mengejutkan. Bermakna sekitar 48,000 orang sebulan dan  kira-kira 3.8 juta orang setahun pekerja asing masuk ke negara ini. Apakah ini logik atau tidak , soalnya sememangnya pembangunan negara ini dipacu sebegitu rupa sehingga kita sangat bergantung kepada tenaga buruh luar.

Perkembangan sektor perladangan , perkilangan , pembinaan dan perkhidmatan serta dasar kerajaan yang sangat liberal dari segi pasaran buruh telah menyebabkan majikan memberi pilihan utama kepada pekerja asing. Pihak majikan swasta sudah tentu akan mengikut logik ekonomi yang jelas iaitu apa sahaja yang akan mengurangkan kos akan diberi keutamaan. Soal kepentingan dan implikasi kepada sosio-ekonomi , keselamatan dan budaya masyarakat tempatan tidak akan menjadi faktor penting bagi kebanyakan majikan.

Bagi TERAS puncanya ialah kerana keghairahan yang berlebihan oleh kerajaan untuk menjadikan negara ini sebagai syurga pelaburanlah yang akhirnya kita menerima akibat kebanjiran buruh luar ini.

Kerajaan telah gagal melihat implikasi dari model pembangunan yang sedang diterajui sekarang sejak dari merdeka lagi sehingga yang tersisih ialah tenaga tempatan sendiri.

Dasar lberal untuk menjadi pesaing yang kompetitif dengan negara lain telah menyebabkan kita terpaksa membenarkan tenaga luar diambil dengan tidak perlu disyaratkan kepada majikan dari pelaburan luar untuk memberi keutamaan kepada tenaga tempatan.

Sebab itu TERAS tidak terkejut terhadap kenyataan ahli SUHAKAM Siva Subramanian kelmarin bahawa 2 juta wanita tempatan telah ternafi mendapat pekerjaan di negara ini  kerana majikan swasta lebih memileh pekerja asing kerana kos yang lebih murah untuk sektor perkhidmatan.

Kami melihat ini adalah berpunca dari salah dasar diperingkat kerajaan.Kini kita telah terperangkap dalam sebuah sistem dan corak pembangunan yang telah merubah seluruh pergantungan kita dari tenaga tempatan kepada tenaga luar. Pihak majikan nampaknya lebih mudah mendapatkan pekerja asing berbanding pekerja tempatan akibat dari sikap rakyat kita sendiri yang telah cenderung kepada budaya masyarakat affluen iaitu tidak mahu kepada pekerjaan 3D ( Dirty, difficult dan Dangerous)iaitu susah , kotor dan bahaya.

Akibat dari model pembangunan yang dipileh sendiri oleh
kerajaan ,majikan tidak mempunyai pilehan yang menasabah  dari segi ekonomi selain dari mengutamakan pekerja asing.

Dalam hal ini TERAS tidak melihat fungsi Kementerian Sumber Manusia yang berkesan.Sepatutnya kementerian berkenaan dapat membuat unjuran yang terancang supaya   tren pemgambilan tenaga asing ini sepatutnya dibendung dari awal. Kementerian lain yang ghairah dengan pembangunan seperti Kementerian Kerja Raya , Kementerian Kewangan ,dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sepatutnya merancang dengan rapi implikasi kepada kebanjiran tenaga buruh asing ini.

Dengan statistik 360,000 pengganggur yang ada di negara ini kenapa pihak kerajaan terus mengambil sikap tidak peduli kepada rakyat sendiri atas nama persaingan global? Kenapa kerajaan terlalu megah dengan pertumbuhan ekonomi dan pencapaian angkasalepas
sedangkan rakyat sendiri susah mencari makan di negara sendiri?

TERAS berpendapat kerajaan tidak boleh keluar dari perangkap ekonomi liberal-kapitalis ini selagi model pembangunan yang mengutamakan impak kepada ekonomi rakyat tempatan tidak menjadi keutamaan.

TERAS menjangka dengan perlaksanaan pusat pertumbuhan ekonomi seperti WPI , NCER dan ECER dan juga di Malaysia Timur , Malaysia akan menerima gelombang kebanjiran pekerja asing yang lebih besar kerana dasar liberal yang diamalkan oleh pihak kerajaan.

Implikasi sosial dan ekonomi serta keselamatan termasuk politik negara adalah besar jika hal ini tidak diambil perhatian serius oleh pihak kerajaan.

TERAS berpendapat jika kerajaan tidak segera meneliti semula proses pembangunan yang sedia ada , kita tidak akan terperanjat lagi bila negara ini akan dijajah secara ekonomi oleh pelaburan asing yang tidak mempunyai agenda nasional dalam keghairahn mereka untuk meraih keuntungan.

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam KENYATAAN MEDIA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,922 hits
Kalendar
Oktober 2007
I S R K J S A
    Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: