MALAYSIA LAYAK AKTIF DALAM UNESCO

 

Penglibatan Malaysia dalam UNESCO adalah amat wajar. Sejak Persidangan ke 25 pada tahun 1989 , nama Malaysia telahpun terpahat sebagai antara negara yang layak menerajui kepimpinan diperingkat antarabangsa. Malaysia malah pernah menjadi Presiden kepada Persidangan UNESCO dwi tahun sekali itu di Paris oleh mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia , Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

 

Apa yang menjadi penting dalam usaha Malaysia menyertai organisasi antarabangsa itu ialah untuk menyumbang pemikiran kepada perkembangan dan pengalaman dalam membangunkan aspek pendidikan , sains dan kebudayaan.

 

Kami mendapati era globalisasi adalah era penyeragaman yang diasak kepada seluruh warga dunia tanpa mengambilkira kepelbagaian dan keantarabangsaan budaya yang wujud. Yang jelas penyeragaman kebudayaan sekaligus ilmu yang berkembang dalam dunia kini telah menafikan hak sesebuah komuniti itu untuk meneruskan budaya dan sistem ilmunya sendiri ketika memacu untuk membangun.

 

Lantaran itu wujudnya hegemoni budaya yang didalangi oleh pengembangan sains dan teknologi dalam system pendidikan yang diseragamkan oleh kuasa besar dunia terutama Amerika Syarikat. Natijah dari itu ialah pemnggiran sistem hidup dan ilmu yang bersifat pribumi dan tumbuh dari sebuah sistem kepercayaan yang tersendiri dikalangan komuniti yang pelbagai.Globalsiasi yang hampir sinonim dengan Amerikanisasi nampaknya menjadi agenda yang semakin dipaksa diterima oleh dunia secara langsung atau tidak.

 

UNESCO memperakui hal ini walaupun ia mengembangkan gagasan pendidikan untuk semua. Bagi kita seharusnya pendidikan yang kita bangunkan hendaklah dalam acuan kita sendiri berteraskan sistem kepercayaan dan pandangan hidup kita sendiri.

 

Untuk turut tenggelam dalam sistem ilmu yang memberi pengaruh kepada sistem pengeluaran serta pola kepenggunaan yang diamalkan oleh negara yang dianggap maju , adalah suatu kesilapan. Kita tidak harus terpukau dengan acuan “kemajuan” dan “pembangunan” yang ditaja oleh negara-negara yang dianggap pertama itu. Lantaran istilah “dunia pertama” ,”negara maju” dan “negara  membangun” itu sendiri sarat dengan konotasi imperialisme yang sudah lama hendak diperkasakan oleh kuasa Barat.

 

Dalam keghairahan kita untuk bersaing diperingkat antarabangsa , kita tidak seharusnya hilang keutamaan kita iaitu membina manusia yang berguna dalam ertikata mampu menyumbang kepada tamadun kemanusiaan yang murni dan tinggi. Sesungguhnya peradaban tinggi tidak terletak kepada kemajuan sains dan teknologi semata-mata , malah yang sebenarnya membangunkan sebuah tamadun yang tinggi ialah sakhsiah yang murni dan soleh pada diri manusia itu sendiri.

 

Kami berpandangan hanya dengan ciri keilmuan yang betul dan meletakkan kemuliaan insan yang tepat mengikut pandangan hidup yang betul jua akan melahirkan natijah manusia dan masyarakat manusia yang bertaraf “ahsanu taqwim”.

 

Ternyata dengan kegilaan kepada budaya hidup kosumeris yang bersifat kebendaan , penting diri (individualistik)  dan serba komersialistik (penting untung ) telah mengakibatkan dunia sedang hilang arah dan hilang pengkalan dalam mengejar kesejahteraan.

 

Akibatnya ialah ketegangan dalam berlumba , penyisihan dan peminggiran dalam pembangunan serta ketamakan dalam bersaing. Natijah zahirnya ialah ujudnya satu pihak yang bersungguh-sungguh untuk memaksakan kehendaknya ke atas yang lain. Malah lebih parah lagi mengunakan mekanisme menggugut dan menindas sesiapa yang tidak mahu akur kepada agenda pihak yang lebih

berkuasa.

 

Ini bukan sahaja berlaku diperingkat antarabangsa malah terjadi dalam konteks sebuah negara.Sementara kepelbagaian diraikan, akan tetapi dominasi yang kuat ke atas yang lemah  menjadi sangat ketara.

 

Kami berpendapat adalah sangat relevan Malaysia turut aktif dalam wadah antarabangsa seperti UNESCO terutama dalam mencari ide bernas untuk menjadikan dunia ini menjadikan  lebih selesa dari apa yang berlaku

sekarang. Kita harus bekerjasama mengatasi krisis yang sedang menggawatkan kehidupan manusia zaman ini.

 

Realiti kerosakan alam sekitar sehingga terpaksa menghadapi fenomena perubahan cuaca dan pemanasan bumi, kepincangan sosial sehingga menyebabkan keselamatan hidup yang sangat terjejas , peperangan ketenteraan

yang mengakibatkan kehilangan nyawa yang tidak berdosa termasuk mengujudkan masyarakat pelarian yang mencecah jutaan orang , persaingan merebut dan membina kekuatan senjata sehingga menafikan keperluan asasi rakyat sesebuah negara dan ketidakadilan ekonomi yang menatijahkan jurang kaya-miskin yang semakin melebar.

 

Semua ini adalah hasil dari sebuah peradaban yang sudah hilang nilai kemanusian yang murni dan akibatnya hilang ciri kesejahteraan yang sebenarnya.

 

Namun begitu kita harus akur terhadap realiti betapa Malaysia juga turut terheret dalam arus globalisasi yang menyebabkan banyak khazanah budaya kita telah

terhakis. Apa yang tinggal hanya bersifat barang hiasan untuk menjadi tontonan para pelancong. Bukan lagi budaya yang benar-benar hidup sebagai cirri kebudayaan kita yang sebenar.

 

Contoh yang ketara ialah masyarakat kita sudah hilang budaya berbahasa kita yang asal. Rasa rendah diri dan kerdil kepada bahasa yang menjadi asal kita telah mengakibatkan kita hilang jati diri dalam menyatakan dan mengenengahkan budaya hidup kita yang tersendiri itu. Yang kelihatan menonjol ialah kemegahan dan rasa hebat bila bertutur dalam bahasa asing hatta diperingkat pergaulan seharian kita sendiri.

 

Termasuk yang ketara terhakis ialah tulisan jawi yang jelas telah dimatikan oleh keghairahan kita untuk turut serta dalam arus global. Setelah kita mencecah

usia 50 tahun merdeka ternyata kita telah menghilangkan suatu khazanah penulisan dan dunia persuratan yang sangat tinggi. Kini kita hampir

terpaksa bermula sekali lagi untuk menghidupkan khazanah tersebut seolah-olah kita tidak pernah kenal adanya sebuah khazanah kita yang sendiri itu. 

 

Sementara UNESCO mahu meletakkan kesamaan semua budaya dan hak memperolehi kemajuan ilmu dan sains secara samarata , kita tidak boleh meleburkan diri kita atas alasan semua agama adalah sama. Sudah barangpasti kita mempuyai kerukunan kita sendiri dalam membangun Negara ini mengikut acuan pandangan hidup kita dalam sebuah masyarakat beragama. Kepelbagaian bagi kita hendaklah dalam kerangka kita sendiri yang tidak menafikan hak golongan minoriti yang telah sedemikian lama kita amalkan.

          

 

Mod Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS Pengupayaan Melayu.

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam KENYATAAN MEDIA
One comment on “MALAYSIA LAYAK AKTIF DALAM UNESCO

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,330 hits
Kalendar
Oktober 2007
I S R K J S A
    Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: