PESAN UNTUK AKTIVIS ISLAM – JANGAN LEKA DENGAN JAMUAN EID FITRI YANG BERLEBIHAN

Berlalu sudah Ramadhan 1428H. Ia tidak berulang melainkan Ramadhan 1429H pula.Apakah kita sudah siap mengguna kekuatan yang telah diterap ketika bersiyam untuk melancarkan perjuangan lebih ampuh , lebih bertenaga dan lebih bertenaga? Sesungguhnya inilah tanda aras yang memberi ukuran apakah kita telah sukses atau kecundang dalam Ramadhan kali ini.

 

Kita perlu segera menegaskan syahadah dan beriltizam dengannya seperti yang dilafazkan pada malam Syawal sehingga solat Eid Fitri. Menutup Ramadhan dengan penegasan ketauhidan adalah mengingatkan akan besarnya makna dan amanah yang terbeban ke atas bahu kita untuk menghadapi bulan selanjutnya. esungguhnya yang  Maha Agung dan yang Maha Besar adalah Allah S.W.T semata-mata. Kita ulangi memuji dan menyatakan kesucianNya pada setiap waktu. Kita menegaskan tiada pengabdian kepada yang lain melain semata-mata kepada Allah S.W.T dengan keikhlasan yang setulusnya dalam berpegang kepada Dinullah.Walaupun dimusuhi dan dibenci atau ditentang golongan kafirin , munafiqin maupun mushrikin. Lalu dengan kesatuan dan pertolongan Allah kita menghadapi tentera musuh Allah dengan penuh azam dan sikap tegas tanpa kompromi.

 

Berbekalkan semboyan ini kita memasukki ujian yang akal lebih getir kerana bulan berikutnya adalah ujian dari gabungan seluruh musuh Allah bergabung dan

bermakar tanpa henti.

 

Sementara kehangatan sambutan Eid akan terus terasa dengan acara-acara jamuan dan tidak kurang juga hiburan yang berlanjutan , kami khuatir maksud sebenar

kita melafazkan takbir Syawal ini akhirnya turut pudar. Maka akibatnya kita akan berlumuran kelekaan dan kealpaan  sepanjang 11 bulan seterusnya. Acara jamuan demi jamuan hari raya jangan melupakan kita bahawa masa berjalan dengan pantas. Walaupun tradisi rumah terbuka ingin dikekalkan akan tetapi janganlah hendaknya keghairahan untuk hal ini melebihi yang perlu. Kami menjangkakan jadual jamuan hariraya akan memenuhi takwin bulan ini seolah-olah gerakerja kita yang lebih penting terpaksa ditangguh.

 

Demikian kita akan menyaksikan ahli politik , pemimpin-pemimpin kerajaan dipelbagai peringkat (Kementerian , Jabatan , agensi), persatuan-persatuan, ahli artis , institusi pendidikan , tokoh-tokoh masyarakat akan kejar-mengejar waktu untuk menganjur dan memenuhi undangan jamuan hari raya. Soalnya apakah kita sudah tidak ada acara lain yang lebih penting untuk melihat persoalan umat Islam yang sangat gawat di seluruh dunia.

 

Bagi pejuang Islam kami mengingatkan segera mengatur gerakerja yang berstrategik. Barisan jamaah yang sedia ada perlu segera diperkemaskan untuk menghadapi pelbagai makar golongan anti Islam. Seluruh sumber yang ada harus digembleng untuk memastikan tidak ada yang dibazirkan.Kita harus ingat betapa musuh Islam menunggu saat-saat strategik ketika aktivis Islam leka dengan acara-acara santai mereka.Berpada-padalah dalam menganjur aktiviti yang kurang produktif dari segi menyelesaikan masalah dan memberi impak sebenar kepada umat. Tidak wajar kita turut tenggelam dan hanyut dalam rutin aktiviti menganjur jamuan padahal ada prioriti

lain yang lebih memerlukan fokus. Bukankah tiga hari sebelum 1 Syawal ( tanpa diberi perhatian oleh sesiapapun , termasuk pemimpin OIC ) berita 250 orang Islam awam terbunuh oleh serangan tentara boneka Amerika dibawah kepimpinan Presiden Pakistan, Jeneral Parvez Musharraf. Mana mungkin kita terus leka berjamuan ke sana-sini sedangkan umat Islam dibunuh, ditindas , diusir keluar dari kediaman mereka.

 

Kita boleh hanya mengikut rentak tradisi yang tidak produktif untuk memajukan Islam. Kita tidak boleh leka dengan acara-acara menyaingi orang lain hanya kerana kita mahu dilihat turut setaraf dengan orang lain.

 

Semangat Syawal adalah semangat berhadapan dengan bala tentera musuh Allah. Ruh Syawal sebenarnya adalah ruh menyusun barisan perjuangan yang lebih siapsiaga.

 

Lantaran itu wajar sekali pejuang Islam bingkas segera dari sikap bertangguh dan menunda kerja. Umat Islam mendambakan kesungguhan dari setiap pejuang Islam.

Umat Islam memerlukan ransangan yang lebih bertenaga dari pejuang Islam.

 

Kami menyeru supaya Eid ini bukan rutin berjamu selera yang tidak henti-henti. Saatnya kita keluar dari sindrom bertradisi yang tidak cukup memberi kesan kepada menyelesaikan masalah umat.

 

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS       

 

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,558 hits
Kalendar
Oktober 2007
I S R K J S A
    Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: