SPR TIDAK HARUS HANYA MENUNDING JARI KEPADA JPN

Pendedahan SPR bahawa ada segelintir pegawai Jabatan Pendaftaran Negara yang telah melakukan penyelewengan berkaitan dengan pemindahan pengundi sangat serius. Ini adalah suatu isu yang telah lama dibangkitkan oleh banyak pihak.

 

Oleh yang demikian , kewibawaan SPR yang mengendalikan pilihanraya yang dipersoal oleh orang awam adalah berasas.

 

Alasan bahawa SPR hanya bergantung kepada JPN untuk menguruskan permohonan perpindahan pengundi dan dengan itu berlepas tangan untuk tidak mengambil tindakan kepada aduan pihak pengundi adalah sangat mengecewakan.

 

TERAS mempersoalkan kenapa penyelewengan serius ini tidak  didedahkan sejurus pengundian dibuat pada piliharanraya 2004 yang lalu. Jika benar ini adalah diluar bidangkuasa SPR paling tidak SPR membersihkan dahulu senarai daftar pengundi yang dikatakan telah berpindah ke kawasan mengundi yang baru tanpa pengetahuan pengundi . Tidakkah ada  peraturan pengundi boleh mengadu dan pihak SPR sewajarnya mengambil tindakan?.

 

Implikasi kepada pendedahan bahawa ada penyelewengan diperingkat JPN menunjukkan proses pilihanraya selama ini tidak telus dan boleh dipersoalkan.

 

TERAS tidak dapat menerima alasan SPR bahawa isu ini telahpun diatasi dengan mengurangkan kuasa JPN untuk menguruskan permohonan permindahan kawasan mengundi oleh pengundi.

 

Persoalan pokok ialah pengundi yang telah mengadu terhadap permindahan itu sepatutnya berhak untuk mempersoalkan kesahihan proses pengundian dan dengan itu keputusan  piliharaya itu sendiri itu sendiri boleh dipersoalkan.

 

Sebenarnya banyak persoalan penyelewengan dalam pilihanraya di negara ini yang masih tidak mahu diperakui oleh SPR.

 

Kebebalan pengundi terhadap SPR sudah sampai kemuncaknya sehingga ramai anggota masyarakat mengambil sikap bahawa SPR bukan tempat pengaduan

berkesan untuk menjamin hak seseorang pengundi terjamin.

 

Sudah banyak isu telah disampaikan kepada SPR seperti kewajaran memansuhkan undi pos, salahguna premis dan agensi kerajaan seperti sekolah dalam berkempen, penggunaan perbelanjaan yang melebihi had yang

dibenarkan dalam berkempen dan mengedar wang sogokan kepada pengundi yang sudah menjadi pengetahuan umum.

 

Namun ternyata SPR hanya memekakkan telinga kerana beranggapan bahawa SPR hanya bertanggungjawab kepada kerajaan yang berkuasa bukan sebuah badan yang bebas.

 

TERAS berpendapat hanya dengan benar-benar membebaskan SPR dari menjadi alat kerajaan dan dengan menjadikan SPR bertanggungjawab langsung kepada Parlimen akan dapat mengangkat kepercayaan masyarakat kepada SPR.

 

Sehingga ini berlaku sukar kewibawaan SPR dapat dipulihkan dikacamata masyarakat.

 

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS 

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam KENYATAAN MEDIA, Kerajaan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 323,883 hits
Kalendar
Oktober 2007
M T W T F S S
    Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: