TERAS BANTAH KERAS TANAHAN POLIS DISEKSA SEPERTI DI ABU GHARIB DAN GUANTANAMO

Kenyataan Media
19 hb Oktober 2007

Keputusan Mahkamah Tinggi membela Malik Hussin yang telah dianiayai oleh angota polis dalam tahanan selama 57 hari pada 1998 melegakan banyak pihak yang berjuang untuk menegakkan keadilan di negara ini.

Catatan mengenai penganiayaan yang dilalui oleh Malik termasuk dipukul , ditendang , disuruh minum air kencing serta didera secara seksual sangat mengejutkan boleh berlaku dalam tahanan polis.

TERAS menyelar perbuatan keji ini yang dibenarkan berlaku dalam tahanan polis sendiri.

Jika kerajaan Malaysia dan rakyatnya membantah keras apa yang berlaku di pusat tahanan Abu Gharib dan di Guantanamo , kenapapula kita boleh membenarkan perbuatan yang sama dilakukan didalam negara ini? Apakah kita ingin menunjukkan kepada dunia bahawa kita boleh melakukan sesuatu yang lebih keji dari pusat-pusat tahanan yang digeruni itu.?

Seperti yang diungkap oleh Malik , bukan soal RM2.5 juta yang diperintah oleh mahkamah untuk dibayar oleh pihak kerajaan dan PDRM yang menjadi defenden , tetapi
yang jauh lebih penting ialah pembelaan terhadap suatu kezaliman yang dilakukan oleh pihak yang telah menyalahgunakan kuasa ke atas dirinya.

Bermakna juga keadaan yang sama boleh berlaku dan mungkin berlaku tanpa pengetahuan masyarakat awam termasuk tidak diambil endah oleh pihak kepimpinan
kerajaan sendiri.

TERAS kesal terhadap apa yang terjadi kepada Malik oleh suatu perbuatan jelek yang dilakukan oleh bekas Ketua Polis Negara. Ia adalah suatu perbuatan melampau yang telah merosakkan nama PDRM yang tidak sepatutnya dilakukan oleh sebuah agensi penguatkuasa undang-undang yang harus menjadi contoh kepada masyrakat awam.

Keputusan itu menberi mesej yang kuat betapa penahanan melalui ISA sangat mudah disalahguna oleh anggota polis jika tidak dikendalikan mengikut peraturan. Lantaran itu kewujudan ISA itu sendiri harus dipersoalkan. Jika seseorang itu boleh diperlakukan
secara zalim dilokap penahanan apakah perlu undang-undang dinegara ini?

Kami dengan itu menggesa agar pihak kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya bebas dalam mengawasi perlakuan polis agar bertindak mengikut garis undang-undang
kerana penahahan tanpa hak walaupun untuk satu hari adalah zalim bagi seorang insan.

TERAS kesal kenapa cadangan yang telah syorkan dan telah diterima oleh PM yang telah digaris oleh Suruhanjaya Membaikpulih Polis dahulu telah diketepikan begitu sahaja hanya kerana dibantah oleh pegawai-pegawai polis.

Apakah kepentingan yang ada dipihak polis yang dianggotai lebih dari 90,000 orang itu tidak mahu diawasi perlakuan mereka , padahal ini adalah untuk mengelakkan salahlaku anggota yang boleh mencemar nama baik PDRM.

Kes Malik perlu menjadi pengajaran kepada sistem kepolisian negara ini jika kita mahu kepercayaan masyarakat kepada polis ingin dipulihkan kembali.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam KENYATAAN MEDIA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,823 hits
Kalendar
Oktober 2007
I S R K J S A
    Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: