KORIDOR EKONOMI PERLU KAJIAN SEMULA

Keghairahan kerajaan untuk melancarkan koridor ekonomi yang bertali-temali dalam tempoh yang singkat sangat mengkhuatirkan kami. Dalam masa 1 tahun lebih , senggang 5 ke 7 bulan koridor ekonomi WPI dan NCER telah dilancarkan dan kini ECER dan Koridor Sabah dan Sarawak akan dilancarkan dalam masa terdekat pula.

 

Sebenarnya konsep pertumbuhan koridor ekonomi semada dalam sesebuah negara atau sesebuah rantau bukan sebuah konsep baru. Sebagai contoh rantau Latin Amerika dan Brazil telah lama mengunakan konsep koridor ekonomi ini namun telah dikritik hebat oleh ahli ekonomi dan NGO kerana didapati tidak mapan dan limpahan ekonomi yang didakwa akan berlaku  tidak menjadi.

 

Kekhuatiran kami ialah konsep pembangunan mapan tidak dijadi arus perdana dalam  kerangka pembangunan berskala mega seperti ini.

 

Dengan pengumuman  ratusan projek di suatu  kawasan yang melibatkan  ribuan hektar ini , dijangka pembinaan infrastruktur fizikal akan menjadi sangat luas dan pantas.

 

Pembangunan seperti jalanraya , kompleks , kawasan perumahan dan perkilangan , fasiliti awam seperti bekalan air dan elektrik , telekomunikasi , jambatan , empangan , institusi pendidikan dan khidmat kesihatan… semua ini akan dibangunkan secara sangat meluas dan pantas.

 

Natijahnya ialah tekanan dan eksploitasi ke atas sumber alam seperti bukit , hutan , pantai , kawasan bakau , sumber galian bumi , sumber air di kawasan tadahan  dan sungai , perkampungan dan  kawasan pertanian dan nelayan kecil akan menjadi sangat intensif.

 

Jangkaan kami ialah alam sekitar yang sudah sangat sensitif ini akan terjejas tatkala eksploitasinya akan mengambil sebahgian besar sumber yang sudah sedia mengecil di negara ini.

 

Skala projek-projek mega dan semi mega dalam semua kawasan koridor ekonomi ini akan memberi kesan  kepada keseimbangan dan kestabilan ekologi yang serius jika tidak diurus dengan teliti.

 

Kami juga sangat sangsi akan andaian bahawa akan berlaku limpahan ekonomi yang sering dijadikan umpan  untuk rakyat menyokong projek-projek sebegini.

 

Sebenarnya tidak jelas kajian unjuran limpahan yang hanya indah pada kertas tetapi tidak menentu  pada realitinya. Pada kami limpahan ekonomi yang didakwa dalam bentuk pekerjaan dan taraf pendapatan tidak disokong oleh kajian ekonomi yang dapat dilihat dan diberi maklumbalas oleh masyarakat awam.

 

Dalam banyak kritikan yang diberi kepada projek mega yang sering membawa risiko tinggi ialah limpahan ekonomi tidak berlaku dalam masa yang berpanjangan kecuali hanya dalam tempoh yang sengkat dan tidak mapan.

 

Realiti yang berlaku ialah “kepungan ekonomi” atau “empangan ekonomi” akan berlaku dimana yang terjadi ialah limpahan itu akan kering dan tidak mengalir lagi melainkan hanya berada ditangan segelintir kelompok kapitalis semata-mata. Golongan tempatan akan hanya mendapat sisa-sisa kecil dari ekonomi yang dikatakan tumbuh.

 

Secara fakta , pendapatan yang bertambah sedikit tidak akan mampu bertahan dengan kos hidup tempatan  yang akan meningkat berlipat kali ganda dalam masa yang sengkat.

 

Lebih menakutkan ialah tatkala syarikat yang mengutamakan penurunan kos akan akhirnya mengutamakan pekerja kontrak dari pekerja asing yang lebih mudah dieksploitasi dengan gaji rendah.

 

Analisis ekonomi ditingkat mikro sering tidak menjadi pertimbangan golongan kapitalis yang akan  mengutamakan keuntungan maksima dengan kos minima. Kekhuatiran kita ialah pendatang asing akan sekali lagi memenuhi tapak-tapak projek dan akhirnya mengambil tempat

ekonomi tempatan.

 

Kami juga mempersoalkan kesan kepada pentadbiran diperingkat pihak berkuasa tempatan mahupun diperingkat negeri.

 

Dengan asakkan projek-projek yang umumnya akan dikawal langsung oleh pusat , risiko penghakisan kuasa  agensi tempatan dalam hal-hal tertentu akan berlaku tatkalasyarikat hanya akan mahu berunding langsung dengan pentadbiran pusat.

 

Kuasa mengawal dan menentukan kelulusan projek akan tertumpu dipusat. Kuasa tempatan dan negeri hanya terpaksa akur kepada arahan dan kelulusan pusat sehingga pelan dan rancangan tempatan tidak akan relevan lagi. Prosedur yang lazim seperti mendapat maklumbalas teknikal dari jabatan diperingkat lokal akan diketepikan hanya kerana semuanya perlu bergerak pantas seperti yang sering diminta oleh Perdana Menteri.

 

Sebagai contoh pengumuman projek mega PGCC di Pulau Pinang mendapat kelulusan dengan kepantasan yang memecah rekod.Tiada perundingan dan maklumbalas awam diminta , tiada perundingan dengan agensi yang berkaitan dengan penyertaan bumiputera dilibatkan.

 

Kerajaan negeri dengan megah menerima projek ini hanya kerana cemburu dengan KLCC !

 

Apakah kesan kepada penduduk Melayu yang sudah lama terpinggir , tidak dipedulikan kerana menganggap golongan Melayu kecil ini tidak layak diambil kira pandangan mereka selaian hanya menjadi penumpang kepada projek mega ini.

 

Koridor ekonomi ini juga jelas tidak mengambilkira keperluan untuk mendapat maklumbalas awam seperti yang sepatutnya .Padahal kesannya akan melibatkan nasib jutaan rakyat.

 

Keghairahan kerajaan nampaknya telah mengenepikan keperluan untuk berkonsultasi dengan rakyat kerana projek mega diangap “hadiah” kerajaan kepada rakyat ,dan dengan kerana itu rakyat hanya perlu menerimanya dengan penuh kesyukuran semata-mata.

 

Kami mengesyorkan semua projek ini hendaklah menurut prosedur dan perundangan negara dan skalnya harus disemak semula. Kami lebih yakin dengan program pembangunan  yang sederhana sifatnya sahaja yang akan mampu bertahan berbanding dengan ekonomi yang berskala mega ini.

 

Kerajaan yang terlalu teruja dengan projek-projek mega dalam suasana ekonomi dunia tidak menetu ini harus meneliti dan mengambil pengajaran dari krisis ekonomi 1997/98. Kenaikan harga minyak yang dijangka akan mencecah angka sejarah USD 100 setong tidak boleh

dihalang lagi. Apakah pemimpin negara hanya memantau dan menunggu semata-mata sehingga akhirnya projek-projek mega yang akan menelan belanja berbilion ringgit tidak akan mampu bertahan lagi.

 

TERAS menggesa kita kembali kepada kewarasan dan rasional kita kembali jika kita tidak mahu menjadi rakyat  yang “menang sorak , negara tergadai”.

 

 

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 323,883 hits
Kalendar
Oktober 2007
M T W T F S S
    Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: