MELAYU PERLU BANGUN DARI KELALAIAN

SIARAN MEDIA

24 hb Oktober 2007

Kami memandang serius terhadap kealpaan bangsa Melayu yang tidak memanfaatkan pelbagai skim kemahiran dan bantuan usahawan yang telah diujudkan oleh puluhan agensi kerajaan . Ratusan skim latihan teknikal dan vokasional telah diatur untuk kaum bumiputera mendapat segala bentuk kemahiran supaya boleh hidup berdikari.

 

Sebut sahaja apa latihan kemahiran yang dikehendaki. Hampir semua bidang kita punya agensi yang boleh melatih seseorang itu untuk memperolehi kemahiran yang diperlukan. Dari Pertanian sehingga menjadi tukang masak yang mahir , semua kemahiran boleh dicari asalkan bangsa Melayu mahu memajukan diri.

 

Sementera kita mempunyai ribuan graduan yang menganggur , manakala jutaan pekerja asing , kenapa kemudahan yang sedemikian banyak tidak dimanfaatkan oleh orang Melayu tempatan.

 

Pekerja asing yang sedemikian ramai mempunyai sikap yang serius untuk mencari makan di negara ini dan dalam masa yang singkat mereka kini berkemahiran dalam pelbagai bidang dari sekecil-kecil membancuh simen sehingga mendirikan bangunan pencakar langit. Bukan sahaja mereka nekad , akan tetapi juga mereka akan pasti jauh lebih mahir dari rakyat kita sendiri.

 

Sebagai bandingan  orang bukan Melayu mempunyai keupayaan untuk hidup berdikari tanpa terlalu bergantung kepada bantuan dari kerajaan.

 

Lihat sahaja pengamatan umum betapa kebanyakan anak-anak kecil dikalangan orang Cina dilihat mereka melatih anak mereka supaya mahir dalam pekerjaan kedai-kedai yang dimilikki orang tua mereka. Dari bengkel basikal sehingga kemahiran memperbaikki jam.

 

Anak-anak Cina sukar dicari dalam keadaan menganggur , betapapun ada yang tidak berpendidikan tinggi. Dari awal lagi komitmen ibubapa mereka terhadap pendidikan

anak-anak jauh lebih tinggi dari bangsa Melayu sendiri.

 

Ribuan sekolah jenis kebangsaan Cina mampu berdikari adalah kerana ibubapa anak-anak Cina tidak berkeberatan  utnuk menyumbang demi kemajuan pendidikan anak mereka.

 

Ini masih sangat jauh berbanding orang Melayu. Yang aneh ialah ketika orang Melayulah yang banyak menerima bantuan dari kerajaan menakala pelbagai  agensi yang memberi keutamaan kepada usaha untuk pembangunan sumber tenaga manusia seharusnya bertujuan memberi galakan untuk memastikan negara ini terbangun dengan tenaga mahir dari kalangan rakyat sendiri. Sayangnya berbilion ringgit dikeluarkan untuk mendirikan pusat-pusat latihan , namun ternyata orang Melayu tidak memanfaat sepenuhnya.

 

Ada suatu budaya yang perlu dikikis dikalangan orang Melayu.Iaitu perlu dipastikan tidak ada seorangpun yang berupaya menganggur dikalangan orang Melayu. Perlu dipertegaskan bahawa budaya bergantung kepada kerajaan perlu dikikis habis-habisan.

 

Setiap ibubapa orang Melayu perlu memastikan anak-anak Melayu tidak ada yang berpoya-poya dan terlibat dengan gejala negatif. Ibubapa Melayu tidak boleh menganggap bahawa kerajaan sahaja yang perlu menanggani masalah gejala sosial yang sedang menyemarak kini.

 

Kami berpandangan suatu gerakan transformasi secara besar-besar dalam mengubah sikap dan budaya hidup orang Melayu perludi lancarkan. Akan tetapi kita tidak

mahu riuh rendah pengumuman dan pelnacaran . Apa yang perlu kita lakukan ialah dengan berterusan anak-anak Melayu yang tidak mempunyai kemahiran apa-apa

hendaklah diberi latihan pelbagai jenis bidang.

 

Janganlah hendaknya bangsa Melayu menyalurkan anak-anaknya ke Pusat Serenti dan ratusan terbunuh di atas jalanraya hanya kerana ibubapanya mengutamakan anak-anak membeli motorsikal yang akhirnya terlibat dengan kegiatan merempit.

 

Pusat Latihan yang begitu banyak dinegara ini pula perlu mencari jalan mengesan semada mereka yang telah dilatih dapat berdikari atau tidak.Kami menyarankan agar mereka yang menguruskan semua latihan di pusat-pusat latihan memberi penekanan khusus kepada soal displin dalam kehidupan dan bagaimana mereka harus hidup berdikari.

 

Dengan cara sahajalah bangsa Melayu tidak boleh hanya berpuas dengan bantuan kerajaan tetapi bekerja keras menjadi insan Melayu yang bermaruah dan bermartabat.

 

 

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam KENYATAAN MEDIA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,879 hits
Kalendar
Oktober 2007
I S R K J S A
    Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: