PROSEDUR PERBELANJAAN KERAJAAN TIDAK DIPANTAU OLEH MENTERI

Tindakan BPR untuk mendakwa beberapa kakitangan awam dan meminta beberapa lagi diambil tindakan tatatertib memberi mesej penting kepada masyarakat awam.

Inilah julung-julung kali suatu tindakan diambil berdasarkan Laporan Audit Negara yang mendakwa pegawai kerajaan kerana penyelewengan.

Namun menjadi persoalan kami ialah kenapa ketua sesebuah Kementerian juga tidak turut dipertanggungjawabkan , padahal mereka juga sepatutnya meneliti semua projek dan pembekalan berjalan mengikut peraturan dan prosedur yang sedia ada.

Nampaknya tindakan BPR tidak berlengah panjang untuk menyiasat dengan kies-kes itu ketika ia mendapat liputan meluas oleh media.

Sementara ia menunjukkan penyelewengan yang mengakibatkan kerugian jutaan ringgit wang awam , kita juga tertanya kenapa pihak yang mengetuai sesebuah Kementerian tidak turut disiasat sehingga punca penyelewengan serta rangkain penyelewengan dapat

dibongkar.

Kami berpendapat keputusan diperingkat pegawai bawahan sering juga berlaku akibat arahan pihak atasan.

Lebih parah lagi salahguna kuasa dan kedudukan juga sering menyebabkan pegawai bawahan menjadi mangsa bila menjalankan tugas atas nama “yang menurut perintah”.

Kita tidak menafikan bahawa mengumpulkan bukti untuk mensabitkan pihak atasan terutama yang mempunyai kedudukan politik yang tinggi sukar untuk dijadikan

alasan kukuh untuk didakwa .

Akan tetapi pihak BPR tidak harus hanya melepas tangan kepada sisatan yang berkait dengan pihak atasan dan kelompok yang mempunyai kedudukan politik.

Pencegahan amalan menyeleweng perlu bermula dengan melihat punca dan rangkaian gunakuasa yang terlibat.

Bermula dari meluluskan sesuatu projek bekalan kepada Jabatan atau agensi kerajaan sehinggalah kepada proses pembayaran . Adakah wujud ruang penyelewengan kuasa

atau pembabitan orang luar dari jabatan yang mengguna kuasa dan pengaruh untuk menetapkan siapa yang mendapat tender.

Sudah lama kita telah menyarankan supaya kaedah perundingan terus ( direct negotiation) hendaklah dihapuskan. Ia sebenarnya membuka ruang yang sangat

besar kepada penyelewengan . Banyak tender kerajaan yang menggunakan kaedah ini telah disangsi oleh banyak pihak bagi menjamin semada peraturan menganugerah

tender kepada sesuatu syarikat dilakukan dengan betulatau disebaliknya.

Sejak dasar pengswastaan dimulai diawal tahun 1980an , amalan perundingan terus telah dilakukan tanpa rasional yang kuat kenapa sesebuah syarikat itu diberi

untuk mendapat projek penswastaan.

Oleh kerana itu pengumuman Ketua Pengarah BPR kelmarin, bagi kami masih belum memadai untuk menunjukkan pihak kerajaan benar-benar bersungguh untuk membentaras penyelewengan dan rasuah.

Terlalu banyak lagi lubang rasuah yang tidak ditutup malah masih banyak yang tidak dambil tindakan yang berkesan terhadap pihak atasan dan pemimpin politik yang menyeleweng dalam urusan berpolitik seperti membeli undi dan menabur wang kepada pengundi.

Kami menggesa supaya pihak BPR tidak berhenti hanya dengan mendakwa pegawai kerajaan tetapi tidak mengambil tindakan kepada berbagai kes yang telah

dilapor sebelum ini yang melibatkan pemimpin politik atasan.

Sesungguhnya pihak yang mengguna pengaruh dan kedudukan politik banyak yang telah menjadikan pegawai kerajaan terperangkap antara tugas yang diamanah untuk

dilaksana mengikut peraturan dengan tekanan politik yang sering campurtangan dalam urusan agensi kerajaan.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam KENYATAAN MEDIA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 324,181 hits
Kalendar
Oktober 2007
M T W T F S S
    Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: