Perasmian Persidangan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Malaysia

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Tn. Hj Azmi bin Abdul Hamid, selaku Pengerusi Sekreteriat Kongres Umat Islam seMalaysia (SKIMA). Beliau  menvceritakan mengenai keterlibatan badan bukan kerajaan (NGO’s) didalam pembentukan sesebuah negara tidak dapat dipertikaikan.

Beliau mengulas beberapa isu-isu dunia terkini seperti di Pakinstan, yang diujar oleh beliau sebagai “negara eksperimen” bagi umat Islam. kekacauan pada situasi hari ini bukan sahaja melibatkan musuh dari luar, malah didalam negara, yang dilaksanakan oleh pemimpin bersifat diktator.

Beliau menegaskan supaya, kita tidak punya pilihan melainkan menggunakan segala kepakaran dan kekuatan yang ada untuk bergabung dan mencari sistem yang kukuh bagi membangunkan sebuah negara yang mendaulatkan Islam. tanggungjawab menjalin dan menjaring ini perlu sebagai satu usaha menyatupadukan umat Islam dalam menangani isu-isu umat Islam. Penyatuan yang kemas didalam sebuah gerakerja juga perlu dititikberatkan didalam menghadapi sesuatu permasalahan.

Persidangan ini adalah diharapkan memulakan sebuah sejarah, bukan dengan membelek kertas kerja, bukan dengan mendengar hujah, namun sebagai satu pemersatuan gerakan yang mampu menjadi satu badan yang benar-benar aktif dalam menyelesaikan kemelut masyarakat. bermula dengan pembentukan organisasi memurnikan ummah sehingga kepada sediaupaya bersama membetulkan segala macam kontradiksi didalam pentadbiran negara.

Dato’ Haji Ahmad Bin Yaakob Timbalan Menteri Besar Kelantan merangkap Pengerusi Persidangan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Malaysia 2007. (merasmikan majlis)

Dato’ Haji Ahmad memulakan bicara dengan sepotong ayat dari surah Al-Baqarah, ayat ke 71.

Beliau menyuarakan akan kepentingan NGO dalam usaha menyemak semula nilai-nilai kemerdekaan di Malaysia terutama melibatkan agama Islam dan umat Islam. kelopok-kelompok kecil ini mampu untuk menyedarkan masyarakat kerana partisipasi secara menyeluruh mereka terhadap golongan akar umbi. menyedari akan peranan yang telah diberikan kerajaan sedia untuk bersama-sama dengan NGO bagi bergerak bersama dalam menyampaikan sesuatu yang benar kepada kerajaan.

Perkara-perkara seperti Hak asasi manusia, ekonomi, sosial, dan kepentingan membela agama Islam mampu untuk dibincangkan didalam persidangan ini. Realiti-realiti yang berlaku dalam masyarakat masakini meruntun untuk umat Islam bekerjasama. Maka perlu kita ada pengorbanan, kesabaran dan kesungguhan dalam menangani segala macam ancaman dan cabaran terhadap Islam. 

Diharapkan, persidangan ini mampu untuk merencana dan menyusun agenda-agenda bagi meneruskan kerja-kerja pemersatuan ummah kebawah naungan Islam.

majlis dirasmikan dengan bacaan Ummul Kitab.

Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 317,682 hits
Kalendar
Oktober 2007
M T W T F S S
    Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: