Persidangan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Malaysia – sidang 4,5,6,

Sidang 4

TAJUK: MENGGERAKKAN PERTUBUHAN ISLAM KEARAH KEMANTAPAN POLITIK DAN KEPIMPINAN ISLAM

PEMBENTANG: YB DATO’ Hj. HUSAM MUSA

Pembentang memulakan dengan menunjukkan demografi kependudukan orang Melayu di Malaysia. Keadaan ini banyak berubah pada masakin dimana berlaku perubahan demografi dimana kemasukan pendatang asing ke negara  yang secara tidak sedar boleh memberi kesan kepada politik tanahair.

Bilangan komposisi sekarang yang menunjukkan kemorosotan peta demokrafi kaum Melayu semenjak Malaysia diisytiharkan dengan merdeka (50 tahun dahulu). Begitu juga hal yang sama terjadi terhadap komposisi jumlah kerusi samada dalam Bahagian mahupun dalam Parlimen yang turun daripada kadar yang sepatutnya diperoleh.

Namun peningkatan berlaku pada gejala sosial yang melanda umat Melayu, malah semakin parah. Hal ini cukup merumitkan bagi orang Melayu sekiranya tidak diambil satu tindakan yang serius.

Pembentang telah mengambil contoh beberapa negeri di Malaysia sebagai bahan kajian. Misalnya, kedudukan orang Melayu di Pulau Pinang, pola dan tahap orang melayu terus merudum. Pulau Pinang, yang suatu ketika dahulu pernah menjadi transit bagi umat Islam untuk ke Mekkah.  Namun hak terhadap orang Melayu terhakis dari tahun ke tahun. Hal yang sama turut berlaku di Sabah.

Perkara yang ditekankan adalah dengan membentuk gerakan terhadap kepimpinan negara yang berpaksikan kepada fikrah Islam. Pembentang mencadangkan diadakan untuk mengadakan satu seminar membincangkan kaedah supaya islam bukan sahaja dapat diterima oleh bukan Islam (dengan mengikis sifat negatif terhadap Islam) malah terhadap penyebaran agama dalam kalangan orang bukan islam. Pembentang mengambil contoh kumpulan Hisbullah di Lebanon, yang bukan sahaja dapat menyediakan keperluan asas untuk rakyat setempat malah mendapat kepercayaan daripada penduduk Kristian di Lebanon.

Pembentang juga menekankan mengenai pengukuhan terhadap pengamalan Islam. Pembentang menceritakan beberapa kejayaan yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dalam memberi kesaksamaan dalam masyarakat setempat. Pembentang menyeru peserta supaya membentuk satu paradigma yang luas kepada orang bukan Islam.

Perlunya pada masakini untuk pertubuhan untuk memberikan bukan sahaja kepada kaum islam, malah golongan bukan islam yang memerlukan bantuan kita. Badan kebajikan, dalam konteks ini amat diperlukan dalam menentukan survival kepimpinan Islam di Malaysia.

Beliau berharap agar keberlangsungan persidangan ini dapat memberikan impak didalam gerakerja pertubuhan-pertubuhan Islam yang terdapat di Malaysia.

SIDANG 6

Pembentang : DATO RAMELI B. MUSA

Tajuk: MELAKAR AGENDA MEMPERKASA EKONOMI – MEMBINA DAYA KEUSAHAWAANAN DAN KESATUAN EKONOMI UMMAH.

         Pembentang membentangkan mengenai pengalaman beliau ketika bersama-sama dengan SAPURA HOLDING. pembentang merumuskan sepanjang beliau berada di SAPURA, negara-negara Islam gagal untuk menunjukkan akhlak-akhlak Islam, terutama dalam etika dan keprofesionalisme dalam perniagaan.

        Pembentang menekankan supaya usahawan perlu tidak menekankan akan keuntungan, tetapi perlu memantapkan pekerja dibawahnya. Diantara kelemahan dalam perniagaan adalah disebabkan oleh tidak amanah, sikap ingin cepat mendapat keuntungan, cetek dalam pemahaman ilmu perniagaan, dan tidak mahu mengambil risiko.

        Syarat yang penting didalam perniagaan adalah kepimpinan didalam organisasi. Sesebuah visi syarikat tidak dapat dicapai sekiranya orang yang berada didalam organisasi tersebut tidak bergerak seiring dengan visi tersebut. Syarikat kecil & sederhana yang dipegang oleh umat Islam di Malaysia hanya menguasai 10 % sahaja dari IKS. Hal yang sama berlaku bagi indusri-industri berstatus mega di Malaysia. Pembentang telah menyarankan beberapa perkara yang boleh diambil sebagai pemangkin kepada ekonomi umat Islam. Diantaranya:

  1. Kepimpinan yang berkesan – pemimpin perlu mencabar peluang yang ada.
  2. Membentuk rakan kongsi dan jaringan yang mantap dan berfungsi diantara satu sama lain.
  3. Pemimpin perlu tahu akan motivasi setiap pekerja.
  4. Pemimpin perlu menjadi model yang terbaik terutama dikalangan pekerja.
  5. Meraikan pekerja yang memberikan sumbangan yang dilakukan oleh sesiapapun didalam organisasi.
  6. Tidak mudah berputus asa dalam melakukan dan melaksanakan bidang perniagaan.

Pembentang juga menekankan perlu berhati-hati dengan beberapa situasi dalam organisasi iaitu:-

  1. Ego centric
  2. Vision Gap
  3. Group Meeting

SIDANG 6

TAJUK : PENDIDIKAN DAN PENGHAYATAN ISLAM DI MALAYSIA – SATU TINJAUAN

PEMBENTANG : YB Hj. Mohd Amir bin Abdullah.

Pendidikan  Islam telah dimulakan sebelum zaman penjajahan, dengan pembukaan pondok oleh beberapa ilmuan islam dalam beberapa kerangka ilmu. Hasil daripada pengajian tersebut, golongan yang keluar daripada pondok telah berjaya mengasimilasi ilmu yang diperolehi dalam kehidupan seharian. Beberapa contoh yang diberikan seperti didalam pembuatan baju kurung untuk wanita serta pembinaan rumah-rumah Melayu yang secara tidak sedar, Islam telah meresapi dalam setiap aturan pembuatan barangan. Begitu juga didalam proses perkahwinan. Pemahaman ilmu-ilmu Islam turut dijadikan aspek untuk pemilihan pasangan.

Namun, keadaan mula berubah dimana penjajah telah datang dan membina beberapa sekolah misionari bagi memasukkan unsur-unsur dakyah didalamnya.

Sejak dari itu, Islam mula terhakis sedikit demi sedikit.

Usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam pemurnian islam dalam kalangan masyarakat diakui ada dilaksanakan, namun ia bersifat hanya pilihan dan bukan bersifat menyeluruh. Hal ini dapat dilihat dimana matapelajaran Pendidikan Islam hanya diletakkan sebagai matapelajaran opsyen sahaja dan tidak bersifat wajib. sehingga berlaku ketidakfahaman penganut Islam terhadap Islam (boleh dilihat berdasarkan konteks pemakaian, akhlak, serta amanah dalam melaksanakan tugas dan aktiviti harian.

Lebih merumitkan lagi apabila terdapat jurang dalam kalangan pelajar yang mempelajari ilmu agama, dan ilmu Sains (kejuruteraan, Fizik dl) dimana jika dilihat pada skala Intelektual, kedua-dua ilmu ini amat diperlukan. Hal yang ketara dapat dilihat terutama didalam pengambilan pekerja dimana majikan lebih cenderung kepada ilmu-ilmu sains.

Kekacauan didalam sistem pendidikan ini perlu dinilai semula nilai bagi sesebuah ilmu tersebut, terutama dalam Pendidikan Islam dimana bukan sahaja diterapkan mengenai kegunaan ilmu, tetapi akhlak dalam mengaplikasi ilmu tersebut. Setidak-tidaknya, ilmu yang diperolehi dapat menjadikan pelajar tersebut hidup didalam kehidupan islam dan bekerja untuk membangunkan umat islam dan bukannya hanya untuk membangunkan dirinya sahaja.

Kesimpulan yang diberikan oleh pembentang adalah supaya perubahan yang akan dilaksanakan didalam sistem pendidikan ini dapat menjadikan satu usaha pemurnian islam didalam masyarakat.

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Persidangan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 340,662 hits
Kalendar
Oktober 2007
I S R K J S A
    Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: