Persidangan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Malaysia sidang 7

SIDANG 7

TAJUK : MEMPERKASA DAN MENYEMARAKKAN GERAKAN MUSLIMAH DALAM PERTUBUHAN ISLAM. 

PEMBENTANG : Dr Mastura Badziz.

Perlaksanaan sistem Islam tidak dapat tidak perlu dilaksanakan bersama-sama, lelaki dan wanita. keterlibatan wanita masakini didalam beberapa sekor pekerjaan cukup besar. Ditambah lagi dengan keperluan untuk melaksanakan urusan kehidupan dirumah, wanita masakini cukup terbeban dengan tugas-tugas tersebut. Jadi perlunya, golongan lelaki memahami dan bekerjasama dalam membentuk dan mengurus sesebuah keluarga.

 Pembentang menekankan perlunya diimplementasikan setiap perbincangan yang diperolehi dari pelbagai konvensyan islam terutama didalam pembentukan ummah. pembentang telah menjuruskan lagi perbincangan dengan memberikan beberapa wanita-wanita ilmuan dan agung yang cukup dikagumi dalam Islam. Namun, realitinya, tokoh-tokoh ini jarang diketengahkan.

 Suami perlu faham sekiranya isterinya terlibat didalam gerakan Islam. Tokoh-tokoh ilmuan Islam terdahulu seperti Imam al Ghazali, telah menunjukkan satu modul dan model yang praktikal yang boleh dikendalikan oleh ibubapa Islam. malah konsep ini lebih tinggi tahapnya berbanding sistem pendidikan yang diamalkan oleh ilmuan dari Barat.

 Pembentang mempersoalkan apakah cara bagi membantu wanita yang berkerjaya dan mempunyai tugas tambahan untuk dilakukan dirumah. adakah cukup dengan mengambil pembantu rumah dan membiarkan mereka untuk mendidik anak-anak kita. Sedangkan mengikut statistik, pembantu rumah indonesia terletak pada tahap yang rendah didalam kaedah untuk mendidik kanak-kanak.

Sekiranya berlaku gejala sosial didalam sesebuah rumahtangga, banyak jari akan dituding kepada isteri. katanya gagal untuk mendidik anak, tidak meluangkan masa untuk keluarga dan sebagainya. persoalannya, apa pula peranan suami? adakah perlu seorang suami meninggalkan peranan mendidik itu diserah bulat-bulat pada seorang isteri?

Kanak-kanak perlu mendapat bimbingan daripada kedua-dua belah pihak. Tidak boleh disebelah pihak sahaja. Malah persediaan awal kanak-kanak adalah perlu kerana pada usia itu, perkembangan dan resapan terhadap ilmu dan akhlak cukup kuat. Perkembangan kanak-kanak dibawah umur 6 tahun cukup untuk membawa mereka kepada satu identiti Islam yang sejati.

Kursus-kursus perkahwinan juga perlu menekankan mengenai pembinaan kanak-kanak, supaya bakal pengantin lebih bersedia dan lebih serius dalam membimbing keluarga kearah yang diredhai oleh Allah. Adalah lebih baik ibubapa membawa anak-anak mereka turut serta didalam program ilmu-ilmu mereka. Hal ini akan memberi kefahaman kepada kanak-kanak akan aktiviti yang dilakukan oleh ibubapa mereka disamping membentu keinginan kepada mereka untuk bersama-sama didalam majlis ilmu ini kelak. begitu juga didalam menganjurkan persidangan, kanak-kanak boleh diajak sekali dan diadakan satu program khas untuk mereka. dengan ini, bukan sahaja ibubapa yang mendapat ilmu, malah kanak-kanak itu juga.

Pengawasan daripada kedua ibubapa perlu disepanjang proses pembesaran kanak-kanak. Hal ini perlu bagi membantu mereka mengenal mana yang baik, dan mana yang salah, supaya mereka boleh berfikir dengan waras akan setiap tindakan yang mereka ingin lakukan.

Pembentang mempersoalkan akan bahagian mana yang perlu diperkasakan? beliau menegaskan supaya kita perlu memperkasakan generasi sekarang, baru membentuk suatu generasi yang lebih cemerlang, bukan sahaja didunia, malah di akhirat. Pemerkasaan ini meliputi pelbagai aspek, keintelektualan, kesedian dalam membentuk rumahtangga, faham akan tanggungjawab di kedua-dua belah pihak.

Setelah pembangunan asasi ini telah terbentuk, maka anak-anak yang terbentuk adalah anak-anak yang boleh menguasai segala ilmu dengan berpaksikan kepada ketauhidan kepada Allah.

program ditamatkan pada jam 6.55 petang.

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Persidangan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 340,661 hits
Kalendar
Oktober 2007
I S R K J S A
    Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: