Persidangan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Malaysia – sidang 8,9

SIDANG 8

TAJUK : PEMURNIAN SOSIO BUDAYA DAN PEMBANGUNAN GENERASI MUDA : PERANAN PERTUBUHAN ISLAM

PEMBENTANG : PROF. MADYA DR. MUHAMMAD NOR MANUTY

Pembentang merumuskan 3perkara yang akan dibincangkan

  1. Krisis  kepimpinan umat.
  2. Pengaruh pembaratan (pemodenan dan pensjagatan) serta impaknya.
  3. Pembangunan generasi muda muslim.

Kesan daripada Rancangan Malaysia pertama hingga kini, kita banyak mengikut acuan Barat dalam membuat pembangunan hidup masyarakat. Timbul beberapa bandar yang berpaksi kepada struktur negara-negara maju. Namun , hambatan sosial yang negatif di barat turut menular di Malaysia.

mencari seorang pemimpin yang ada kepercayaan adalah sukar masakini.

Umat Islam masakini dibaluti dengan krisis kepemimpinan. Malah amalan-amalan yang suka kepada keseronokan dunia (hedonistik) semakin mudah diterima oleh masyarakat. kepentingan wang dan pangkat bukan setakat menular kepada sektor kolar putih tetapi disebarluas ke badan keagaaman dan kehakiman. faktor pengagihan peluang untuk mencari rezeki di tutup dengan agenda lobi-melobi sehingga menimbulkan amalan rasuah.

Malang sekali, terdapat beberapa pemimpin melayu lebih sensitif terhadap perasaan orang-orang bukan melayu berbanding orang-orang islam itu sendiri. jelaslah, kepepimpinan politik yang lemah dan tidak berteladan baik adalah punca utama kepada beberapa kerosakan yang sedang berlaku didalam institusi sosial, keselamatan, pendidikan, ekonomi, budaya dan lain-lain.

Di kampus, kelesuan dan kerosakan nilai semakin menjadi barah yang cukup kronik. Mahasiswahilang arah tuju sebagai seorang penuntut ilmu yang amat tinggi kedudukannya dalam agama Islam. Usah ditanya tentang disiplin kepimpinan pelajar masakini yang semakin suram dan muram, akibat daripada ditekan dengan hebat oleh pihak Universiti.

Budaya pembaratan pula cukup mencengkam sehinngga budaya ini menular dalam masyarakat melayu. Pemakanan ala Barat, pakaian cara barat ini dikatakan sebagai tren yang terkini. Pengaruh ini cukup global.

Persoalannya apakah kita mampu untuk terus bertahan dengan nilai-nilai agama dan budaya tempatan yang selama ini melestarikan kehidupan masyarakat? bukankah kita telah melihat penyakit meterialisme sudahpun berhasil merosakkan amalan kerjasama, gotong-royong, dan berjemaah dalam masyarakat Melayu?

Berita mengenai kes pembunuhan seakan satu perkara yang lazim untuk dikeluarkan. Insiden adik Nurin yang dibunuh secara kejam menuntut kita untuk menilai semula sistem yang kita laksanakan sekarang. pembunuhan ini bukan sahaja dilakukan dalam kalangan profesional, malah juga telah merebak di kalangan remaja! fenomena ini telah menyebabkan Malaysia persis dengan kota-kota besar seperti New York, Chicago, Los Angeles dan lain-lain.

Melihat perkembangan aliran ideologi moden serta kesan cengkamannya dalam kehidupan masyarakat muslim pada masa kini, kita tidak seharusnya menjadi panik, kecewa dan gelabah. Sebaliknya, apa yang wajar kita lakukan ialah menumpukan perjatian terhadap pembangunan semula generasi muda Muslim.

Masa muda adalah masa yangpaling sesuai dan tepat bagi membangun nilai-nilai insan yang mulia, menambah ilmu pengetahuan dan meraihkan kedudukan yang tertinggi dalam agama, sosial, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

PERANAN PERTUBUHAN ISLAM DALAM MEMPERKASAKAN KEPMIMPINAN GENERASI MUDA

  1. Pemerkasaan barisan kepemimpinan generasi muda Islam
  2. Pembudayaan Ilmu
  3. Menjadikan Masjid sebagai gelanggang berkesan membina generasi muda Islam
  4. berusaha secara serius untuk bekerja dalam satu pasukan
  5. Menggunakan blog sebagai medium agama dialam siber
  6. Merapati golongan hartawan supaya mereka dapat menginfakkan sebahagian harta untuk jalan Allah.

SIDANG 9

TAJUK: MEMBINA KEKUATAN BERSAMA DAN MENGHADAPI CABARAN MENDAULATKAN ISLAM DI MALAYSIA

PEMBENTANG: SAUDARA YUSRI MOHAMAD, PRESIDENT ABIM

Pembentang menggambarkan usaha untk bergerak bersama didalam satu kumpulan yang besar itu, bukan satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan.  Dalam masa yang sama, agama Islam ditentang, diuji oleh kelompok-kelompok yang mempertikaikan sistem yang dipakai di Malaysia.

Islam yang dihayati secara total, pasti akan menang, tetapi tidak semestinya di Malaysia. tidak semestinya di tangan kita ada jaminan yang kita berjaya menghayati Islam.

:: Cabaran dan Hambatan ::

Diperingkat paling asas iaitu peringkat individu, setiap insan yang berakal mengharungi kehidupan sebagai satu ujian besar. Maka, individu dalam diri itu sendiri tidak boleh terlepas dari lingkungan Islam. Barulah gabungan yang ingin dibentuk boleh berpadu diantara satu sama lain.

bagi seorang mu’min sentiasa dihimpit dengan 5 dugaan:

  • mu’min yang dengki kepadanya
  • munafiq yang membencinya
  • kafir yang memeranginya
  • syaitan yang membisiknya
  • Dengki dari orang mu’min

Jika dilihat kepada cabaran umat Islam di Malaysia

  • Akidah umat
  •  
    • murtad
    • ajaran sesat
    • takfir (mengkafirkan), Tadhlil (menuduh sesat) dan tabdi’ (menuduh bi’ah)
  • penghayatan agama tidak menyeluruh

perlu bagi kita mempunyai kesedaran, kefahaman (amar ma’ruf) dan penguatkuasaan (nahi mungkar). kekuatan yang abadi iaitu kebenaran agama, ulama pewaris anbiya, dan kekebalan/immuniti Ummah (‘ismah).

Beberapa konteks didalam kekuatan bersama (Jama’iy)

  • gabungan kekuatan individu yang mempunyai tunjang kekuatan Ummah
  • hubungan yang kuat antara komponen utama Ummah
  • kekuaan dalaman setiap komponen utama
  • kemahiran dan kemampuan bergerak sebagai satu saf yang padu.
Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Persidangan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 324,014 hits
Kalendar
Oktober 2007
M T W T F S S
    Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: