TAFSIR QURAN IKUT SEMASA MENGELIRUKAN

Kenyataan yang dilapor dalam Utusan Malaysia bahawa PM dalam manjlis penutupan Multaqa biro Agama UMNO menyarankan supaya Quran hendaklah ditafsir mengikut keadaan semasa jika benar amat mengelirukan dan sangat

bahaya.

TERAS sangat kesal jika pemikiran seperti ini yang cuba diketengahkan oleh PM dalam usaha untuk melahirkan sebuah “Islam mengikut zaman”. Padahal apa

yang dituntut ialah membina pembangunan itulah yang harus tunduk mengikut kehendak Islam dan bukan sebaliknya.

Saranan PM supaya masyarakat Islam tidak mentafsirkan Quran secara jumud dan perlu diterjemah secara dinamik sangat selaras dengan cara berfikir dengan fahaman Islam Liberal yang telah ditolak oleh ulama’ mu’tabar seluruh dunia.

TERAS berpendapat adalah perlu diperbetulkan supaya PM jangan terperangkap dengan agenda golongan bukan Islam termasuk kuasa besar Barat seperti Amerika yang mahu supaya mengujudkan “reformasi terhadap Islam”

Jika pemikiran ini diserapkan dalam masyarakat Islam kita akan jelas memenuhi kehendak agenda musuh Islam yang memang mahu Islam itu di”jinakkan” mengikut kehendak mereka.

TERAS menggesa PM memeperbetulkan kenyataan ini jika ia bukan kenyataan beliau yang sebenar. Jika tidak maka tidak salah untuk masyarakat Islam merumuskan bahawa maksud Islam Hadhari yang sebenar ialah Islam

Liberal yang telah diisytihar haram oleh Majlis Ulama’ Indonesia.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam KENYATAAN MEDIA
One comment on “TAFSIR QURAN IKUT SEMASA MENGELIRUKAN
  1. khairulnizambakeri berkata:

    Tafsir ala Hadhari!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 318,138 hits
Kalendar
November 2007
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
%d bloggers like this: