SERUAN IKHLAS KEPADA PASUKAN POLIS DAN FRU

SERUAN IKHLAS KEPADA PASUKAN POLIS DAN FRU

Saudara ku pasukan keselamatan polis dan FRU,

Sdr tahu bahawa negara kita sedang mengalami krisis kepimpinan , pengurusan , rasuah, demokrasi yang herot dan permainan terhadap suara rakyat melalui sistem pengundian yang menyebabkan ramai kalangan yang berhak mengundi dinafikan hak mereka. SPR dan jentera negara yang seolah-olah dimiliki oleh kumpulan parti yang memerintah merampas hak rakyat untuk membuat perubahan dan memainkan peranan politik mereka yang bebas daripada intimidasi , sogokan, ancaman dan manipulasi media yang digunakan secara totok untuk mendangkalkan pemikiran dan pemahan rakyat sehingga mereka terpedaya dan tidak dapat membuat keputusan yang betul menurut lunas demokrasi yang sebenarnya.

Ini bermakna rakyat kehilangan kedaulatannya.Peranan demokrasi untuk memberi rakyat pilihan untuk memilih kepimpinan baru daripada parti lain yang lebih berintegriti, berwibawa dan bermoral untuk membetulkan kepincangan dan salah urus yang dilakukan oleh kerajaan dinafikan.Rakyat tidak berupaya untuk membuat reformasi dan perubahan kerana sistem peralihan kepimpinan dicengkam sedemikian rupa. Sebab itu kita lihat satu kumpulan parti yang terbukti mempunyai rekod korupsi yang tinggi terus menang dan menang selama 5o tahun tanpa ada titik akhir. Wal hal di negara negara demokrasi yang maju pemerintahan parti setiap lima atau sepuluh tahun bertukar corak. Dengan adanya pertukaran yang sewajarnya kepimpinan negara mereka menjadi lebih dinamis , berdaya maju dan berintegriti.Dengan itu mereka membentuk kepimpinan dan pengurusan negara yang sentiasa memenuhi kehendak rakyat.

Usaha dan desakan untuk membetulkan kepincangan ini telah disuarakan sedemikian lama tapi tidak nampak ada respon yang serius dan ikhlas untuk mereformasi amalan yang tidak beramanah dan salahlaku dalam hal ini. Oleh itu Bersih yang dianggotai oleh sekian ramai NGO berazam untuk menghimpunkan secara aman seramai mungkin pengikut masing-masing untuk memberikan desakkan yang berkesan kepada kerajaan BN hari ini agar membuat pembetulan dan rombakan yang serius dalam dasar, sistem dan tatacara pilihanraya untuk memberikan semula kedaulatan sebenarnya kepada rakyat untuk memulih dan mengislah atau mereformasikan kaadaan negara kita.

Jika ini dapat dicapai bermakna saudara , saya, malah seluruh rakyat akan dapat menghirup udara keadilan, kesaksamaan dan rakyat kembali berdaulat dan merdeka dinegara mereka sendiri. Dengan itu segala salah laku pengurusan dan amalan mentadbirkan kekayaan negara dan harta rakyat dapat dipulihkan.segera.

Nasib saya, saudara ; sebagai anggota keselamatan lebih terbela apabila kepimpinan tertinggi negara mempunyai moral dan integriti yang tinggi. Mereka tidak akan memerintahkan saudara melakukan kejahatan untuk menutupi kejahatan mereka dan selepas itu berlepas tangan dengan menyalahkan saudara yang menurut perintah secara membuta tuli. Oleh itu insaflah saudara perhimpunan kami adalah perjuangan rakyat dan perjuangan saudara sendiri sebagai rakyat yang tidak bersekongkol dengan kejahatan mereka. Saudara harus membenarkan perhimpunan rakyat secara aman tanpa gangguan ; justeru dia adalah hak rakyat yang diberikan oleh perlembagaan secara adil dan bukan hanya kepada ahli umno atau BN sahaja. Dia juga hak rakyat dari segi syara’.Jangan saudara ikut merompak dan mencabul hak ini bersama para pemimpin korup berkenaan

Selaras dengan itu saudara jangan mematuhi perintah yang bercanggah dengan kebenaran, moral, undang-undang dan syara’. Sesuai dengan hadith Rasulullah yang menegaskan bahawa tidak boleh patuh kepada makhlok dalam hal yang bertentangan dengan kehendak al Khaliq atau tuhan. Saudara pasukan keselamatan yang beragama dan berakhlak . Saudara adalah rakyat ramai seperti kami. Jika saudara mematuhi perintah makhluk yang bercanggah dengan kehendak Allah saudara akan memikul tanggongjawab peribadi atas mana mana kezaliman, kejahatan, penindasan yang saudara lakukan terhadap rakyat. Saudara tidak akan terlepas daripada hukuman Allah atas alasan saudara hanya menurut perintah. Ini kerana tuhan telah memberi pilihan dan malah memerintahkan agar arahan yang bercanggah dengan kebenaran dan keadilan tidak dipatuhi atau dita’aati.

Berilah laluan kepada rakyat untuk berhimpun secara aman sepertimana pengikut umno dan mic sebelum ini boleh berbuat demikian. Kemerdekaan bukan hanya milik parti yang berkuasa . Kemerdekaan adalah milik semua parti dan rakyat termasuk saudara sendiri sebagai pasukan keselamatan yang ada harga diri dan keinsafan. Saudara tahu bahawa rakyat yang susah dan miskin begitu bersusah payah datang daripada jauh – dengan belanja sendiri- untuk sekadar berhimpun secara aman telah ingin disekat oleh para pemimpin korup yang begitu banyak membolot duit rakyat melaui rasuah, komisyen dan salah urus pentadbiran harta awam . Oleh itu hargailah perjuangan rakyat, jangan gagalkan perjuangan mereka dengan tindakan brutal, memukul, membalasah atau menyakiti rakyat supaya saudara tidak menambahkan gandakan penderitaan mereka selama ini.Buktikan bahawa saudara adalah pasukan keselamatan yang mempunyai jati diri harga diri dan berpegang kepada prinsip kemanusiaan yang luhur.Saudara bukan hanya sebagai alat atau perkakas yang tidak berperi kemanusiaan.

Mari kita bersama menjayakan tuntutan kami, tuntutan kita, tuntutan rakyat agar demokrasi dipulihkan, kemerdekaan rakyat dikembalikan , sistem pilihanraya dibersihkan serta diluruskan menurut lunas keadilan dan kesaksamaan. Dengan itu rakyat akan dapat membuat perubahan dan mengatasi kemelut politik, sosial, ekonomi, budaya dan berbagai lagi kemelut lain demi kejayaan masa depan umat dan rakyat Malaysia amnya.

Ingatlah saudara kepada sabda Rasululullah. Ingat saudara kepada sanak saudara dikampong yang datang untuk menuntut keadilan melalui tunjuk perasaan secara aman yang lumrah dilakukan oleh semua bangsa yang tamadun dan malah telah dilakukan oleh komponen parti BN tanpa rintangan dan amaran keselamatan sebelum ini di Putra Jaya.

Kehadiran kami, wahai saudaraku pasukan keselamatan dan FRU bukan untuk mencabar saudara sebagai pasukan keselamatan yang bersenjata dan perwira negara. Kehadiran kami bukan untuk menunjukkan kekuatan . Kami hanyalah rakyat biasa yang juga saudara mara dan adik kakak saudara saudara juga. Kami ingin membela nasib kami dan nasib saudara daripada sistem dan amalan pentadbiran yang herot dan rosak.

Adalah malang sekali jika mereka berjaya melagakan kita sesama kita dengan mengandaikan rakyat rakyat lemah ini sebagi beruk dan sebagainya. Beruk sebenarnya ialah mereka yang tidak tahu baik dan buruk dan tidak mahu membuat perubahan dan tidak menghargai kepada kesedaran rakyat dan kemahuan mereka kepada keadilan dan perubahan. Sesungguhnya rakyat yang insaf dan sedar dan sedia bertindak menuntut keadilan – setelah dibiarkan sedemikian lama dengan sikap pekak badak – bukan makhluk kera atau beruk.

Kami adalah insan muslim, insan kristien, budha, hindu, sikh dan lain-lain yang tidak dapat tinggal diam melihat kemungkaran. Kami bukan syaitan bisu seperti mana yang disebutkan oleh Rasulullah kepada manusia yang melihat kejahatan dan keburukan tapi mereka hanya duduk mendiamkan diri . Kami adalah himpunan rakyat prihatin yang terdiri daripada para pemimpin berpuluh NGO dan parti politik yang merupakan sebahagian daripada rakyat yang berjiwa bersih dan ingin mendaulatkan kebersihan dalam pemerintahan negara ini.

Mari kita hurmati perhimpunan ini, mari kita hargai kumpulan rakyat yang datang semata-mata kerana memperjuangkan prinsip , nilai luhur, keadilan dan kesaksamaan.

Berilah mereka peluang berhimpun secara aman demi rakyat dan negara. Beri kami peluang untuk mengatur barisan dan perjalanan secara teratur dan aman untuk seterusnya menemui Yang DiPertuan Agong dan seterusnya bersurai dengan teratur dan aman.

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 347,201 hits
Kalendar
November 2007
I S R K J S A
« Okt   Dis »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
%d bloggers like this: