MENGADAP DYMM YANG DI PERTUAN AGONG ADALAH HAK RAKYAT

15 hb November 2007

 

TERAS menyangkal kenyataan PM bahawa tindakan rakyat untuk menyerahkan petisyen kepada DYMM Yang Di Pertuan Agong dalam perhimpunan 10 hb November baru-baru ini sebagai mengheret Seri Baginda ke dalam politik.

 

Bagi TERAS , sesungguhnya DYMM tidak boleh dikatakan tidak ada perkaitan apapun dengan urusan politik negara. Peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan restu DYMM dalam melantik

, memecat  sesorang yang dilantik oleh DYMM serta membubarkan Parlimen adalah termasuk kuasa politik yang ada dalam kuasa Raja yang telah termaktub dalam perlembagaan negara.

 

Malah setelah berkali-kali beberapa pihak dari kalangan parti politik serta badan-badan sivil  yang memnuntut reformasi dalam sistem pilihanraya umum tidak dilayan oleh pihak kerajaan melalui SPR , maka menyalurkan suara tuntuan itu kepada Raja bukanlah suatu yang boleh dianggap salah dan mencabar pihak

Raja-Raja Melayu.

 

Tidak ada peruntukan dalam undang-undang negara yang tidak membolehkan rakyat mengadap Raja untuk mengadu hal-hal yang dianggap boleh diambil tindakan oleh Raja.

 

Oleh kerana itu setelah DYMM Yang Di Pertuan Agong berkenan untuk menerima memorandu rakyat , kenapa pula tindakan rakyat ini dianggap memerangkap Seri Baginda.

 

TERAS kesal dengan  kenyataan yang  tidak wajar yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri sedangkan DYMM sebaliknya menyambut rayuan rakyat.

 

Bukan sahaja ia boleh dianggap suatu penghinaan terhadap Raja , seolah-olah Raja tidak bijak dalam menilai sesuatu isu , malah ia boleh dianggap suatu

ugutan. Dengan menganggap menerima memorandum itu sebagai perangkap kepada DYMM , ia merupakan suatu ugutan terhadap kebijaksaan dan kuasa yang ada pada DYMM untuk membuat keputusaan.

 

Kami berpendapat pihak kerjaan sepatutnya segera meneliti apakah kandungan memorandum tersebut sebelum membuat tuduhan liar yang tidak wajar.

 

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri , Menteri Penerangan dan Menteri Jabatan Perdana Menteri yang secara melulu menyelar  perhimpunan untuk mengadap DYMM , akan mendedahkan mereka kepada kefanatikan

mempertahankan kuasa dengan mengenepi hak rakyat dan kuasa Raja..

 

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS 

 

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,922 hits
Kalendar
November 2007
I S R K J S A
« Okt   Dis »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
%d bloggers like this: