TINDAKAN MEMBERI PENYAPU TIDAK SESUAI DENGAN ADAB BANGSA

TERAS terkejut dengan tindakan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohd Khir  Toyo dalam kesungguhannya untuk memastikan pegawai PBT dan PTD menjalankan tugas dengan sempurna telah memberi penyapu kepada pegawai

berkenaan sebagai tanda menghukum mereka yang tidak melaksanakan tugas sebagaimana sepatutnya.

 

Sementara sememangnya setiap ketua pentadbir perlu bertegas terhadap kecuaian dan kealpaan kakitangan dibawahnya , akan tetapi  tindakan merndisiplinkan pegawai yang cuai tidak harus dilakukan secara mengaibkan . Memberi penyapu dengan cara yang dillakukan oleh MB Selangor sebagai hukuman itu melanggar adat dan adab bangsa yang tidak boleh diterima.

 

Kami berpendapat sudah sudah pegawai-pegawai dikalangan mereka yang sudah dewasa tidak selayaknya dilayan seperti anak-anak sekolah atau seperti hukuman di dalam tentera.

 

TERAS berpendapat cukup dengan melaksanakan peraturan tatatertib yang sedia ada disamping memngawas serta melaksanakan proses pemulihan secara sistem kaunseling yang lebih matang menjadi kaedah untuk memperbaiki

prestasi kakitangan. Kakitangan yang cuai tetap boleh dihukum tetapi panduan hukuman telahpun ada dalam peraturan tatatertib kakiatangan awam. Oleh itu apa perlu cara yang dilakukan itu diperkenalkan?

 

Memberi penyampu kepada mereka yang berkenaan oleh ketua pentadbiran bukan sahaja melanggar adab dan mengaibkan malah memberi tekanan saikologi yang berkekalan terutama dikalangan orang dewasa. Apatah

lagi jika mereka yang terlibat dihukum sedemikian rupa dihadapan khalayak ramai.

 

Kami berpendirian bahawa Menteri Besar Selangaor harus berhenti dari meneruskan pendekatan beliau itu yang akan memberi kesan negatif kepada kakitangan kerajaan keseluruhannya.

 

Harus diingat bahwa dengan cara demikian akan menyebabkan kemungkinan bertambah dendam dan rasa dihina oleh ketua kerajaan negeri dikalangan kakitangan awam padahal banyak kesalahan dan kecuaian golongan politik yang berada dibawah kepimpinan MB tidak diambil tindakan tugas seperti isu pembelian pelabuhan kelang dan isu pembinaan rumah tanpa kekulusan yang

berlaku di negeri Selangor.

 

MB Selangor harus ingat bahawa kakitangan kerajaan juga adalah orang dewasa yang harus dilayan sebagai orang dewasa termasuk ketika dihukum. Tidak harus ada pandangan negatif yang memberi gambaran seolah-olah

kakitangan awam adalah  golongan kanak-kanak sekolah yang boleh dihukum dengan cara sedemikian rupa.

 

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 323,969 hits
Kalendar
November 2007
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
%d bloggers like this: