KUALITI PENDIDIKAN DI SEKOLAH BIASA PERLU MENJAMIN KEJAYAAN

Surat

18 hb November 2007

TERAS mengalu-alukan pandangan Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran supaya ibubapa tidak terlalu mengharapkan anak-anak mereka yang mendapat 5A dalam UPSR tahun ini mendapat tempat di Sekolah Berasrama

Penuh (SBP). Kesuntukan tempat iatu hanya 6,000 sahaja berbanding 48,000 yang layak harus dilihat sebagai suatu realiti yang tidak dapat dielakkan.

Semenangnya harapan ibubapa untuk melihat anak-anak lebih terkawal dan menjalani pembelajaran lebih terurus di asrama adalah suatu keinginan yang tidak dapat dielakkan.Namun harus dingatkan juga ibubapa perlu tahu bahawa tidak semua kecemerlangan dapat dicapai di sekolah berasrama.

Sudah sampai masanya untuk ibubapa menyedari bahawa bimbingan dirumah adalah juga faktor pembantu untuk seseorang pelajar mencapai kecemerlangan dalam pendidikan.

Sementara itu kami berpendapat bahawa pihak Kementerian juga harus memastikan kualiti pembelajaran dan pengajaran di sekolah-sekolah harian mempunyai kesan yang sama dan tidak jauh berbeza dengan sekolah berasrama.

Sesungguhnya suasana pembelajaran di asrama memang membantu pelajar untuk berdisiplin akan tetapi disekolah harian juga jika dilaksanakan dengan sempurna akan memberi kesan yang sama dengan sekolah berasrama.

Kami juga berpendapat persepsi bahawa menghantar anak-anak ke sekolah berasrama akan melepaskan bebanan mengawal pembelajaran anak-anak adalah tidak tepat. Sebenarnya perhubungan antara anggota keluarga bila pelajar-pelajar berada dirumah boleh memperkukuhkan pembelajaran jika ibubapa memberi perhatian yang lebih kepada anak-anak.

SBP tidak harus lihat sebagai sebuah keistimewaan yang satu-satunya yang diharapkan oleh ibubapa. Tempat yang terhad adalah fakta yang tidak dapat dapat dielekakan.

Ibubapa perlu memberi perhatian kepada anak-anak ketika berada tidak rumah untuk memperkukuhkan pembelajaran anak-anak.

Kami berpendapat sudah sampai masanya ibubapa terutama di bandar meningkatklan kemahiran untuk mengurus pembelajaran anak-anak dirumah supaya tidak terlalu mengharapkan anak-anak ditempatkan di SBP.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam KENYATAAN MEDIA, Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 342,639 hits
Kalendar
November 2007
I S R K J S A
« Okt   Dis »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
%d bloggers like this: