TUMPU KEPADA MEMORANDUM RAKYAT

Kenyataan media

19 hb November 2007

TERAS mengesa agar pihak berkuasa tidak terlalu mempersoalkan semada DYMM Yand Di Pertuan Agong merestui atau tidak perhimpunan BERSIH , kerana yang lebih penting ialah apakah aduan rakyat supaya diadakan perubahan kepada SPR dan proses perjalanan pilihanraya dipertimbangkan oleh Seri Baginda.

Untuk terus mempersoalkan perhimpunan itu haram atau tidak , bukanlah perkara pokok. Rakyat telah turun untuk menyatakan sikap dan merayu agar beberapa perubahan dilakukan untuk mengujudkan pilihanraya yang adil dan bersih.Maka inilah yang seharusnya diberi tumpuan.

TERAS berpendapat bahawa pilihanraya terlalu mahal untuk dilaksanakan secara pincang kerana ia melibatkan soal masa depan negara. Apakah nasib yang akan dihadapi oleh rakyat itu boleh dijamin dengan bersikap

tidak peduli kepada proses pilihanraya yang dicemari oleh penipuan dan salahguna kuasa.

Oleh yang demikian adalah lebih utama tumpuan diberi kepada bagaimana tuntutan rakyat itu perlu dipertimbangkan dan bukan kepada soal perhimpunan. Pendirian Rakyat itu perlu benar-benar diberi perhatian yang serius kerana pilihanraya yang akan datang boleh dianggap tidak bermakna ketika mana penyelewengan dibiarkan berlaku.

TERAS mengesa agar hak rakyat untuk mengadu kepada DYMM tidak dipersoal. SPR dilantik oleh DYMM , maka ketika rakyat melihat adanya kepincangan maka adalah sangat wajar untuk rakyat mengadu kepada DYMM.

Soalnya hasrat yang hendak ditunjukkan oleh rakyat bukanlah suatu pemberontakan tetapi adalah sikap peduli dan bertangungjawab rakyat terhadap politik dan kepimpinan negara. Walaupun ternyata pihak kerajaan tidak senang dengan tindakan rakyat namun kesungguhan yang ditunjukkan oleh rakyat untuk memastikan pilihanraya berjalan dengan bersih dan adil harus dilihat secara sehat dan bukan ditafsir secara negatif.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam KENYATAAN MEDIA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 323,883 hits
Kalendar
November 2007
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
%d bloggers like this: