MENITI RASA PERKAUMAN YANG MERBAHAYA

1 Disember 2007

TERAS mengambil pendirian bahawa tuntutan Hindraf yang mengguna tuduhan kaum India menghadapi “etnik cleansing” , “pemusnahan ribuan Kuil” di Negara ini adalah tuduhan yang melulu dan tidak bertanggungjawab.

Dalam memorandum Hindraf terkandung tuntutan untuk hak istemewa kaum bumiputera perlu dimansuhkan dan mendakwa “golongan ekstrim Islam yang didokong oleh kerajaan sedang menindas kaum India” berbaur perkauman

yang tajam dan sempit dan membakar rasa benci kaum India kepada orang Melayu Islam.

Kami terpaksa bertegas bahawa jika hal ini yang menjadi alasan Hindraf untuk menuntut ganti ringgit bertrilion ringgit dari kerajaan British , bukan sahaja ia suatu tempelakan kepada bangsa Melayu yang seolah-olah menafikan hak orang India malah menuduh mereka diperlakukan dengan zalim dalam kontrak sosial yang dipersepakati dalam Perlembagaan Persekutuan..

Sudah tentu ini suatu tuduhan yang sangat berat dan berunsur menghasut untuk mempertembungkan bangsa India dengan orang Melayu.

Padahal tuntutan untuk mendapat ganti rugi itu dikaitkan dengan tafsiran bahawa kaum India didatangkan sebagai buruh upahan dari India yang didakwa tidak mendapat haknya sebagaimana sepatutnya selepas merdeka .

Soalanya jika benar ini menjadi alasan untuk Hindraf bertindak membawa isu ini kepada peringkat antarabangsa dan memberi gambaran wujudnya penindasan

ke atas kaum India , kenapa ia tidak membandingkan dan mendedahkan pendapatan per kapita bangsa India adalah lebih tinggi dari orang Melayu di Negara ini?

Kenapa sejumlah orang India yang kaya raya dalam industri komunikasi dan penguasaan dalam bidang professional seperti peguam dan perubatan tidak juga disebut sebagai sebuah pencapaian yang mengatasi bangsa Melayu?

Kenapa nasib orang Melayu diperingkat bahawan jauh lebih buruk dari kaum India tidak ditimbulkan.? Kenapa kemunduran orang Melayu yang masih terus menjadi wajah yang lebih ketara di luar Bandar tidak menjadi perkara yang diungkitkan oleh Hindraf ?.

Jika ada ruang untuk kaum Melayu juga menuntut ganti rugi kepada kerajaan British , kaum Melayu juga sepatutnya mendesak pampasan bertrilion-trilion

ringgit kerana selepas 50 tahun merdeka sistem pentadbiran British telah menyebabkan orang Melayu hilang hak dan kuasa ekonomi yang dipindahkan kepada bangsa lain yang didatangkan dari luar.

Untuk menuding bahawa kaum India ditindas oleh bangsa lain padahal mereka mempunyai ruang untuk menikmati kesejahteraan dan kemakmuran di Negara dengan jauh lebih baik berbanding dengan Negara-negara disekitar Malaysia adalah sangat tidak bertangungjawab.

Golongan ini yang beragenda perkauman sempit yang dikaitkan pula dengan agama jelas cuba menggunakan alasan undang-undang untuk mendramatik tuntutan mereka seolah-olah ia suatu yang menasabah.dan boleh menjadi

suatu tuntutan bersejarah dalam sistem mahkamah yang sedia ada.

Pada akhirnya sudah tentu tuntutan itu tidak mungkin dapat dilayan oleh kerajaan British akan tetapi tujuan asas mereka ialah supaya diberi gambaran seolah-olah mereka sedang mengalami “genocide etnik” yang paling zalim.

TERAS ingin mengingatkan bahawa selama 50 tahun merdeka bangsa Melayu sudah mengadai dan memberi ruang yang sangat luas kepada kaum lain untuk menikmati kemakmuran di Negara ini.

Dari pemilikan tanah kepada mendirikan dan mendapat peluang belajar di institusi pengajian tinggi , membina puluhan ribu kuil , mengujudkan sekolah jenis kebangsaan , membenarkan penggunaan bahasa ibunda sendiri dan mendapat jawatan dalam sektor awam dan swasta ,…. orang Melayu menunjukkan keupayaannya untuk menghargai kehadhiran bangsa lain bersama di Negara ini.

Polisi Jus Soli yang membenarkan kerakyatan automatic telah melicinkan proses perwarganegaraan bangsa lain untuk terus hidup secara sah di Negara ini.

Kenapakah Hindraf mengungkitkan penafian hak dan penindasan seperti yang cuba digambarkan yang sebenarnya tidak wujud seperti yang didakwa . Jika

memang dakwaan dalam memerondum Hindraf itu palsu dan mengandungi unsur untuk melaga-lagakan antara kaum ,maka TERAS merasa berkewajipan untuk memberi reaksi balas yang tegas.

TERAS sememangnya mahu keharmonian di Negara ini tidak digugat oleh unsur dan tindakan melampau yang mencetuskan kebencian antara kaum. Jangan hendaknya Hindraf cuba merosakkan keamanan antara agama dan bangsa yang telah cuba dipupuk sekian lama.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Merbok, Kedah

Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam KENYATAAN MEDIA
2 comments on “MENITI RASA PERKAUMAN YANG MERBAHAYA
  1. Azfar Abdullah berkata:

    Cikgu Azmi,
    Ana (azfar) ambil copy dan paste kan artikel ni di blog ana..
    harap cikgu merestui 🙂

    Salam dari Syria

  2. malaysian berkata:

    You are right, the term ‘ethnic cleansing’ is way overboard and humiliating to Malaysia.

    Indians at estates did not have ‘astro’ back then and thats why they produced many kids. Lack of ways to kill time, lack of reasons to gather (other than kedai todi) and natural devotion to their faith,
    they started to build temples anywhere they found a vacant spot. These temples were the towncenter where they had social gatherings and therefore many good memories are attached to these structures. Even the indians do not really understand as to the reasons why the structures to remain. As if their god only live at this one shack and cannot find another place to stay!.

    In the meantime, other races must learn to understand this ‘attachment’ thingy and act accordingly so as not to hurt their feelings .

    If community of faith A really respects the faith B, community A will take all endevours to avoid hurting the sentiments of faith B even if B is ultimately wrong and stupid.
    IF community A cant help but hurting the feelings of community B, propers steps should be taken to clear the air and remove all misunderstandings. before any harsh action is taken.
    However, the case in recent Malaysia is that community A have proceeded to act in a manner which is misunderstood by community B.

    We dont need clash of faiths. We only to respect each other and discuss over the issues. This is certainly not what happened in Malaysia.

    Only genuine respect towards another creature,race or religion can save Malaysia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 317,654 hits
Kalendar
Disember 2007
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: