Kenyataan media

Kenyataan media 26 hb Disember 2007   

   Ternyata kita terkejut dan terpaksa terus menyuarakan bantahan terhadap tuntutan mereka terutama bila mereka beralasan yang keterlaluan ,  bahawa ujud “etnik cleansing” yang berleluasa di Negara ini dan adanya  penindasan terhadap kaum mereka.    Walaupun seperti yang telah diungkapkan oleh banyak pihak bahawa hujah mereka sangat melampau bukan sahaja dari sudut fakta malah dari sudut realiti harian yang dapat kita lihat di Negara ini , namun mereka berjaya menarik perhatian pucuk pimpinan Negara untuk tunduk kepada kehendakkan mereka.   Malah pihak Perdana Menteri yang memberi isyarat supaya tuduhan ke atas 31 anggota mereka yang awalnya didakwa dengan jenayah berat iaitu cuba membunuh seorang anggota polis , digugurkan sendiri oleh Peguam Negara. Suatu prisiden yang bersejarah.    Akan tetapi ditengah-tengah perbahasan yang hangat itu , adakah kita lupa betapa banyak keresahan dan sungutan bangsa Melayu nampaknya semacam tidak bererti malah tidak mendapat liputan dan layanan seperti itu dalam media berbahasa Melayu sendiri jauh sekali jawapan yang tuntas dari PM sendiri. Pada hal yang dituntut adalah ditujukan kepada pemimpin-pemimpin orang Melayu sendiri.   Ternyata ujud suatu ironi yang sangat pelik. Sementera pihak yang berwewenang sangat sensitif dan segera memberi reaksi terhadap tuntutan mereka , suara Melayu yang menuntut agar pihak kerajaan melaksanakan dasar-dasar yang sedia ada untuk membela nasib orang Melayu yang tertindas dan terpinggir  tidak diendahkan.   Dalam hal ini tidak keterlaluan jika kami menganggap bahawa ujud semacam sebuah diskriminasi kepada bangsa Melayu sendiri tanpa disedari. Cuba lihat beberapa realiti berikut;   1.Masayarakat Melayu menuntut agar pengantar bahasa Inggeris untuk pengajaran Matematik dan Sains segera dikembalikan kepada bahasa Melayu. Suara ini datang bukan dari orang biasa malah dari golongan cendikiawan. Malah suara ini diungkapkan dalam perhimpunan parti pemerintah sendiri. Alasan bahawa negara perlu mendidik rakyatnya menguasai ilmu melalui menekankan bahasa Inggeris sudah dihujahkan dengan sangat menyakinkan bahawa hal ini tidak benar. Akan tetapi pihak berkuasa terus menolak tuntutan tersebut dan berbelanja jutaan ringgit untuk melaksanakan dasar yang bercanggah dengan perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Kini natijahnya sudahpun semakin nyata . Kemunduran anak Melayu terutama di sekolah desa akibat tidak dapat mengikuti pelajaran Matematik dan Sains semakin terbukti.   2.Masyarakat Melayu juga menyuarakan kedudukan hartanah Melayu yang kini dihimpit oleh pembangunan . Tanah milik orang Melayu menjadi sasaran pengambilalihan oleh pihak kerajaan bagi pihak pemaju. TRM (Tanah Rizab Melayu) terus mengincup apabila tanah Melayu diambil untuk memberi laluan kepada pembangunan yang menyisehkan bangsa melayu sendiri. Malah banyak  TRM yang tidak diganti sedangkan ia suatu keperluan dalam Perlembagaan Persekutuan.    3.Sistem meritokrasi yang telah menghentikan pertimbangan kuato Melayu dalam kursus-kursus kritikal di IPT,  kini telah mengakibatkan bilangan pelajar Melayu sudah menurun.  Suara beberapa pihak ahli akademik Melayu yang meneliti ujudnya tren yang merugikan bangsa Melayu juga tidak diendahkan oleh pihak berkuasa. Atas nama persaingan sistem ini dipaksakan ke atas orang Melayu walaupun ada cara lain yang boleh dilaksanakan agar orang Melayu tidak terus terpinggir.    4.Masyarakat Melayu juga gusar dengan dasar pemberhentian bantuan  per kapita kepada SAR ( Sekolah Agaram Rakyat ) yang diganti dengan pengambil alihan melalui skim Sekolah Bantuan Kerajaan. Akan tetapi kehendak sekolah agama yang mahu berrjalan sendiri terus dinafikan dari bantuan kewangan padahal pelajar yang berada di SAR adalah 10% orang Melayu dan terbukti ada SAR yang cemerlang walaupun diuruskan sendiri oleh pihal lembaga masing-maisng. Kini segala bentuk kemudahan dan bantuan hanya disalurkan kepada sekolah yang berdaftar sebagai sekolah bantuan kerajaan dan menafikan hak ratusan ribu pelajar yang mahu belajar di SAR yang bebas untuk mendapat kemudahan seperti pengecualian yuran peperiksaan , permohonan ke sekolah berasrama penuh dan skim pinjaman buku teks.   5.Sementara itu masyarakat Melayu sangat gusar dengan betapa banyak lesen dan permit hiburan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa sendiri yang mengakibat generasi muda Melayu terjebak dengan acara hiburan tanpa henti semada dalam acara konsert mahupun dalam media massa seperti TV. Sudah berapa banyak aduan dan suara bantahan diungkap untuk pihak kerajaan segera memberhentikan acara-cara konsert dan hiburan  yang melampau malah pernah ditergur oleh mufti sendiri. Namun ternyata suara orang Melayu tidak diambil peduli bilamana pemerintah yang mahu sikap liberal diutamakan dari terlalu terikat dengan agama.   5.Bila bangsa Melayu melahirkan suara bantahannya terhadap kumpulan yang biadap terhadap Islam dan institusi Islam di negara ini , orang Melayu dingatkan agar jangan fanatik dan bersikap esktrim. Padahal orang Melayu hanya mahu agar maruah agama dan bangsa tidak dipersenda oleh orang lain. Isu IFC dan Artikel 11 yang cuba diungkit oleh pihak yang tidak mahu Islam menjadi asas penting dinegara ini terutama untuk bangsa Melayu dengan biadap mengguna saluran undang-undang untuk menggugat aqidah bangsa Melayu. Akan tetapi pihak berkuasa lebih mahu menjaga perasaan kumpulan mereka berbanding mendengar keresahan bangsa Melayu.   Demikian , ini adalah hanya sebahagian sahaja dari rungutan orang Melayu yang tidak punya harga disisi pemerintah. Yang nyata pihak berwewenang tidak melihat suara bangsa ini perlu diambil perhatian serius.   Kami merasakan sebenarnya  ujud  diskriminasi yang lebih serius kepada bangsa Melayu . Hanya kerana pihak pemerintah merasakan bahawa orang Melayu tidak punya masalah besar untuk terus setia dengan status quo yang ada , maka mereka tidak merasa terlalu perlu mendengar rintihan bangsa Melayu berbanding dengan bangsa lain. Yang nyata , perhitungan mereka adalah semada kuasa politik dapat terus dikekalkan walaupun hak bangsa sendiri diketepikan.   Kami menggesa supaya hal ini diperhatikan dengan seserius mungkin. Tanda bahawa orang Melayu sering terlalu mengalah bila membuat tuntutan hanya kerana kita mahu bertolak ansur dengan kaum yang lain nampaknya telah melahirkan situasi yang sangat janggal.    Soalnya apakah beberapa tuntutan seperti yang dinyatakan diatas akan menimbulkan rasa tidak senang dikalangan kaum. Walhal kebanyakan tuntutan itu adalah tuntutan yang tidak ada kena mengena dengan hak mereka.    Setiap pihak yang menpunyai sesntiviti yang tingggi untuk memastikan agar bangsa  Melayu tidak akhirnya merempat ditanah sendiri , maka kami mengharapkan sikap kritikal dan tegas dizahirkan dalam memastikan kedudukan bangsa tidak terpinggir atas nama pembangunan . Semua badan-badan Melayu perlu segera bangkit dari kelalaian yang  akan mengakibatkan anak bangsa terus tercicir dari arus dan gelombang tuntutan bangsa lain.   Mohd Azmi Abdul Hamid  Presiden TERAS 
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam KENYATAAN MEDIA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 317,654 hits
Kalendar
Disember 2007
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: