KEPUTUSAN KES SUBASHINI MEMBAWA KESAN BESAR KEPADA BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH DAN STATUS SYARIAH

 

Keputusan Mahkamah Persekutuan kelmarin mengenai kes permohonan Subashini yang mahu pertelingkahan dengan bekas suaminya di bawa  ke mahkamah sivil  yang

membolehkan seorang pasangan yang menganut Islam tidak boleh menghalang pasangannya membawa kesnya ke mahkamah sivil membawa kesan besar kepada kedudukan syariah di Negara ini.

 

Keputusan  yang memberi keizinan Subashini untuk menghalang bekas suaminya dari mengambil tindakan di mahkamah syariah memberi implikasi bahawa keputusan mahkamah syariah boleh digugat oleh makamah sivil.

 

Ini adalah suatu keputusan yang akan meletakkan ndang-undang syariah tetap berada dibawah kuasa undang-undang sivil.

 

TERAS melihat kes ini memungkinkan kes selanjutnya nanti akan memberi lebih besar ruang untuk keputusan mahkamah syariah berkait dengan.seorang Islam juga boleh dicabar oleh Mahkamah sivil walaupun keputusan itu bertentangan dengan kehendak hukum syariah.

 

Kami menegaskan bahawa masa depan undang-undang syariah di Negara ini sekarang akan terdedah kepada tentangan legal oleh orang bukan Islam melalui mahkamah sivil.

                                   

Ini bermakan usaha untuk memertabat dan memperkasa undang-undang syariah tidak boleh dilaksanakan untuk orang Islam sendiri selagimana ia boleh digugat oleh undang-undang sivil.

 

TERAS mengesa suatu semakan dan kajian mengenai implikasi dari kes ini diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan dan pihak pakar perundangan Negara.

 

Bagi TERAS ini bukan kes yang melibatkan  bidang kuasa mahkamah yang  kabur iaitu semada seorang bukan Islam berhak atau tidak mendapat keadilan di mahkamah syariah. Sebenarnya sudah ada kes dimana orang bukan Islam boleh dibawa ke mahkamah syariah untuk menuntut keadilan termasuk soal hak ke atas anak dan bekas suami.

 

Apa yang mengkhuatirkan keputusan ini telah meletakkan asas untuk sebarang  keputusan yang berdasarkan syariah boleh dibatalkan hanya kerana pasangan yang

bukan Islam membuat permohonan di mahakamh sivil.

 

Kami mengesa supaya kes ini tidak menjejaskan peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan bidangkuasa mahkamah syariah. Jika ini berlaku bermakna suatu kesan yang sangat signifikan telah berlaku dalam undang-undang Negara.

 

TERAS mengesa agar pakar undang-undang syariah segera mengkaji kesan lanjut dari keputusan ini supaya tidak berlaku penghakisan bidang kuasa mahkamah syariah yang

akan meletakkan status undang-undang syariah  berada dibawah undang-undang sivil.

  

 

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden
One comment on “KEPUTUSAN KES SUBASHINI MEMBAWA KESAN BESAR KEPADA BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH DAN STATUS SYARIAH
  1. alyaa berkata:

    salam..
    leh x anta post keputusan penuh kes nie…
    syukran jazilan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,991 hits
Kalendar
Disember 2007
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: