BANTAHAN KEPADA PENGGUNAAN ISTILAH ALLAH BERTUJUAN UNTUK MENARIK UMAT ISLAM KEPADA KRISTIAN

31 hb Disember 2007

 Yang Amat Berhormat

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

Perdana Menteri Malaysia

 

Assalamualaikum wr.wb.

 

BANTAHAN KEPADA PENGGUNAAN ISTILAH ALLAH BERTUJUAN UNTUK MENARIK UMAT ISLAM KEPADA KRISTIAN

 

Kami menarik pehatian serius kepada isu Sidang Injil Borneo yang sedang mencabar pihak kerajaan yang melarang kitab Injil terjemahannya ke dalam Negara ini yang mengguna istilah Allah mengganti Tuhan dalam versi bahasa Malaysia.

 

Tindakan pihak kerajaan untuk mengharamkan kemasukan buku , risalah dan kitab Injil dalam versi Bahasa Malaysia dan mengguna istilah yang mengelirukan umat Islam yang ingin dibawa masuk oleh Sidang Injil Borneo itu wajar berdasarkan larangan penganut agama lain dari menyebarkan agama lain dari Islam kepada orang Islam. Ini terdapat jelas dalam peruntukan Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan.

 

Dengan jelas kegiatan penyebar agama Kristian sememangnya mempunyai hasrat untuk menyasarkan umat Melayu Islam di Negara ini untuk beralih agama, maka tindakan Sidang Injil Borneo itu perlu dihalang agar tidak berlaku ketegangan agama di negara ini.

 

Alasan bahawa istilah Allah yang sudah lama diguna oleh Kristian Arab tidak dapat diterima kerana fahaman Allah penganut Kristian semasekali bertentangan dengan konsep keEsaan Allah pada umat Islam . Ia jelas tidak selaras dengan konsep KeTuhanan Triniti yang ada dalam faham penganut Kristian terutama fahaman Roman Katolik.

 

Sesungguhnya hujah ilmiah dalam teologi agama telah lama memisahkan makna-makna keTuhanan yang ada dalam Islam supaya ia jelas menggariskan KeTauhidan yang tegas dan tidak berkompromi dengan faham KeTuhanan di sisi agama lain. Oleh itu dengan hanya beralasankan bahawa Kristian Arab sudah mengguna istilah Allah tidak dapat diterima untuk membolehkan Sidang Injil Borneo sewenang-wenangnya menyebarkan risalahnya di Negara ini.

 

Untuk beralasan juga bahawa umat Islam tidak harus berfikiran sempit dengan menyekat pengaruh agama lain kepada umat Islam dalam dunia berteknologi canggih juga tidak dapat diterima ,kerana tanggungjawab pihak berkuasa Islam di Negara ini adalah untuk menjaga dengan apa cara sekalipun aqidah umat Islam yang kini sedang menjadi sasaran golongan yang bermisi memurtadkan umat.

 

Kami menarik perhatian juga betapa sensitiviti pemerintah berfahaman komunis seperti Russia telah mengharamkan Rislah an-Nur karya cendekiawan agung Badiuzzaman Said Nursi pada tahun ini ,  hanya kerana dianggap bertentangan dengan fahaman komunis anutan Negara itu. Bukankah memulihara suatu yang sangat asasi dalam Islam iaitu aqidah KeTuhanan dari dirosakkan oleh  dakyah mengenai faham Allah adalah lebih penting dari yang lain. Bagaimana mungkin kita membenarkan umat dikelirukan oleh pendakyah yang bermaksud untuk merosakkan aqidah umat dan mengalihkan mereka kepada agama lain.?   

 

Pihak kami menegaskan percubaan bertalu-talu pihak agama lain yang mahu kebebasan beragama di negara ini diamalkan dengan maksud membolehkan orang Melayu Islam boleh bertukar agama dengan mudah sangat berbahaya kerana ia boleh memprovokasi kemarahan orang Islam.

 

Ini tidak bermakna orang Islam bersikap emosional dalam menyekat hak agama lain dari diamalkan secara bebas. Namun gerakan sengaja untuk memurtadkan orang Islam dengan berselindung disebalik istilah dan bahasa adalah sangat jahat dan merbahaya dalam konteks kepelbagaian agama dan kaum di Negara ini.

 

Pengelaman di Indonesia yang memperlihatkan betapa umat Islam dijadikan sasaran oleh misionari Kristian melalui pelbagai cara termasuk mengguna istilah-istilah yang sama dalam agama Islam bagi menarik dan memenangi hati umat Islam kini sudah pun menunjukkan kemarahan orang Islam.

 

Kami menuntut agar pihak kerajaan bertegas dengan pendiriannya untuk melarang percubaan halus golongan yang mahu menukar wajah Negara ini sebagai Negara majoriti umat Islam.

 

Muslihat golongan Sidang Injil Borneo ini nampaknya adalah satu lagi percubaan pihak tertentu untuk terus menimbulkan isu kebebasan beragama seperti yang telah dicuba berkali-kali dalam beberapa kes yang dibawa ke mahkamah kebelakangan ini.

 

Kami mendapati adanya usaha yang berterusan untuk meningkatkan tekanan kepada kerajaan untuk akhirnya tunduk kepada kehendak golongan seperti ini melalui saluran undang-undang.

 

Kami mengesa agar umat Islam berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan pelbagai pendekatan yang cuba diguna oleh pendakyah agama lain ke atas orang Islam.

 

 

Syeikh Abu Bakar Awang

YDP Persatuan Ulama Kedah

 

Hafis Nordin

Pengerusi BADAI

 

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS


Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden
2 comments on “BANTAHAN KEPADA PENGGUNAAN ISTILAH ALLAH BERTUJUAN UNTUK MENARIK UMAT ISLAM KEPADA KRISTIAN
  1. alexious berkata:

    Tuntutan SIB ini tidak bermaksud untuk murtadkan orang muslim. Ianya diperlukan dalam istilah gereja dan kegunaan ahli gereja sahaja. Yang sedihnya ialah sistem pembelajaran di Malaysia diajar dalam bahasa melayu dan sangat sedikit tahu bahasa inggeris apalagi mengeja dalam bahasa ibundanya.

  2. Elmquist Wong berkata:

    Seperti mana walhal yang digembar-gemburkan oleh kerajaan mengenai SIDANG INJIL BORNEO dan usaha untuk mengkristiankan orang melayu adalah sama sekali tidak benar. Penggunaan Allah telah lama sejak azali termaktub dalam alkitab old testament dan Injil yang berikutnya. Tetapi kenapakah isu ini dianggap serius sedangkan penggunaan bahasa inggeris sebagai bahasa alternatif pun masih efektif untuk mengkristiankan orang islam yakni yang berbangsa melayu sekiranya itulah tujuan UTAMA orang SIB(yang sebenarnya bukan bertujuan untuk memurtadkan orang melayu muslim)dan penggunaan isu untuk mengharamkan perkataan Allah dalam Kristian SIDANG INJIL BORNEO seharusnya tidak timbul supaya ketegangan agama di negara yang aman damai ini tidak berlaku.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,558 hits
Kalendar
Disember 2007
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: