BASMI PEMBAZIRAN DAN RASUAH SERTA KRONISME – NEGARA TIDAK AKAN BANKRAP

31 hb Disember 2007

Kenyataan Timb.Perdana Menteri Datuk.Seri.Najib bahawa Negara akan bankrap jika harga minyak diturunkan boleh dipersoalkan.

TERAS berpandangan faktor projek membazir serta hidup mewah pemimpin-pemimpin yang boleh dielakkan sebenarnya adalah penyebab yang lebih besar untuk negara berkemungkinan bankrap.

Kenyataan betapa banyak perbelanjaan Negara disalahurus seperti yang dilapor oleh Ketua Audit Negara serta perbelanjaan yang berakhir dengan pembaziran kerana projek tidak siap atau tidak mengikut peraturan , jauh memungkinkan Negara bankrap jika dibandingkan dengan subsidi minyak untuk rakyat.

Lihat sahaja bagaimana kemewahan sara hidup pemimpin-pemimpin Negara seperti mahligai mewah , kereta mewah , mengguna wang rakyat untuk menampung perbelanjaan acara-acara mewah atas nama bersama rakyat seperti perkahwinan anak , menanggung perbelanjaan keluarga untuk bercuti keluarga Negara.

Kami melihat isu utama dalam kenaikan minyak bukan sahaja terletak kepada soal kenaikan harga minyak dunia tetapi juga berkait dengan bagaimana sesebuah pemerintah membiayai segala perbelanjaannya yang mengguna pendapatan dari minyak. Ratusan juta ringgit sehinga kini terpaksa dikeluarkan oleh Petronas untuk mengendali dan menyelenggara Litar F1 Sepang . Itu sahaja boleh membankrapkan Negara jika diteruskan tanpa alasan yang rasional.

Kami juga berpendapat harga minyak dapat dikawal jika pihak kerajaan mengawal penggunaan minyak diperingkat lokal sehingga ia akan memastikan rizab minyak yang ada dapat bertahan untuk kegunaan masa depan. Dengan dasar kerajaan yang ada sekarang , bukan sahaja rizab minyak negara akan habis dalam tempoh kurang dari 15 tahun lagi , malah kerajaan nampaknya ghairah untuk terus meningkatkan penggunaan minyak tanpa memikirkan kesan masa depan. Norway sebagai Negara maju itu sendiri telah mengamalkan pendekatan yang sangat berhemat utnuk menjaga rizab minyaknya untuk masa akan datang.

Persoalannya ialah kerajaan kini nampaknya ghairah dengan perbelanjaan yang bermewahan untuk projek-projek yang tidak menentu manfaatnya untuk rakyat terbanyak. Projek seperti Monsoon Cup, pembelian kapal selam dan pesawat pejuang yang dipersoalkan transaksinya , pembinaan Istana Negara yang terlalu besar perbelanjaannya , pembayaran ganti rugi projek jambatan bengkok Johor-Singapore yang menelan belanjaan ratusan juta adalah antara faktor yang boleh mempercepatkan Negara bankrap.

Kenyataan beliau yang menyatakan bahawa tidak masuk akal harga minyak boleh diturunkan kerana harga diperingkat dunia meningkat. Namun laporan penganalisis pasaran minyak antarabangsa di Lehman Brothers menyatakan kebanyakan penganalisa meramalkan harga minyak akan menurun kepada kurang dari USD90 dalam suku pertama 2008 dan ramai yang menduga ia akan menurun serendah UDS60 atau USD70 dipenghujung tahun 2008.

Penurunan pertumbuhan ekonomi US dijangka akan menurunkan permintaan minyak . Mengikut penganalisis, harga spekulatif minyak adalah faktor yang telah lebih menyumbang kepada kenaikan harga sebanyak antara USD10 hingga USD20 berbanding permintaan yang sebenar. Kini para spekulator harga minyak sedang berfikir semula semada harga minyak akan terus meningkat.

Lebih memeranjatkan lagi ialah Indonesia sebagai sebuah Negara yang dianggap jauh keterbelakang dari Malaysia pernah membuat keputusan menurunkan harga minyak untuk rakyatnya.

Kami mengesa agar pihak kerajaan tidak terus mengelirukan rakyat dengan isu kenaikan harga minyak yang dianggap tidak boleh disanggah oleh sesiapapun.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 317,612 hits
Kalendar
Disember 2007
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: