PERNYATAAN TERAS 2008

30 hb Disember 2007

Diambang sambutan 2008 , TERAS menyeru seluruh rakyat Malaysia membuat rumusan penting untuk terus mempertahankan kedaulatan dan maruah Negara serta berusaha untuk mengekalkan keamanan dan kehormanian disegenap masyarakat.

Sesungguhnya tahun 2007 mencatat pelbagai peristiwa dalam Negara yang memerlukan setiap rakyat berfikir secara matang dan berpandangan jauh untuk memulihara keutuhan kemerdekaan negara yang sudah mencecah 50 tahun .

Wawasan untuk membangunkan Negara mengikut acuan kita yang unik berteraskan kebudayaan kebangsan yang disepakati bersama mestilah dijayakan.

Tahun 2007 telah mencatat ulangtahun kemerdekaan 50 tahun Malaysia dan ini sangat bermakna buat seluruh rakyat. Dunia terus memberi perhatian kepada Malaysia sebagai sebuah Negara yang menjadi contoh dalam mengujudkan kesatuan dalam kepelbagaiaan.

Kami tidak menafikan sememangnya banyak yang boleh dan perlu kita perbaikki . Namun semuanya akan berjaya dicapai jika semua pihak mengenepikan kepentingan sempit dan dapat mengutamakan semangat hidup saling hormat-menghormati dalam sebuah perjanjian sosial yang seimbang dan dijadi formula yang melahirkan kejayaan demi kejayaan di Negara ini.

Cabaran ke atas rakyat Malaysia sangat besar dalam dunia yang semakin bergolak . Lantaran itu kita harus mengambil pengajaran dari semua peristiwa yang berlaku di dunia sepanjang tahun 2007.

Kejayaan kita membangunkan Negara seharusnya menginsafkan kita bahawa Negara ini adalah amanah yang kita pikul untuk generasi yang akan datang. Kegagalan kita untuk membentengi Negara ini dari unsur negatif merupakan pengkhianatan kepada generasi yang akan mewarisi peningalan kita..

Kami menyeru kepada semua rakyat agar sebarang perbedaan antara kaum dan agama di Negara ini hendaklah dikendalikan dengan hati dan pemikiran yang sejuk dan rasional berasaskan persetujuan kita yang asal dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.

Kita harus mengguna pendekatan perundingan yang matang untuk mengatasi sebarang masalah .

Kami juga menyerkepada setiap rakayat Malaysia bahawa keadaan sosio-ekonomi-politik dunia yang tidak menentu diperingkat dunia memerlukan kita bersikap cermat dan berhemat dalam semua tindakkan kita.

Sementara kita mahu bersaing dan menempatkan Negara ditahap dunia , kita harus ingat bahawa kita perlu memperkukuhkan diri kita sendiri dengan kekuatan budaya hidup yang sederhana berdasarkan nilai akhlaq yang kuat, mengurus sumber kita dengan cermat dan bijak, menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang membolehkan kita menjadi lebih produktif serta hidup berdikari dan mengukuhkan perpaduan antara sesama kita.

TERAS berazam akan berusaha untuk menyumbang kepada matlamat mengujudkan masyarakat yang lebih adil dan bermaruah serta kuat mempertahankan kedaulatan Negara.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU

F1014A , Kg.Pondok , 08400 Merbok, Kedah

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam KENYATAAN MEDIA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 340,676 hits
Kalendar
Disember 2007
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: