YURAN TAMBAHAN BOLEH MEMBEBANKAN JIKA TIDAK DIKAWAL


4 hb Januari 2008

Isu yuran tambahan yang kini menjadi sungutan ibubapa dalam sesi persekolahan 2008 sememangnya perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan.

Setelah pihak kerajaan mengumumkan yuran sekolah dan yuran peperiksaan dikecualikan ada tanggapan umum bahawa bebanan perbelanjaan persekolahan benar-benar menjadi rengan dipihak ibubapa terutama dikalangan mereka yang berpendapatan rendah ibubapa. Akan tetapi tanggapan ini tidak semuanya benar.

Sementera pengumuman kerajaan bahawa pendidikan di negara ini adalah percuma , masyarakat terkeliru dan menghadapi dilema bila mereka maseh perlu membayar yuran tambahan yang ditentukan oleh pihak lembaga pentadbir sekolah.

TERAS berpendapat bahawa sememangnya ibubapa perlu menghargai pendidikan sebagai suatu ynag perlu kepada pengorbanan. Adalah sangat tidak logik untuk semuanya diberi secara percuma , padahal ada yang benar-benar mampu .

Akan tetapi untuk membiarkan pihak lembaga sekolah secara tidak dikawal mengenakan yuran tambahan tanpa penyelarasan atau kawalan dari pihak Kementerian , ibubapa yang berpendapatan rendah dan miskin akan merasa bebanan seperti yang disuarakan oleh banyak pihak sekarang.

TERAS musykil kenapa yuran seperti kelas komputer, perpustakaan dan sukan perlu dikutip yuran. Padahal aspek pendidikan tersebut seharusnya sememang ada dalam perbelanjaan pendidikan diperingkat pusat.

Kami berpendapat ada yuran tambahan yang perlu dikaji semula dan penyelarasan perlu dibuat oleh pihak kerajaan. Akan tetapi sebuah sistem yang mengambilkira pelbagai tahap pendapatam ibubapa hendaklah dipertimbangkan bila ada yuran yang perlu dikenakan oleh pihak sekolah.

Sementara itu juga adalah tidak wajar pihak tertentu seperti Majlis Sukan Negeri mengambil kesempatan untuk mewajibkan buku-buku dan alat tulis sekolah dibeli dari pihak tersebut. Ibubapa seharusnya diberi pilihan yang membolehkan mereka membeli dari pihak lain yang mungkin lebih murah dan berkualiti. Soalnya kenapa sistem membeli dari MSSN yang sudah bertahun-tahun digunakan tidak disemak oleh pihak kerajaan. Adakah kajian semula semada kesannya positif atau sebaliknya ke atas ibubapa tidak dilakukan.?

TERAS berpendapat pihak kerajaan perlu benar-benar melihat soal keperluan mereka yang menanggung bebanan kos menyara pendidikan anak-anak yang semakin meningkat seperti pembelian pakaian dan alat sekolah yang lain.

Ketika kos perbelanjaan terus meningkat , pihak kerajaan perlu memberi keutamaan untuk benar-benar merengankan bebanan keluaraga yang berpendapatan rendah dan mempunyai anak yang ramai untuk menampung kos pendidikan.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam KENYATAAN MEDIA
One comment on “YURAN TAMBAHAN BOLEH MEMBEBANKAN JIKA TIDAK DIKAWAL
  1. jaggat berkata:

    nampaknya anda telah menggunakan gambar saya tanpa kebenaran saya terlebih dahulu.

    sebagai pemegang hak copyright gambar itu saya berasa kecewa dengan tindakan anda.

    sepatutnya anda memberitahu saya terlebih dahulu jika ingin menggunakannya. walaupun ‘watermark’ masih tak terusik anda harus memberitahu saya terlebih dahulu.

    Disebabkan anda TELAH PUN menggunakannya, saya meminta anda memberikan link kepada website saya dibawah gambar itu. Ataupun memberi “Credit” kepada saya.

    harap maklum.

    jaggat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,823 hits
Kalendar
Januari 2008
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
%d bloggers like this: