PPMK 10 Siaran Media:TERAS GESA PEMULIHAN KUALITI INSAN UNTUK SELAMATKAN KESTABILAN SOSIAL

Kenyataan Media

9 hb Januari 2008

 

SEMPENA

PERHIMPUNAN PENGGERAK MELAYU KE 10 TERAS PENGUPAYAAN MELAYU

PADA 1 MUHARRAM 1429H/10 HB JANUARI 2008 DI KUALA LUMPUR

 

TERAS GESA PEMULIHAN KUALITI INSAN UNTUK SELAMATKAN KESTABILAN SOSIAL

 

Sempena  Perhimpunan Penggerak Melayu Kebangsaan kali ke 10 TERAS PENGUPAYAAN MELAYU  pada  1 Muharram 1429H ini , kami ingin menarik perhatian kepada ketidakstabilan sosial terutama berkaitan dengan jenayah dan kelonggaran instutsi  keluarga yang nampaknya semakin memerlukan perhatian serius .

 

Kenyataan Perdana Menteri kelmarin bahawa kadar jenayah berat meningkat kepada lebih 13% menandakan ada sesuatu yang tidak  kena kepada sistem sosial yang sedang kita bina.

 

Kami memandang serius kepada fenomena peningkatan jenayah ini bukan hanya dari perspektif jenayah kolar biru malah termasuk jenayah kolar putih yang juga serius kerana ia membawa kepada ketidakstabilan social yang parah.

 

Kami juga tidak melihat sumber jenayah hanya dari perspektif demografi antara  rakyat tempatan dan pendatang asing , akan tetapi kepada nilai sosial yang semakin rapuh akibat kegagalan kita  mengujudkan kehidupan berteraskan kekuatan akhlaq dan penghayatan agama.

 

Sementara beberapa langkah yang diumumkan oleh PM adalah dialu-alukan , namun kami berpendapat bahawa mengatasi masalah jenayah hendaklah bermula dengan pembentukan nilai insan yang menjadi asas kepada nilai masyarakat. Hanya dengan menambah dan memperbaiki struktur pentadbiran dan pengawalan  pihak polis dan

memasang alat CCTV , bagi kami tidak akan menyelesaikan masalah.

 

Dengan bergantung hanya kepada kekuatan bilangan dan peralatan polis yang canggih , bagi kami hanya mampu mengawal dan memantau jenayah , bukan mengatasi punca jenayah berlaku.

 

TERAS berpendapat bahawa kecenderungan untuk melakukan jenayah sangat bergantung kepada suasana dan nilai sosial yang dipegang oleh masyarakat . Jika sebuah masyarakat sudah tenggelam dalam budaya hidup penting diri (individualistik) dan penting kebendaan (materialistik), maka ia merupakan penyebab yang mendorong mereka yang ingin mencari jalan pintas untuk melakukan jenayah.

 

Dengan yang demikian dalam jangka masa yang panjang, TERAS percaya pembangunan negara yang terlalu menekankan  persoalan aspek  fizikal  tanpa dengan bersungguh meningkatkan aspek keadilan sosial dan kekuatan nilai insan dalam masyarakat akan mengakibatkan jenayah berkembang.

 

Oleh kerana itu TERAS ingin mengusulkan beberapa cadangan pengukuhan sosial masyarakat di negara ini untuk mengembalikan kualiti insan dikalangan rakyat sekaligus membenteras gejala jenayah :

 

1.Aspek penghayatan agama perlu menjadi teras kepada pembangunan di Malaysia dan program-program yang tidak selaras dengan agama terutama dikalangan masyarakat Islam hendaklah dibenteras. Kegiatan penghayatan agama dalam pengertian yang betul yang terdapat dalam Islam hendaklah diperkukuhkan sebagai landasan yang penting untuk membentuk nilai sosial yang positif. Semua gerakerja kemasyarakatan semada dalam program anjuran pihak kerajaan mahupun badan-badan sosial dan professional hendaklah menjadikan landasan agama sebagai panduan untuk mengelakkan mesej yang salah dan tidak selaras dengan agama digarap oleh masyarakat.

 

2. Pihak berkuasa hendaklah mempunyai dasar pembentukan akhlaq dan program penerapan pengukuhan kebudayan kebangsaan berteraskan nilai-nilai Islam menjadi asas kepada segala bentuk agenda pembangunan yang hendak dilaksanakan. Semua pihak yang menjadi agensi pelaksana kepada agenda pembangunan negara perlu menghayati dengan mendalam dasar kebudayaan kebangsaan dikalangan setiap petugas ,  yang telah digubal sejak sekian lama. Pihak berkuasa tidak seharusnya mengambil sikap acuh-tak-acuh dengan acara-acara yang bertentangan dengan dasar kebudayaan kebangsaan.

 

3. Gerakerja membenteras gejala sosial melalui pencegahan yang berkesan hendaklah melibatkan masyarakat disegenap peringkat. Bermula dari ibubapa yang sepatutnya menjadi pengawal dan pemantau terawal untuk mencegah anak-anak daripada terlibat dengan gejala sosial sehinggalah kepada golongan pemimpin JKKK , PIBG , Badan penduduk  dan jawatankuasa masjid. Pihak kerajaan perlu mengujudkan sebuah Majlis Keselamatan Masyarakat Setempat yang bersidang sekerap mungkin bersama dengan pihak polis tempatan  untuk menilai keadaan jenayah yang berlaku di kawasan masing-masing dan mencari jalan untuk mencegahnya.

 

4. Pendidakan mengenai sebab dan punca jenayah dan gejala sosial hendaklah disampaikan kepada seramai individu dalam masyarakat di semua kawasan untuk mengujudkan kawasan yang mempunyai keprihtinan tinggi terhadap jenayah. Pelbagai struktur kepimpinan masyarakat semada kepimpinan formal mahupun tidak formal perlu digembleng untuk menjadikan agenda membenteras jenayah sebagai agenda bersama dan utama.

      

 

5. Setiap qariah masjid  hendaklah mengujudkan badan pencegahan jenayah supaya pemantauan dan pencegahan dapat dilaksanakan dengan lebih rapi. Badan ini hendaklah berfungsi dengan berkesan melalui latihan dan kerja-kerja kaunseling dan dokumentasi supaya semua kes-kes jenayah yang berlaku dari bulan ke bulan dapat dinilai Pihak berkuasa perlu bekerjasama dan mengujudkan sistem perhubungan yang kemas agar laporan jenayah yang diadu oleh masyarakat dapat disampaikan dan diambil tindakan segera.

 

Berdasarkan cadangan yang bersifat pendidikan dan pengemblengan di atas maka TERAS mengharapkan langkah kerajaan untuk memantau jenayah dapat bergerak seiring  dengan langkah mencegah jenayah.

 

TERAS telah mengambil inisiatif untuk mengujudkan Majlis Masyarakat Bertindak Membenteras Gejala Sosial (TEGAS) di sebanyak mungkin Bandar diseluruh negara.

Pendekatan yang diambil adalah Pencegahan , Pemulihan dan Pemantau dan Pendidikan.

 

Sehingga ini TERAS mengharapkan seluruh masyarakat agar terlibat dengan gerakan ini supaya kita dapat merealisasikan hasrat menjadikan negara ini Negara sifar toleransi terhadap gejala sosial dan jenayah.

 

 

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS Penupayaan Melayu

F1014A , Kg.Pondok ,08400 Merbok , Kedah

 

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden
One comment on “PPMK 10 Siaran Media:TERAS GESA PEMULIHAN KUALITI INSAN UNTUK SELAMATKAN KESTABILAN SOSIAL
  1. wahid says:

    SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1429 HIJRAH

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 323,969 hits
Kalendar
Januari 2008
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
%d bloggers like this: